Richworks Taja Sepenuhnya Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

by - April 17, 2021

Richworks Taja Sepenuhnya Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya | Kalau perasan, sekarang makin ramai friendlist di media sosial sudah mula berjinak - jinak di dalam perniagaan online. Tidak kira bidang atau pengkhususan apa yang mereka tawarkan, bagi Gee sendiri, ia adalah pilihan yang bijak. Mungkin korang juga salah seorang dari pembaca blog Sis Gee ini. Gee ucapkan sejuta tahniah sebab korang dah mulakan mula mengorak langkah.


Semua orang boleh mula berniaga untuk tingkat ekonomi diri. Ada banyak peluang yang ada samada mahu menjadi dropship tanpa modal, mendaftarkan diri sebagai pengedar sesuatu produk atau menjadi usahawan produk sendiri. Namun, adakah korang membuat perancangan perniagaan yang betul? Adakah tindakan yang diambil berkesan?

RichWorks Lancar Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 

Ramai terkesan dengan pandemic yang melanda dunia pada hari ini. Disebabkan itu, ramai yang mengambil peluang untuk bina bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial. 


Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan. 
Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.
Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah.
katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga di sini, hari ini. 


RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus. 

Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). 

RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.
 

Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu. 

“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian."

“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya. 


Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta. 

"Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini." 

“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang,” ujarnya lagi.


Tentang Richworks International

Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. 

Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. 
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 

Tentang Datuk Wira Dr Azizan Osman


Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.

Daftar Sekarang dan Serta Secara PERCUMA Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

Semua hanya dihujung jari! Korang hanya perlu daftar sahaja kemudian team Richworks akan berikan link untuk access ke kelas secara virtual pada 23-25 April 2021 nanti. Apa yang lebih menariknya, korang boleh ajak bisnes partner, anak-anak team atau sesiapa sahaja untuk sertai program virtual secara percuma ini. 

Untuk daftar program ini, layari laman web www.binabisnesberjaya.com sekarang!

Untuk info lanjut :

Richworks International Sdn Bhd No. 77, 
Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13, 
40100 Shah Alam Selangor, 
MALAYSIA. 

Laman web : www.richworks.com
 Telefon : +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly 
+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini) 
Emel : karini@richworks.com.my 
omkarini.rich@gmail.com 
azrin.richworks@gmail.com


You May Also Like

3 komen

  1. bagus bagus.. bayaran pun bukan calang calang kan :)

    ReplyDelete
  2. Wahh terbaikk niii moga program seperti ini bermanfaat untuk yang memerlukan

    ReplyDelete
  3. ala.. tak sempat join haritu, ada keje lain.. harap2 nanti ada lah kelas free yang lain.. hee~

    ReplyDelete