Kayak In Little Amazon Of Terengganu

by - August 29, 2020

Kayak In Little Amazon Of Terengganu | Bila pertama kali Sis Gee berkayak? Seingat ingatan ini rasanya masa sekolah menengah. Korang? Tapi masa tu berkayak kat tasik je. Bila masuk UUM, hakak join Kelab Kenu. Disitulah bermulanya pengalaman kayak hakak yang sebenar. Tambah pula, semua geng-geng kelab yang sempoi dan best, memang hakak bertahun kat UUM tu dengan Kelab Kenu. Kitaorang pun masih lagi contact sehingga ke hari ini, dan masing - masing kebanyakkannya dah berkeluarga dan beranak pinak dah pun. Heeee!

Okey itu bukan main story ya! Masa di Kelab Kenu dahulu, hakak berkayak kat tasik dan juga laut masa join trip kayak pusing Pulau Pinang. Itu antara pencapaian terbaik hakak sepanjang join Kelab Kenu. TAPI!! Rupa - rupanya, berkayak di laut sangat berbeza dengan berkayak di sungai!!


Pertama kali hakak berkayak di sungai adalah bersama Jenoba Outdoor.  Menariknya, lokasi berkayak kali ini dalam negeri hakak sendiri, Terengganu. Honestly, hakak tidak pernah tahu yang ada lokasi berkayak untuk public di sungai dalam Terengganu ni tau! Bila ada satu hari, geng blogger Ganu juga iaitu Huda Halid, ada ajak untuk join berkayak bersama Jenoba Outdoor, hakak terus teruja nak sertai sama! 

Jenoba Outdoor Tawar Servis Kayak dan Camping Untuk Orang Ramai

Jenoba Outdoor antara nama yang sudah popular sebenarnya dikalangan pelancong asing. Mereka menawarkan servis dan tenaga pengajar yang pakar untuk membawa anda berkayak. Di samping berkayak, korang juga boleh minta pakej untuk berkhemah juga. Apabila ada yang pakar untuk menguruskan, semestinya pengalaman korang nanti lagi best!


Jenoba Outdoor telah mendapat pengsijilan Malaysia Tourism Excellence bagi kategori Adventure Tourism. Pengsijilan ini diperolehi daripada Malaysia Productivity Council. Disebabkan pengiktirafan Jenoba Outdoor, mereka memang sangat dipercayai ramai termasuklah anakanda Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri iaitu Tengku Puteri Nadhirah Zahrah yang telah pun mengikuti trip kayak bersama Jenoba Outdoor.

Nak tahu best ke tak pengalaman hakak berkayak dengan Jenoba Outdoor? Jomlah baca story mory hakak sepanjang hakak Kayak In Little Amazon Terengganu!

Meeting Point Bermula di Pengkalan Rengas

Tiba hari yang dinanti iaitu hari kami akan berkayak di Sungai Berang, Kuala Berang bersama Jenoba Outdoor. Syarat untuk menyertai Kayak In Little Amazon Of Terengganu adalah, korang kena tempah untuk minima 2 orang. Ini adalah untuk memudahkan proses penyusunan buddy untuk berkayak nanti. Makanya, kebetulan rumet free, so, hakak ajak lah beliau untuk berkayak bersama. Ala - ala honeymoon pakej pulak sesekali buat aktiviti luar berkayak berdua. Hihi.


Jam 9 - 9.30 pagi kami dikehendaki sampai di meeting point di mana ia merupakan titik permulaan untuk berkayak. Di Pengkalan Rengas ini, korang yang tak berkayak pun boleh datang sebab ia merupakan tapak perkelahan. View sungai kat sini memang cantik dan banyak port best untuk berkelah sambil - sambil mandi sungai. Hihi.

Jenoba Outdoor Titik Beratkan SOP 

Menurut perintah dan saranan kerajaan, Jenoba Outdoor sangat menekankan SOP yang perlu diikutkan. Kesemua peralatan yang bakal digunakan oleh para peserta akan di sanitize terlebih dahulu. Setibanya hakak dan rumet di Pengkalan Rengas, kami dikehendaki scan QR CODE yang disediakan dan pemeriksaan suhu. 


Sebelum memulakan ekspedisi Kayak In Little Amazon Of Terengganu, kami dikehendaki untuk mendengar sesi taklimat terlebih dahulu. 


Encik Najib memulakan taklimat secara ringkas perihal Sungai Berang dan juga sedikit sejarah tentang Pengkalan Rengas. Sedikit info yang boleh hakak kongsikan, Pengkalan Rengas ini dipanggil 'Pengkalan' kerana lokasi itu merupakan tempat berlabuhnya sampan, perahu, di mana Sungai Berang itu merupakan sungai utama pencarian rezeki dan juga sebagai tempat berhubung. Manakala 'Rengas' merujuk kepada pokok rengas yang tumbuh di sekitar pengkalan itu.


