Rehat Santai Bersama Keluarga di Homestay Arissa Suria Jaya Shah Alam

by - June 30, 2020

Rehat Santai Bersama Keluarga di Homestay Arissa Suria Jaya Shah Alam | Pertengahan bulan Mac yang lepas, hakak bersama keluarga sempat meluangkan masa bersama keluarga di Homestay Arissa yang terletak di Condominium Suria Jaya, Shah Alam. Percutian kalini memang nak stay di dalam homestay sahaja, rehat-rehat santai dan menikmati moments kami bersama.

Disebabkan Covid19 semakin bermaharajalela bermula dari percutian kami tu, so hakak decide untuk tangguhkan dahulu entry percutian ni. Rasa macam tak wajar pula nak kongsi episod jalan-jalan. Alhamdulillah, semua dah semakin baik. Dan mungkin, setelah keperitan kita semua lalui, selepas habis semua episod Covid19 ini, kita sama-sama support industri pelancongan dalam negara pula.


Dah berbulan memerap di rumah. Semua tak sabar nak habiskan tempoh kuarantin. Tambah-tambah kaki travel. So, hakak rasa, this is the best time untuk kita mula merancang percutian di dalam negeri. Bila industri pelancongan dah mula buka, kita dah ada proper plan untuk bawa family lepaskan kebosanan berbulan tak berjalan-jalan. Hehe.


Jomlah baca sharing satu homestay yang sangat awesome di Shah Alam. Memang hakak boleh bagi rating penuh! Nak tahu kenapa? Jom baca!

Kebiasaan holiday, kami akan merancang pelbagai aktiviti dan tempat menarik yang ingin kami terjah. Penat tapi best lah boleh kenal tempat baru. Cuma, kali ni hakak dan rumet decide nak stay 3 hari 2 malam tanpa melakukan aktiviti luar dan tanpa perlu drive ke tempat lain. Haaa! Nak tahu best ke tak? Jom hakak kongsikan apa yang kami lakukan sepanjang percutian 3 hari 2 malam di Homestay Arissa Suria Jaya, Shah Alam.

10 Daya Tarikan Homestay Arissa Suria Jaya Shah Alam

#1 Homestay Bercirikan Studio Bedroom Yang Luas dan Selesa

Melangkah masuk ke dalam homestay, rasa macam masuk suite hotel pula. Berbeza seperti homestay yang punya banyak bilik seperti sebuah rumah. Homestay Arissa merupakan satu bilik bercirikan studio bedroom yang sangat luas. Kalau untuk hakak yang punya anak 4 ni, memang cukup selesa.


Ruang katil dipisahkan dengan dekorasi langsir di mana korang boleh tutup atau buka bila-bila masa sahaja. Hakak suka sangat bila owner letak katil bahagian tepi tingkap. Sambil baring, layan view dari ketinggian level 21. Sangat mendamaikan!

Owh ya! Owner Homestay Arissa dah sediakan extra toto, extra selimut dan juga extra bantal. Sangat memudahkan family besar untuk datang menginap di sini.


#2 Kemudahan Memasak dan Peralatan Elektrik Serba Lengkap

Ini salah satu sebab hakak recommend Homestay Arissa. Kemudahan memasak disediakan seperti dapur, cerek, microwave, periuk, pinggan mangkuk, cawan dan segala keperluan untuk korang nak masak simple simple.


Makanan dan minuman segera pun disediakan tau!! Berpaket - paket maggi pelbagai jenama ada disediakan. Kot lah korang malas nak keluar cari makan. Hehe.

Kelengkapan elektrik yang lain juga serba lengkap seperti seterika berserta board, hair dryer, peti sejuk, televisyen dan penghawa dingin.


#3 Homestay Lengkap Dengan Wifi Percuma, Netflix, Playstation dan Buku Kanak - Kanak


Ada televisyen sahaja belum tentu siaran menarik bukan? Tapi kalau menginap di Homestay Arissa, disediakan juga mainan video Playstation! No extra charge okay! Sepanjang kami stay kat sana, memang bergilir - gilir Geng 4A ngan bapak main! Seronok diaorang!


Owh! Kalau dah bosan main playstation, boleh lah layan movie pula! Yes ada Netflix! Boleh buat panggung wayang, layan movie sambil golek - golek depan tv!

#4 Kolam Renang Bersebelahan Dengan Playground 

Untuk anak - anak hakak #Geng4A tu, apalah makna holiday tanpa kolam renang. Haha! Di tingkat 7, korang boleh access kemudahan kolam renang, bersebelahan je dengan playground. Hakak boleh dating dengan rumet sambil tengok anak-anak mandi kolam dan main gelongsor. Hihi.


