EVENT

Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu

September 03, 2020
Kampung Budaya Terengganu Julang Martabat Warisan Tradisi Masyarakat Melayu | Hari ini hakak berkesempatan untuk menyertai Majlis Perasmian Kampung Budaya Terengganu bertempat di Muzium Negeri Terengganu. Terengganu cukup terkenal dengan produk - produk pelancongan seperti pulau-pulau, pantai yang cantik, makanan yang sedap serta seni warisan budaya penduduk di Terengganu.

Terengganu juga kaya dengan kepelbagaian khazanah seni warisan budaya yang sehingga kini masih dipelihara. Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk mewujudkan Kampung Budaya Terengganu yang akan dijadikan 'one stop centre' dalam menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dari seluruh daerah negeri Terengganu.


Korang yang datang ke Kampung Budaya Terengganu akan menikmati pengalaman percutian bersejarah ke zaman atuk nenek moyang kita dahulu. Ia seperti muzium yang hidup kerana korang akan dipersembahkan suasana kehidupan sebenar masyarakat melayu lama. Korang juga dapat lihat dengan lebih dekat malah boleh mencuba sendiri aktiviti - aktiviti yang diusahakan oleh masayarakat melayu lama dahulu.

Perasmian Disempurnakan Oleh Menteri Besar Terengganu

Hari ini, 3 September 2020, majlis perasmian Kampung Budaya Terengganu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Yang Berhormat Ariffin bin Deraman, serta Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ab. Rasid bin Jusoh.


Menteri Besar berkata,
Sebagai sebuah produk pelancongan baharu, Pengoperasian Kampung Budaya ini kelak bukan sahaja menjulang kembali kegemilangan warisan seni budaya masyarakat melayu dahulu kala, tetapi juga mengingatkan generasi akan datang akan pentingnya mengetahui asal usul sejarah peradaban melayu, secara tidak langsung menonjolkan peranan muzium negeri sebagai pusat rujukan tamadun masyarakat Terengganu. 
Ujar beliau lagi,
Selain menjadi platform bagi karyawan - karyawan tempatan untuk terus menghasilkan karya mereka, kewujudan Kampung Budaya ini juga turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk tempatan melalui aktiviti pelancongan berkaitan sub sektor pelancongan iaitu seni budaya Terengganu.
Kenapa Mesti Datang Teroka Kampung Budaya Terengganu?

Mesti ramai yang tertanya - tanya apa yang menarik sangat tentang Kampung Budaya Terengganu ini. Kampung Budaya Terengganu menerapkan konsep 'muzium hidup' di mana korang dapat merasai pengalaman untuk turut serta dengan aktiviti - aktiviti yang dilakukan oleh penduduk di Kampung Budaya Terengganu. 


Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, korang boleh lihat check point yang korang akan lalui sepanjang berada di Kampung Budaya Terengganu. Check point ni merupakan hentian - hentian yang korang akan lihat sendiri demonstrasi, pameran dan pertunjukan yang sangat menarik!

Kawasan Penerangan dan Galeri Pelayaran

◈ Penerangan ringkas perhentian Kampung Budaya Terengganu.
◈ Demonstrasi pembuatan perahu.

Perhentian Pertama ( Rumah Nelayan )

◈ Demonstrasi pembuatan jala.
◈ Demonstrasi pembuatan bubu.
◈ Demonstrasi pembuatan keropok.
◈ Demonstrasi pembuatan ikan kering.
◈ Demonstrasi pembuatan belacan.
◈ Pameran perahu - perahu.


Perhentian Kedua ( Rumah Bujang Berserambi Selasar )

◈ Demonstrasi pembuatan seni khat
◈ Demonstrasi pembuatan ukiran khat.
◈ Demonstrasi pembuatan kayu.
◈ Demonstrasi pembuatan bubur asyura.
◈ Persembahan berzanji.
◈ Pameran barangan lama.


Perhentian Ketiga ( Rumah Bujang Berkembar )

◈ Demonstrasi anyaman ( tikar, mengkuang, lidi, kerecut, terendak, buluh dan atap nipah ).

Perhentian Keempat ( Rumah Limas Belanda )

◈ Demonstrasi pembuatan wau.
◈ Demonstrasi pembuatan gasing.
◈ Pameran dan demonstrasi permainan tradisional (batu selambut, congkak, gasing dan dam aji).


Perhentian Kelima ( Rumah Tele )

◈ Pameran adat dan budaya.
◈ Pameran dan demo pakaian tradisional.
◈ Demonstrasi mencanting batik.
◈ Demonstrasi batik blok.
◈ Demonstrasi pembuatan songket.
◈ Demonstrasi pembuatan tembaga.
◈ Demonstrasi pembuatan tembikar.
◈ Pameran barangan dapur lama.


Perhentian Keenam ( Istana Tengku Long )

◈ Pameran bilik dan barangan diraja.
◈ Pameran barangan istana.
◈ Demonstrasi pembuatan keris dan lembing.
◈ Pameran dan persembahan muzik gamelan.



Perhentian ( Laman Singgah Sana )

◈ Persembahan silat.
◈ Persembahan permainan tradisional.

Perhentian Ketujuh ( Laman Warisan )

◈ Persembahan kebudayaan.
◈ Demonstrasi dan jualan makanan tradisional.
◈ Demonstrasi dan jualan cenderahati.
◈ "Photo booth".


Tiada Bayaran Tiket Untuk 3 Hari!


Berita baik untuk korang!! Pada 4, 5 dan 6 September 2020, korang boleh masuk ke Kampung Budaya Terengganu secara percuma! Bolehlah bawak anak - anak, keluarga serta rakan - rakan memeriahkan Kampung Budaya Terengganu yang terletak di Muzium Negeri Terengganu. Tiket akan dicas selepas 6hb September 2020. Harga tiket adalah seperti berikut.

Harga Tiket :

Warganegara =  Dewasa RM 15 / Kanak - Kanak RM10
Warga Asing = Dewasa RM 30 / Kanak - Kanak RM20
Warga Emas / OKU = RM10

Pakej ( Tiket + Pack Meal ) = Tambahan RM5 untuk seorang individu

Waktu Operasi :

Ahad - Khamis   ⟶  9 pagi hingga 6 petang
Jumaat   ⟶  2.30 petang hingga 6.30 petang
Sabtu / Cuti Am   ⟶  9 pagi hingga 6.30 petang


Selamat merancang percutian menarik bersama tersayang di Terengganu!!Untuk info lanjut, korang boleh hubungi pautan yang hakak sediakan kat bawah ini.




#kampungbudayaterengganu #terengganukucomey #beautifulterengganumalaysia #cuticutiterengganu #cuticutimalaysia #terengganu #malaysia #terengganuculture #kampungbudaya
  

You Might Also Like

9 komen

  1. Menarik pula sebab dah lama kita tak selami budaya2 gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu! Best juga sesekali dekat dengan budaya sendiri kan!

      Delete
  2. seronok ada peluang masuk muzium

    ReplyDelete
  3. banyaknya aktiviti boleh buat dekat sana. nak g juga lah nanti bawa anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom visit Teganu!!Boleh bawak anak2 kat sini nanti!

      Delete