Menurut Encik Najib, kebiasaan air di Pengkalan Rengas sangat cetek dan jernih. Namun, disebabkan sehari sebelum kami berkayak, hujan yang lebat, maka air sedikit keruh dan paras air agak tinggi dari biasa. Namun, korang jangan risau kerana Jenoba Outdoor tidak akan membiarkan kita berkayak sekiranya paras air di tahap yang merbahaya. 

Jenoba Outdoor sangat menitikberatkan soal keselamatan dengan menyediakan krew dan guide yang terlatih. Taklimat tentang kayak dan keselamatan juga diberikan oleh guide terlatih Encik Fadhil.


Setelah taklimat selesai, kami dikehendaki mengambil life jacket masing - masing yang kelihatan sangat bersih dan baru. Memang selesa dan terasa selamat bila dipakai. Owh ya! Kami diberikan juga snek ringan untuk dibawa bersama! Best kan? Heee!

Setiap peserta dapat sebiji epal, roti dan air mineral. Untuk yang nak bawa barang-barang peribadi seperti wallet, kunci dan handphone, korang jangan risau. Jenoba Outdoor juga menyediakan waterproof bag dan diberikan secara percuma untuk mereka yang memerlukannya. Hakak ambil satu untuk simpan makanan dan barang-barang penting yang lain.

Pengalaman Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Pengalaman bermula!! Kami akan berkayak lebih kurang 2 jam setengah sepanjang Sungai Berang ini. Guide juga akan turut serta dalam ekspedisi Kayak In Little Amazon Of Terengganu ini. Dari awal kami telah diberitahu untuk tidak terlalu kuat mengayuh disebabkan sungai ini sendiri dah ada arus yang membawa kayak. Kami cuma perlu mengawasi tidak terlalu dekat dengan tebing, batu, kayu atau pokok. 


Terasa damai dan tenang bila berkayak di Sungai Berang ni tau. Dapat dengar air sungai, dengar bunyi burung berkicauan, lihat alam flora dan fauna disekeliling serta mengamati setiap kejadian alam semulajadi yang sangat indah. 


Hakak terpegun apabila sampai di Gate Of Little Amazon. Sangat cantik ciptaanNya. Pokok - pokok besar yang menjuntai ke sungai menjadikan laluan sungai seperti satu laluan yang redup dan cantik. Bak kata omputeh 'No Words Can Describe!'. Sebegitulah hakak ketika melihat The Gate Of Little Amazon.


Kami berehat seketika di Gate Of Little Amazon untuk makan, mandi, dan mengambil gambar. Rumet kemain berendam! Al maklum kali ni tak perlu mengawasi #Geng4A kan. Haha!

Kalau korang datang berkayak dengan Jenoba Outdoor, korang boleh request untuk berhenti rehat atau mandi manda dengan lebih lama lagi. Apa - apa pun bergantung kepada cuaca semasa memandangkan arus sungai yang deras nanti akan merisikokan korang juga kan? Safety first!


Selesai berehat di Gate Of Little Amazon, ekspedisi lebih santai, lebih kepada menikmati pemandangan flora fauna di Little Amazon. Sangat cantik!! Memang tak rugi bayar untuk Kayak In Little Amazon Of Terengganu ini.


Selanjutnya, korang boleh lihat video pengalaman hakak berdua dengan rumet di Little Amazon Terengganu. Memang terapi terbaik untuk suami isteri yang sentiasa sibuk dengan rutin kerja dan anak - anak serta terapi terbaik untuk korang yang stress. Comfirm hilang migrain datang sini dan sertai Kayak In Little Amazon Of Terengganu!


Booked Your Date Now!!

Korang boleh pilih slot tarikh mana yang korang nak. Selagi belum penuh kuota untuk date tersebut, korang boleh terus join! Hakak recommend korang grab pakej murah dari Jenoba Outdoor seperti kat bawah ini :

PAKEJ BERKAYAK SAHAJA

RM 129
*** pakej termasuk :
       ◈ Kayak, paddle, life jacket, makanan, minuman beserta waterproof bag.

PAKEJ BERKAYAK DAN BERKHEMAH 2 HARI 1 MALAM

RM 200
*** pakej termasuk :
       ◈ Kayak, paddle, life jacket, makanan, minuman beserta waterproof bag.                   
       ◈ Makan ( breakfast x 1 , lunch x 2 , dinner x 1 ).
       ◈ Khemah ( twin sharing ).
       ◈ Domestic transfer.


Rugi kalau tak tanya diaorang dulu tau! Sebabnya, Jenoba Outdoor juga selalu buat harga promosi murah - murah je! So, apa kata korang yang berminat tu boleh terus contact Jenoba Outdoor untuk sebarang promo terkini dan juga info lanjut.

KAYAK IN LITTLE AMAZON OF TERENGGANU | JENOBA OUTDOOR

Facebook : @JenobaOutdoor
Instagram : @jenobaoutdoor
Whatsapp : +6013 702 6923 ( Encik Najib )


You May Also Like

4 komen

  1. seronoknya berkayak... dulu pernah try kayak masa sekolah menengah je... masuk uni, tak tahu pun kewujudan kelab kayak sampailah ada classmate yang join...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee!pastu join tak kelab tu? best tu join!!

      Delete