FAMILY

The Haven All Suite Resort Ipoh | Pilihan Staycation Terbaik Untuk Keluarga

January 04, 2021

The Haven All Suite Resort Ipoh | Pilihan Staycation Terbaik Untuk Keluarga | Excited dan tak sabar nak berkongsi destinasi percutian episod #sisgeejalanjalan December Trip. Ada yang dah nampak sharing di IG Stroy cuma Gee tak story mory details di IG Story. Yeah! Dan ramai juga yang bertanyakan info lanjut berkenaan The Haven ni sejak hari pertama Gee check in. Balik dari The Haven, tak tunggu lama terus nak siapkan entry ni bagi tatapan semua! Heeeee.


Percutian 3 Hari 2 Malam di The Haven All Suite Resort Ipoh

Sampai di Ipoh sedang elok timing untuk check in. Perjalanan dari Kuala Terengganu agak memenatkan dengan 6 ke 7 jam pemanduan santai - santai. Di pintu masuk utama, ternyata sekuriti di sini sangat ketat juga dan memberi persepsi tahap kawalan keselamatan di The Haven agak meyakinkan. Hanya kenderaan berdaftar sahaja dibenarkan masuk dan hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh melalui entrance dengan mudah. 

Sampai di lobby, urusan check in sangat mudah dan cepat! Memang semua tak sabar nak rest dan explore The Haven terutamanya anak - anak. Bertemakan minggu cuti Krismas, lobby juga dihiaskan dengan pokok krismas yang menarik perhatian anak - anak. 

2+1 Bedroom Lakeview Central Suite

The Haven menawarkan korang pilihan suite bermula dari suite untuk 2 orang sehinggalah untuk anda yang datang dalam jumlah yang besar. Suite Gee dan keluarga punya 3 bilik dan 3 bilik air. 

Bilik tidur utama punya satu bilik air beserta bath tub. Moment best bila dapat baring atas katil dengan view tasik, kelihatan tebing batu kapur serta pohon yang menghijau, memang sangat mendamaikan. 

Bilik tidur kedua juga punya view yang sama. Langsir diselak bagi memberi pemandangan yang cantik dan tenang dari bilik. Bilik ke dua juga punya bilik air di dalam bilik. Bagi Gee, ini sudah memberi lebih dari keselesaan sekiranya mahu menginap bersama ahli keluarga atau rakan travel yang lain.

Bilik tidur ketiga juga cukup selesa! Bilik air juga ada diluar bilik. Sememangnya pilihan terbaik untuk korang datang dengan ahli keluarga yang ramai. Malah, korang juga boleh request untuk dapatkan extra tilam.


Kemudahan Suite Serba Lengkap

Masuk sahaja suite kami, terus sahaja terasa tenang dengan susun atur perabot yang kemas dan ringkas! Ruang makan cukup selesa, ruang tamu dilengkapi dengan sofa dan televisyen pasti akan jadi port lepak kami anak beranak. Owh! dalam bilik tidur utama pun ada dilengkapi televisyen, so tak perlu berebut siaran ya!

Ruang dapur, agak luas juga. Siap dilengkapi dengan peti sejuk yang besar, mesin air Coway, microwave, dapur, dan juga perkakas kelengkapan yang lain. 

Ruang ampaian juga disediakan di satu ruang khas di dapur. Maka tiada masalah untuk sidai baju renang dan towel untuk satu family yang besar! Menarik bukan?

Free snacking!!!Dan free 1 kali restock setiap satu snack untuk percutian 3 hari 2 malam di The Haven! Dan paling awesome adalah, mesin kopi pada penggemar kopi! Gee juga restock capsule coffee secara percuma! Cuma perlu dial room service, semua akan tersedia! 

Buat kopi, terus ke balkoni suite. Wow!! Sangat mendamaikan dengan view tasik, nampak size kolam renang yang berbentuk kuda laut, pemandangan tebing batu kapur serta kehijauan alam semulajadi di sekeliling The Haven.

Staycation Sambil Beraktiviti di The Haven All Suite Resort

Bercerita tentang aktiviti yang boleh dilakukan di sini, boleh dikatakan the best place to go lah! Pada Gee dan keluarga, bercuti di Ipoh kali ini, kami memang tak nak explore tempat - tempat crowded, tak nak jalan jalan cari makan, tak nak beratur. tak nak risikokan diri di tempat yang sesak. Kami hanya nak quality times bersama anak - anak sambil reward diri. Hehe!

