REVIEW

Badan Lebih Sihat Bila Amalkan Bio-Life MaxX Fish Oil

March 25, 2021

Badan Lebih Sihat Bila Amalkan Bio-Life MaxX Fish Oil | Assalamualaikum & hi semua! Pada entry kali ini, Sis Gee nak kongsikan dengan korang salah satu suppliments best yang sangat membantu kesihatan Gee dan juga rumet. Rasanya, kami start consume Bio-Life suppliments ni bermula dari tahun lepas or 2 tahun lepas camtu. Kesan yang paling ketara pada rumet adalah bila beliau drive untuk satu jarak yang jauh, dia terasa badan lebih segar dan tidak mengantuk!

Walau seharian bekerja, kalau malam tu nak kena drive, badan elok je. So, kami fikir, memang baguslah untuk recommend pada orang yang sedang cari suppliments. Apa yang penting, Bio-Life memang trusted brand, dikenali dan juga tidak memberi kesan sampingan yang negatif. 

Apa Itu Fish Oil / Minyak Ikan?

Seringkali kita dengar orang perkatakan tentang kebaikan minyak ikan. Tapi, tahukah korang apa itu minyak ikan? Heeeee. Jom Gee share serba sedikit ya! Minyak ikan merupakan minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Menariknya adalah, minyak ikan ini mengandungi asid lemak omega-3 di mana ia dapat membantu merawat pelbagai masalah kesihatan dan juga penyakit. 

Sekiranya setiap hari korang tak dapat makan ikan yang segar untuk menikmati zat dan khasiatnya, maka, pengambilan suppliments minyak ikan ini akan dapat menampung keperluan badan korang dan memberikan zat yang sepatutnya korang dapat. 

Ya! Nak dapatkan ikan segar agak sukar sebab sibuk bekerja, tak sempat ke pasar dan juga tak cukup masa untuk memasak. Nah! Apa susah? Korang telan je Bio-Life MaxX Fish Oil ni, selesai masalah badan yang selalu penat, lenguh-lenguh badan dan kurang bertenaga itu. 

Bagaimana Bio-Life MaxX Fish Oil Membantu Untuk Dapatkan Badan Yang Lebih Sihat?


EPA dan DHA merupakan asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Namun, ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri. Oleh yang demikian, EPA dan DHA ini boleh diperolehi daripada diet harian yang kita amalkan.

Untuk pengetahuan korang, EPA dan DHA ini merupakan struktur penting dalam membran sel yang boleh membantu fungsi-fungsi badan seseorang. 

 Disebabkan itu, korang memerlukan Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ini kerana setiap kapsul membekalkan asid lemak poli tak tepu omega-3 yang berkonsentrasi tinggi, 360mg EPA dan 240mg DHA.

Apa Istimewa Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength EPA & DHA?

Sudah pasti korang nak tau kenapa Gee recommend sangat untuk korang consume suppliment Bio-Life MaxX Fish Oil ini kan? 

Setiap kapsul mengandungi :

→ Minyak ikan di dalam bentuk trigliserida yang membekalkan asid lemak omega-3 : 1000mg

→ Asid Eikosapentaenoik (EPA)                                                                                     : 360mg

→ Asid Dokosaheksaenik (DHA)                                                                                    : 240mg


Bio-Life MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength melalui proses penyulingan molekul bagi menyingkirkan hampir semua kotoran dan bahan cemar yang terdapat di dalam minyak ikan. Minyak ikan yang dipilih adalah berasaskan sumber daripada ikan bilis, iaitu salah satu ikan laut yang kecil tetapi kaya dengan asid lemak omega-3. Kekuatan kuasa dua digambarkan kerana suppliment ini mengandungi 2 kali omega-3 EPA dan juga DHA.

Amal Sekarang Dan Nikmati Kesan Yang Positif Pada Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Cara pengambilan kapsul Bio-Life MaxX Fish Oil ini sangat mudah kerana korang hanya perlu ambil 1 kapsul 2 kali sehari seperti disarankan. Pengambilan yang konsisten akan dapat dilihat pada perubahan tahap kesihatan korang nanti. Antara manfaat yang diperolehi adalah :

  • Membantu dapatkan kulit yang lebih lembab dan licin.
  • Membantu menurunkan berat badan kepada berat badan yang ideal.
  • Meningkatkan kesihatan tulang.
  • Menguatkan jantung.
  • Meningkatkan fungsi otak.
  • Baik untuk ibu hamil dan juga bayi di dalam kandungan ibu.
  • Membantu mengurangkan masalah asma.
  • Baik untuk kesihatan mata.
Boleh Dapatkan Sekarang Untuk Badan Yang Lebih Sihat!


Sis Gee dah buat stok 3 botol! Al maklumlah rumet pun consume sekali. Korang juga boleh dapatkannya sekarang, jangan tunggu lama-lama sebab memang terbukti keberkesanan fish oil Bio-Life ni tau! Nak walk in boleh terus ke farmasi yang berdekatan dengan korang. Heeee! Nak mudah, korang boleh beli dalam talian je, semua dihujung jari! Jimat masa dan tenaga!


Harga : RM190 ( 3 botol x 100 kapsul )

Atau korang boleh terus klik pautan yang Gee dah sediakan kat bawah ini :

You Might Also Like

1 komen