BEAUTY

You Turn Beauty | Cosmoderm Vitamin E & Cosmoderm Tea Tree Oil

July 22, 2021

You Turn Beauty,  Cosmoderm Vitamin E & Tea Tree Oil | Assalamualaikum dan hello semua! Sis Gee suka sangat dengan tag line "You Turn Beauty" dari Cosmoderm ni, terus jadikan tajuk entry terbaru. Hehe! Bagi korang, apa maksud You Turn Beauty? Bagi Sis Gee, You Turn Beauty tu macam kita boleh kelihatan cantik dengan apabila kita sendiri pandai jaga kecantikan kita. Sebagai contoh, kita harus pandai jaga kesihatan dalaman, kecantikan luaran dan seterusnya, kita akan kelihatan cantik seperti seadanya kita.

Nak cantik luar, semestinya memerlukan rutin penjagaan yang betul. Walaupun seharian kita duduk rumah, tidak bermakna kulit kita sihat tau! Aktiviti mengemas dan menyapu habuk debu pasti akan menjadikan kulit wajah kotor dan memerlukan langkah pembersihan dan penjagaan dengan betul. Bagi mereka yang work from home, seharian mengadap laptop juga boleh menjadikan kulit wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya. 

Sebagai seorang surirumah dan juga mengedalikan perniagaan dalam talian, Sis Gee sendiri sangat mementingkan penjagaan kulit wajah. Tambah pula usia sekarang dah nak cecah 36 tahun, makinlah kena disiplin bab rutin penjagaan wajah. Bila Cosmoderm mengeluarkan rangkaian produk terbaru mereka dengan formula terbaru yang dinaik taraf, Sis Gee memang excited nak cuba! 

Cosmoderm New Look, New Improved Formula

Ramai sudah ketahui, rangkaian produk Cosmoderm memang bagus untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik. Begitu juga dengan Sis Gee. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, kita harus mendapatkan kulit yang sihat dahulu. 

Cosmoderm diyakini selamat digunakan kerana semua produk mereka telah mendapat sijil halal yang disahkan serta ujikaji juga telah dilaksanakan dengan rapi dan teliti. Apa yang lebih meyakinkan, rangkaian produk Cosmoderm tidak mengandungi bahan kimia yang terlarang yang boleh memberi kesan buruk pada kulit pengguna.

"You Turn Beauty" Dengan Vitamin E Skin Lab & Tea Tree Oil Skin Lab

Bagi memahami kulit kita yang tidak sama, Cosmoderm mengeluarkan 2 rangkaian produk yang berbeza mengikut keperluan pengguna iaitu Cosmoderm Vitamin E dan juga Cosmoderm Tea Tree Oil. Lagi mudah untuk kita memilih produk yang bersesuaian dengan keadaan kulit dan masalah yang dihadapi.

Cosmoderm Vitamin E Untuk Kulit Kering, Normal dan Kombinasi

Cosmoderm Vitamin E menjadi pilihan Sis Gee! Sangat sesuai dengan kulit Gee yang kering. Kebanyakan wanita yang berumur 25 tahun keatas boleh mengunakan Cosmoderm Vitamin E kerana ia boleh membantu mengembalikan kelembapan kulit wajah, memudarkan parut jerawat dan bintik-bintik hitam, mengembalikan keremajaan kulit dan juga mencerahkan wajah. Ya! Bagi korang nak kulit sentiasa muda dan anjal, bolehlah cuba Cosmoderm Vitamin E ini. 

Langkah 1 : Vitamin E Facial Cleansing Foam 

Picitkan sedikit Vitamin E Facial Cleansing Foam di atas tapak tangan yang lembab, kemudian urutkan secara lembut pada wajah dan bilas dengan bersih.

Buih bersih dan lembut dari Vitamin E Facial cleansing Foam sangat kaya dengan antioksidan mampu membersihkan kulit wajah korang tanpa mengeringkan kulit. Kulit akan rasa lebih bersih dan lembut.