Tarikan utama pada anak - anak seharusnya kolam renang yang berbentuk kuda laut yang besar itu. Kolam renang The Haven punya 5 level yang berbeza mengikut kesesuaian peringkat umur dan keterujaan yang berbeza. Kolam dibuka sehingga ke 10 malam tau! Memang recommend juga layan view malam di The haven yang sangat tenang dan mendamaikan jiwa.

Kolam pertama : Boleh berjakuzi dan menikmati me time sambil menikmati pemandangan hijau yang indah. Kalau malam pula, lagi best dapat tengok bintang! 

Kolam kedua : Boleh bebas bermandi manda, cantik juga dapat bergambar di hujung kolam yang punya cermin lutsinar, ada air pancut juga bagi keseronokan pada anak - anak.

Kolam ketiga : Lap pool! Bolehlah acah - acah perenang negara berenang. Dan anak - anak terjun berkali - kali kat sini, tapi bagi anak yang belum boleh berenang kena standby pelampung dan pastikan sentiasa di bawah pengawasan ibu ayah ya.

Kolam keempat : Ada slide! Yeah! Mau tak seronok anak - anak dapat  naik slide! Kedalaman juga sesuai untuk kanak - kanak. Owh yea! Bapak - bapak pun join slide sama dengan alasan bawa anak, padahal diaorang yang teruja nak slide juga! 

Kolam kelima : Kids pool! Kolam ni lebih cetek berbanding kolam yang lain. Mak - mak boleh bersembang sambil layan anak - anak bermain di kolam ini. Hehe.

Morning walk di The Haven! Yes! Jangan lepaskan peluang untuk berjalan atau jogging di sekeliling Tasik The Haven. Kami buat morning walk pada hari kedua, selepas sarapan pagi. Anak - anak teruja nak explore flora dan fauna di sekeliling The Haven. Kalau berpeluang, boleh jumpa monyet juga tapi jangan bagi makan pula ya! Nanti sampai bilik, monyet tu ikut!Hihi.

Hilang penat anak - anak berjalan bila jumpa dengan Dinasour yang besar. Ya! Size Dinasour agak besar, dan memberikan keterujaan pada anak - anak untuk menyentuh dan bergambar bersama Dinasour seolah - olah dikejar Dinasour! Hahahah!

Di tepi tasik, kelihatan juga ikan - ikan yang ada di situ. Ada cebisan makanan boleh lah bagi makan, meriah tengok semua ikan - ikan sambar makanan yang diberikan. Tapi, keselamatan anak - anak harus diutamakan ya! Semua aktiviti mesti dilakukan di bawah pengawasan ibu ayah atau orang dewasa.

Seterusnya, nampak pula rumah arnab yang sangat comel. Tak kan mahu tengok sahaja! Anak - anak terus bagi arnab makan dengan makanan arnab yang telah disediakan. Terus si bongsu Aqil request nak bina rumah rabbit satu! Hahaha!

Dah berpeluh - peluh, boleh redakan sedikit penat di dalam Junior Playroom. Kat sini, ada banyak aktiviti yang anak - anak boleh buat! Ada mini library, ada games room, ada mini playgroud, boleh main karom, dam, dan banyak lagilah! Boleh lah mereka spend masa dalam Junior Playroom ni sejam dua. 

Hari ketiga kami di The Haven, kami manfaatkan aktiviti outdoor yang ada di The haven All Suite Resort. Rugi tak cuba aktiviti memanah di sini. Anak - anak pun boleh join tau! Siap ada sesi briefing lagi pada diaorang, supaya mereka boleh memanah dengan cara yang betul dan tidak membahayakan diri mereka dan orang lain. 

Amani nampak lebih berminat sebab dia dapat target markah yang bagus juga. Yeah! Bila ada minat, bolehlah cuba pupuk lagi nanti. Agaknya ikut jejak ayah dia, samalah naik syok nak try dan try lagi. Ibunya pula sekadar satu, dua kali saja cuba sebab berat kot nak pegang lelama! Hahahahhaha!

