REVIEW

Review Shampoo Rambut Safi Shayla Botanical Silk

March 06, 2020
Review Shampoo Rambut Safi Shayla Botanical Silk | Muka cantik, rambut berbau!! Sekali buka tudung, naik bau kepam dan masam!! Haaa! Seram tak? Lagi seram tau apabila ada member tegur rambut kita berbau, atau member tanya "bila last kau shampoo rambut ek?"


Hakak percaya semua wanita sukakan kecantikan. Bagi wanita berhijab, walaupun korang memakai hijab yang mahal tapi itu takkan mengubah keadaan rambut korang yang masam tu tau. Penjagaan rambut yang betul akan mempengaruhi mood korang seharian samada di pejabat, ketika melancong mahupun di rumah juga.

Nak tahu tak apa akan jadi kalau rambut tak dijaga dengan betul? Jom hakak buat sedikit perkongsian pada adik - adik hakak.

5 Kesan Buruk Apabila Rambut Tidak Diberi Penjagaan Yang Betul

Masalah Keguguran Rambut

Penuh rambut atas lantai!! Sangat stress hakak korang ni! Kalau atas karpet lagilah kan! Ini antara masalah kebiasaan wanita dan hakak juga mengalaminya. Bila buka getah rambut, banyak juga rambut melekat. Bila sikat rambut pun sama!

Masalah Rambut Berbau Busuk

Kalau tinggal bersendirian mungkin mereka akan abaikan masalah rambut berbau ini. Cuba bayangkan bila buka tudung di surau office, kalau rambut kita berbau, pasti orang sebelah menjeling sambil tutup hidung.

Masalah Rambut Kering dan Bercabang

Rambut boleh rosak teruk apabila kulit kepala kita terlalu kering. Malah, hujung rambut akan bercabang dan juga mudah putus.

Masalah Kelemumur Pada Kulit Kepala

Masalah kelemumur antara masalah rambut yang pasti membuatkan korang tak selesa dan kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. Kang ada yang tegur rambut bersalji putih!

Masalah Kegatalan Pada Kulit Kepala

Mana nak selesa bila kepala asyik gatal minta digaru. Tudung yang dipakai pun boleh senget kalau asyik menggaru! Malah, nak buat sesuatu kerja pun tak boleh fokus nanti.

Terbaru Shampoo Safi Shayla Botanical Silk Akan Membantu Untuk Dapatkan Rambut Yang Sihat dan Cantik


Korang jangan risau, bukan korang aje yang ada masalah rambut seperti hakak senaraikan kat atas tu. Hakak pun sama mengalami masalah rambut gugur dan juga masalah rambut yang kering. Sebab itu bila dapat tahu Safi Malaysia keluarkan produk rambut terbaru, terus hakak teringin untuk mencuba. Belum cuba, belum tahu bukan?


Hakak antara wanita bertudung pasti nakkan rambut sentiasa wangi even sehari suntuk bertudung. Tapi bila hakak sendiri guna, hakak dah rasa, Shampoo Safi Shayla Botanical Silk ni sudah selesaikan masalah hakak dan juga wanita lain. Serius rambut terasa ringan, wangi dan lembut!


Safi Shayla Botanical Silk ada 3 pilihan tau!! So, kalau nak beli boleh beli mengikut keperluan rambut korang atau boleh sahaja nak try semua jenis!! Hehe.

#1 Silky Sheen Care

#2 Hair Fall Rescue

#3 Intense Nourishment

Shampoo Safi Shayla Botanical Silk Tidak Mengandungi Paraben


Kalau korang nak tahu, hakak juga shampoo kan rambut anak - anak dengan Shampoo Safi Shayla Botanical Silk ini juga. Ini adalah kerana shampoo terbaru ini diformulasikan 100% daripada bahan botanical actives dan juga zero paraben. Jadi selamat lah nak guna pada rambut anak - anak!


Penggunaan Shampoo Safi Shayla Botanical Silk pada rambut akan mengekalkan bauan yang wangi selama lebih 48 jam! Rambut akan dirawat dari akar dan menjadikan setiap helaian rambut kembali sihat dan lembut terurus.


Antara ramuan yang terkandung di dalam Shampoo Safi Shayla Botanical Silk ini adalah :

➔ Organic Habatussauda
➔ Argan Oil
➔ Chamomile Oil
➔ Rose Oil
➔ Sunflower Oil

Safi Shayla : Hijab Haircare Expert

Bila sendiri dah guna, memang betul tag line Safi Shayla iaitu "Hijab Haircare Expert". Hakak dah guna Shampoo Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue. Sesuai dengan rambut hakak yang selalu gugur. Sebelum hakak botak, lebih baik hakak mencuba untuk merawat terlebih dahulu.

Walau seharian rambut dalam tudung dan berpeluh, rambut tetap berbau wangi semerbak! Macam baru lepas syampoo walaupun dah lebih 48 jam. Best kan? Owh satu lagi, rambut seperti lebih lembut dan segar. Memang hakak akan recommend pada wanita - wanita lain juga!


So, korang boleh lah mencuba Safi Shayla Botanical Silk Syampoo ini sekarang! Kalau nak walk in, korang boleh beli di pasaraya, hypermarket dan juga farmasi di seluruh Malaysia. Nak lagi mudah boleh beli secara online di Shopee, Lazada dan Watsons Online. Selamat mencuba!!

WEBSITE  |  FACEBOOK  |  INSTAGRAM

#SafiMalaysia
#SafiBotanicalSilk
#RushMedia
#GengKotakHitam
#reviewbysisgeedotcom

You Might Also Like

3 komen

  1. memang best. mek pun dah cuba shampoo safi shayla botanical silk ni. puas hati sebab rambut tak bau kepam dah bila seharian bertudung.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis Gee, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.



    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI



    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete