Kekal Bertenaga Duduk Rumah Dengan BiO-LiFE Nat B Fizzy

by - July 15, 2021

Kekal Bertenaga Duduk Rumah Dengan BiO-LiFE Nat B Fizzy | Assalamualaikum dan have a good day semua! Wah! Teruja sangat intro blog post Sis Gee kali ini. PKP PKP PKP dan PKP lagi! Sebenarnya tak sanggup dah nak melalui proses norma baru sekarang ini, namun kita tiada daya untuk membantah, malah ia akan terus mengganggu emosi kita kalau terlalu fikirkan norma baharu yang sangat perit untuk dilalui ini.

Kita kena bangkit dan keluar dari aura negatif yang sudah membuatkan ramai yang mental dek kerana stress yang terlampau. Ya! Memang Sis Gee nak ajak semua bangkit! Mulakan rutin baru yang lebih sihat dan teratur. Semua ini sangat penting untuk jaga emosi kita sendiri agar tidak memberi kesan pada orang sekeliling kita terutamanya anak-anak, suami dan keluarga.

Jom Sis Gee kongsikan antara 7 tabiat baik yang telah Sis Gee telah amalkan untuk memastikan minda dan tubuh badan sentiasa seiring kekal sihat bertenaga sepanjang hari.

Perkongsian 7 Tabiat Baik Yang Boleh Diamalkan 

#1 Tidur Awal dan Mencukupi

Siapa kata tidur tak penting? Masa tidur adalah waktu untuk badan kita rehat dan minda kita berhenti berfikir buat seketika. Seharian dengan rutin pasti memenatkan, dan kita berhak untuk dapatkan tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti akan membantu kita menjalani hari esok yang berkualiti. Kita akan dapat bekerja dengan lebih bertenaga dan bersemangat!

#2 Pengambilan Sarapan Pagi Yang Sihat

Sis Gee paling suka dan teruja untuk sarapan pagi! Sebab dengan cuaca sejuk waktu pagi, rasa lebih segar untuk mulakan hari baru. Tambah pula waktu sarapan, dapat menikmati kopi kegemaran, dapatlah me time mengopi sekejap. Hehe.

#3 Mulakan Hobi Membaca Buku Ilmiah, Novel atau Majalah

Sis Gee dah lama tak buat hobi yang ini iaitu membaca novel. Bila keadaan sekarang yang membuatkan kita nak lari dari rutin hakiki, Gee memilih untuk melakukan apa yang Gee suka, iaitu membaca novel. Ala, tak perlu beli novel baru pun, Gee hanya cari novel lama dulu yang pernah beli. Jalan cerita pun dah lupa, so bolehlah repeat balik baca. Kalau nak beli baru pun boleh beli secara online, mudah sahaja!

#4 Berkebun Bersama Anak - Anak

Hobi yang ini lagi lama ditinggalkan, sebab anak-anak umur rapat, so takde masa nak berkebun bagai. Hihi. Tapi, sebenarnya, berkebun antara terapi terbaik juga tau! Luangkan masa dengan pokok, bercucuk tanam, pun boleh redakan rasa stress. 

#5 Mengamalkan Diet Pemakanan Yang Sihat

Bagi ibu yang punya anak 4 yang sedang membesar, memang Gee sangat perlu kawal diet pemakanan setiap hari. Bukan sahaja pemakanan untuk diri sendiri sahaja, malah sangat penting juga bagi memastikan kesihatan seluruh keluarga sentiasa terjaga. Salah satu caranya adalah mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari.

#6 Mengemas Rumah dan Cuba Idea Dekorasi Yang Ringkas

Nak mendeko rumah, tak perlu menunggu modal yang besar. Salah satu terapi juga bila dapat melihat rumah dalam keadaan bersih dan tersusun. Gee suka juga mendeko serba ringkas di ruang - ruang dalam rumah ni. Asalkan sejuk mata memandang. Hehe.

#7 Membuat Senarai Perancangan Untuk Hari Esok

Sudah pasti jadual kita sangat padat kan dengan PDPR, WFH, rutin menguruskan rumah dan sebagainya. Apa yang boleh diamalkan adalah, setiap malam sebelum tidur luangkan masa untuk menulis senarai perancangan to-do-list . Ini dapat membantu rutin dan kerja pada hari esok lebih tersusun dan terkawal. 