Owh ya! Korang tak perlu bawak pelampung pun! Sebab owner Homestay Arissa dah siap sedia beberapa pelampung untuk kegunaan penginap di homestay. Amacam? Best kan!

#5 Kemudahan Gym Bersebelahan Kolam Renang 

Siapa yang nak keluarkan peluh sambil bercuti bolehlah masuk gym bersebelahan je dengan kolam renang. Dah selesai main gym, boleh terus terjun kolam! Haha! Bila semua facilities di tempatkan pada satu kawasan, jadinya boleh bagi kelebihan pada parents yang ada anak kecil.

Semua family boleh lakukan aktiviti dalam satu masa yang sama. Anak - anak ada depan mata sambil keluarkan peluh di gym. Memang terbaik!


#6 Kemudahan Dobi Layan Diri 24 Jam


Di level bawah, ada kemudahan self service dobi 24 jam. So, mana tak cukup baju berjalan ke, terkurang bawak ke, boleh terus basuh! Dan keringkan terus!


#7 Pasaraya Mydin Hanya di Bawah Homestay



Tak bawa barang keperluan? Jangan risau! Di tingkat bawah Homestay Arissa juga ada Pasaraya Mydin. Sebelum kami check in, kami jelajah Pasaraya Mydin dulu untuk beli stok makanan dan juga keperluan lain.


#8 Pelbagai Pilihan Kedai Makan Untuk Breakfast, Lunch dan Dinner



Salah satu sebab orang suka travel adalah nak makan-makan. Dan semestinya nak makan makanan yang sedap! Good news! Sepanjang 3 hari 2 malam kami memang tak drive keluar ke kedai makan pun! Breakfast, lunch dan dinner ada banyak sangat pilihan warung serta restoran yang sedap - sedap belaka. Nak jalan kaki ke kedai boleh, nak bungkus makan kat bilik pun lagi selesa!


#9 Pasar Malam Padang Jawa 


Dari dalam bilik dah nampak kemeriahan Pasar Malam Padang Jawa. Memang terbaiklah hanya jalan kaki je nak ke pasar malam. Dinner is done dengan menu - menu pasar malam yang semuanya sedap - sedap belaka. Ada banyak menu yang kami tak pernah cuba so bila ada makanan rare untuk dicuba, rasanya memang terbaik lah percutian kami!



#10 Ruang Parking Untuk Akses Kad Sahaja


Safety first!! Kereta penginap di Homestay Arissa memang dah di reserved parkingnya di tingkat 2. Orang awam tak boleh akses masuk ke ruangan parking dan naik ke tingkat lain sebabnya mereka yang ada kad akses sahaja boleh masuk parking, boleh tekan lift ke floor bilik, dan juga boleh akses ke kolam renang.

Layan View Sunset Cantik di Kota Raya

Sunset di celah celah bangunan juga cantik u ols!! Masa kami check in, tak tahu pula ada view sunset yang cantik. Petang day 1 tu, seperti biasa bawa anak - anak mandi pool. Kami melepak sampai petang dan kemudian terperasan view semakin lawa! 


Pastu teringat kat Travel Buddy! Bestnya melepak sambil mengopi, sambil anak - anak mandi pool, sambil layan view sunset. Nanti kena ajak Mek Yunie datang sini! Hehehe!


Tempah Homestay Arissa Suria Jaya Hanya RM99 Sahaja di AIRBNB


Highly recommended kalau korang nak stay di Homestay Arissa ini. Dengan harga hanya RM99 untuk satu malam, korang dapat menikmati percutian yang sangat tenang, damai, dan juga selesa. Kebersihan homestay memang tip top! Facilities semua serba lengkap! Nanti nak repeat pula stay kat sini sebab anak - anak memang suka dan rumet pun bagitahu best stay sini. Hehe!

Korang nak tengok details atau buat tempahan boleh klik link kat bawah ini :


Booking : airbnb

#reviewbysisgeedotcom
#sisgeejalanjalan
#HomestayArissaSuriaJaya

You May Also Like

10 komen

  1. ibu mentua bila nak bawak mnantu hantu ni jgk..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom bonding ibu mertua dengan menantu hantu!hahahahah

      Delete
  2. ahhh nampak selesa n seronok sangat ! facilities nampak macam lengkap semua, tak payah risau apa apa dahh

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. nanti Rabia boleh pergi dengan family kat sini! :)

      Delete
  4. Cantiknya homestay nampak selesa je nnti bebila pergi situ boleh try Stay situ 😍

    ReplyDelete
  5. Tak sangka di tengah kesibukkan kota raya ada tempak setenang di homestay ni

    ReplyDelete