Cosmoderm Vitamin E Series ni mengandungi kandungan Vitamin E yang tinggi di mana antioksidan ini akan menghalang kulit dari rosak kesan daripada radikal bebas. Selain Vitamin E, ia juga mengandungi Chamomile, Lemon dan Rosehip Oil. 

Langkah 2 : Vitamin E Bi-Phased Toning Essence

Selepas penggunaan toning pada wajah, korang boleh guna Vitamin E Bi-Phased Toning Essence ini pula. Sapu pada kulit wajah, kemudian urut perlahan-lahan sehingga toning essence ini meresap ke dalam kulit wajah korang.

Bi-Phased Toning Essence mempunyai gabungan sempurna yang sangat best antara minyak dan air di mana ia mengandungi 2,000 I.U Vitamin E dan Vitamin B5. Gabungan yang sempurna ini boleh melegakan dan menghalang kulit dari pencemaran UV dan alam sekitar. 

Dengan penggunaan Vitamin E Bi-Phased Toning Essence yang konsisten, kulit korang akan sentiasa lembut, cerah dan berseri-seri. 

Cosmoderm Tea Tree Oil Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat

Bagi kulit yang sentiasa berminyak dan berjerawat, korang boleh cuba formula terbaru Cosmoderm Tea Tree Oil ini. Kebaikan utama Cosmoderm Tea Tree Oil merupakan bersifat antibakteria yang boleh mencegah dan merawat kulit wajah yang mengalami keradangan dan kemerahan yang menyebabkan masalah kulit seperti berjerawat semakin teruk.


Bagi korang yang masih muda remaja, sangat bagus untuk mengamalkan rutin wajah dengan rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ini. Tea Tree Oil ini boleh mengawal minyak yang berlebihan pada wajah dan merawat kulit wajah untuk menjadi kulit yang lebih baik.

Langkah 1 : Tea Tree Oil (TTO) Oil Control Facial Cleanser

Picitkan sedikit TTO Oil Control Facial Cleanser ke tapak tangan yang lembab, kemudian urutkan perlahan pada wajah dan bilas dengan bersih.

Untuk pengetahuan korang, Tea Tree Oil ini merupakan agen antibakteria yang telah terbukti keberkesanannya untuk mengurangkan masalah kulit berjerawat. Selain Tea Tree Oil, pencuci muka ini juga mengandungi ramuan Vitamin E untuk menjadikan kulit cerah dan sihat.

Langkah 2 : Tea Tree Oil (TTO) Refining Oil Control Serum

Selepas sapuan toner, korang boleh sapukan Refining Oil Control Serum ini pula pada kulit wajah korang. Bau dia sangat menyegarkan! 

Selain Tea Tree Oil, Refining Oil Control Serum ini juga mengandungi ramuan lain seperti BHA, AHA dan juga Vitamin B5.

Refining Oil Control Serum boleh bantu kulit korang mengawal minyak yang berlebihan yang boleh mengakibatkan masalah liang pori tersumbat dan seimbangkan pengeluaran minyak pada wajah korang. Ini akan menjadikan kulit kembali sihat dan muda remaja!

Kulit Kini Cantik Dengan Cosmoderm #YouTurnBeauty

Rangkaian Cosmoderm formula terbaru ini sudah berada di pasaran! Korang boleh dapatkannya dengan harga mampu milik, dan memilih mengikut keperluan kulit korang. Korang boleh walk in di farmasi seluruh Malaysia untuk dapatkannya. Kalau nak mudah, beli sahaja di dalam talian!


Untuk pembelian di dalam talian, boleh dapatkan di www.cosmoderm.com.my

Untuk sebarang info lanjut :

Website | Facebook | Instagram

#Cosmoderm
#TeamOfCosmoderm
#YouTurnBeauty
#ControlAcneDelete
#reviewbysisgeedotcom


You Might Also Like

3 komen

  1. Cantiknya packaging, ni boleh buat tempat display produk kat meja mekap 😍

    ReplyDelete
  2. hari tu g watson, dah perasan dah cosmoderm dah bertukar packaging, lagi cantik & menarik dari yang lama..

    ReplyDelete