Bagaimana Nak Pastikan Semua Tabiat Baik Dapat Terus Diamalkan?

Semua antara kita mahu kekal bertenaga, bersemangat dan positif untuk menjalani kehidupan setiap hari. Kita harus memastikan kesihatan kita dalam keadaan baik, baik kesihatan dalaman mahupun luaran. Di samping mahu jaga kesihatan, kita juga mahu kelihatan cantik bukan? Hehe..Ala, semua orang nak kelihatan cantik. Cantik itu Gee suka merujuk kepada punya kulit yang sihat, rambut yang sihat, kuku yang sihat dan juga emosi yang sihat. Bila semua aspek sihat, semua akan jadi lebih yakin untuk berasa cantik..

Memperkenalkan Nat B Fizzy Dari BiO-LiFE

Sis Gee sendiri sudah cuba! Ya! Untuk kekal bertenaga, sihat dalaman dan luaran, korang boleh mengamalkan suppliment minuman kesihatan dari BiO-LiFE ini iaitu Nat B Fizzy. Nat B Fizzy mengandungi dos tinggi vitamin B dan C di mana kedua - dua vitamin ini dapat menyokong keperluan nutrien seharian dalam badan seseorang. 

Musim pandemic sekarang, bagus juga dapat amalkan Nat B Fizzy. Hal ini kerana setiap tablet effervescent ini dapat membantu meningkatkan tahap imunisasi badan seseorang. Selain Vitamin B dan Vitamin C, Nat B Fizzy juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, Biotin, Kalsium dan juga Magnesium.

Bagaimana BiO-LiFE Nat B Fizzy Boleh Bantu?

◉ Vitamin B1 menukarkan karbohidrat, lemak, dan protein kepada tenaga.
◉ Vitamin B2 membebaskan tenaga dari karbohidrat, lemak, protein dan merangsang pertumbuhan.
◉ Vitamin B3 bertindak dalam pemindahan tenaga daripada makanan.
◉ Vitamin B5 membantu dalam metabolisme lemak dan karbohidrat.
◉ Vitamin B6 terlibat dalam pembentukan sel darah merah.
◉ Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah.
◉ Biotin memecahkan karbohidrat, lemak, dan protein kepada tenaga.
◉ Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen, penyerapan zat besi dan penhapusan radikal bebas.
◉ Kalsium membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
◉ Magnesium terlibat dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.


Amal Nat B Fizzy Secara Konsisten Untuk Badan Yang Lebih Sihat

Nat B Fizzy boleh diamalkan oleh mereka aktif dan berusia 15 tahun keatas. Caranya sangat mudah iaitu hanya mengambil 1 tablet effervescent kemudian dilarutkan di dalam segelas air selepas sarapan pagi. Rasanya sangat sedap, rasa oren sparkling yang sangat menyegarkan!


Siapa lagi yang mesti amalkan Nat B Fizzy?

→  Golongan muda.
→  Mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan tertekan.
→  Mereka yang sentiasa ingin fokus dalam bidang kerja yang dilakukan.
  Mereka yang sentiasa ada mesyuarat bersama orang yang berbeza dalam bidang yang pelbagai.
Mereka yang memerlukan booster tenaga seperti kafein, minuman tenaga dan merokok bagi mengekalkan fokus dalam pekerjaan.
→  Mereka yang selalu memandu untuk jarak yang jauh.
Mereka yang mengendalikan majlis yang besar atau sedang mengambil peperiksaan yang penting.
Mereka yang berkerja lewat malam.


Jom Dapatkan BiO-LiFE Nat B Fizzy Dan Amalkan Dengan Konsisten Untuk Lebih Sihat!

Bagi korang yang sedang mencari suppliment terbaik yang selamat diamalkan boleh cuba BiO-LiFE Nat B Fizzy ini. Hanya sehari 1 tablet sahaja! Size dia pun size poket sahaja so memang mudah untuk selit dan bawa ke mana sahaja. 


Korang boleh dapatkan farmasi berdekatan atau boleh di dalam talian juga. Untuk info lanjut, korang boleh layari http://Biolife.2.vu/natb


#StayAheadWithNatBFizzy
#biolifeMY
#RushMedia
#reviewbysisgeedotcom

You May Also Like

3 komen