Bersebelahan archery, korang boleh buat aktiviti feeding pony. Mau tak seronok anak - anak kan? Disebabkan musim pandemic ni, diaorang tak buat pony ride. Tapi still okay sebab boleh bagi pony makan!

Akses ke gym secara percuma! Tak kan nak tengok saja! Kami sempat juga buat beberapa rutin kat gym The Haven. Yang bestnya, view memang terbaik tau dari dalam gym! Memang dapat release stress dan rehatkan minda. Kalau tak minat gym, korang boleh main ping pong, badminton, tenis, dan lagi aktiviti sukan yang lain. Amacam? Banyakkan? 

Owh ya! Datang bercuti nak reward diri kat spa pun boleh!!! Ada banyak juga pakej menarik di The Haven Spa. Sesekali manjakan diri di spa, sementara anak di Junior Playroom, macam best je kan?

Menikmati Sarapan Pagi dan Lunch di Cuisines

Setiap masakan di Cuisines The Haven ini tidak menggunakan sebarang MSG dan juga pewarna tiruan. Semua masakan adalah halal dan freshly prepared untuk semua tetamu The Haven. Gee dan keluarga sempat menikmati 2 kali sarapan pagi dan juga lunch di Cuisines.

Setiap kali sarapan, mesti ambil Ommelette ni siap minta extra cheese!
Menu sarapan hari kedua di The Haven

Menu sarapan pagi agak banyak pilihan ye. Makan pula ala buffet. Korang pasti tak akan bangun selagi perut tidak memboyot kekenyangan! Hahahaha! Antara menu sarapan pagi yang disediakan adalah menu tempatan nasi lemak, bubur, mee goreng dan juga menu ala barat iaitu pasta. Ada juga pilihan desserts, kuih muih, salad, serta hidangan sampingan yang lain. 

Kami sempat menikmati lunch di Cuisines selepas check out dari The Haven. Bila dah isi perut, tak perlu nak cari kedai lain kat luar, dan mungkin nak kena merempuh kesesakan orang ramai untuk lunch. Masih lagi memikirkan pandemic, kami membuat keputusan untuk lunch sahaja di Cuisines. Harga juga berbaloi untuk resort punya 5 bintang ini.

Menariknya, setiap portion adalah besar juga, boleh berkongsi dengan anak - anak. Anak - anak boleh makan dengan berselera, selesa dan yang paling kami suka penyediaan makanan adalah dari bahan yang segar. 

Owh ya! Menu - menu ni memang tak sama dengan menu yang kami makan sebelum ni ya! Tidak sama sekali dan hanya boleh dapat di The Haven sahaja! 

The Godfather

Singapore Laksa

Grilled Romesco Chicken

Haven Chicken Rice

Tabbouleh



Tonton Full Video di You Tube


Enjoy 20% Discount Untuk Kesayangan Semua!!

Part paling best!! Sis Gee nak belanja korang 20% discount special untuk followers Sis Gee sahaja! Starting January 2021, korang boleh guna code discount ini bila booking suite The Haven di website rasmi. 

P R O M O   C O D E : GEE2021

Highly recommended untuk korang nak bercuti tanpa perlu keluar hotel! Banyak aktiviti boleh explore di The Haven bersama yang tersayang. Bawa anak staycation untuk lebih dekat dengan nature, sesekali mesti best!! 

Website : www.thehavenresorts.com

Facebook : The Haven All Suite Resort, Ipoh

Instagram : @thehavenresorts


You Might Also Like

8 komen

  1. Replies
    1. yeahhh!!! tempat paling best untuk me time!!!

      Delete
  2. wow syoknya..slamat br honey moon..didoakan moga dapat tambah A lagi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahah!!! banyok banyok doa itu yang dia paling suka sangat kannnn!!! Ada rezeki kita jumpaaa!

      Delete
  3. Seronoknya, nampak tempat ni tenang je.. One day ada rezeki In Sha Allah

    ReplyDelete
  4. Wah, nanti boleh la rekemen kat keluarga mertua bila nak ke Ipoh nanti.. hihi sesekali nak rasa duduk resort walaupun kami duduk berdekatan jea...

    ReplyDelete
  5. walaupun The Haven ni dekat dengan umah mak, dalam 10 min,
    tapi ntah bila nak try masuk sana. haha
    orang kata mahal. tu x masuk masuk lg.. hehe

    ReplyDelete