PROJEK AMAL

McDonald's Kuala Terengganu Sumbang Makanan Kepada Petugas COVID 19

March 27, 2020
McDonald's Kuala Terengganu Sumbang Makanan Kepada Petugas COVID 19 | Tatkala kita semua di perintahkan untuk duduk diam - diam di rumah, McDonald's Malaysia masih menjalankan program komuniti mereka di seluruh Malaysia. Sebut sahaja McDonald's, hakak dah terbayangkan Hazelnut Latte Panas dengan Belgium Chocolate Cake yang sedap banget itu! 

Kami memang suka melepak di McDonald's Kuala Terengganu. Anak - anak bebas nak bermain di playground, dan hakak dapat me time mengopi. Hehe. In syaa Allah bila virus Covid 19 ini dah hilang sepenuhnya, dapatlah kami berkunjung lagi ke McDonald's Kuala Terengganu. 


Pada 23 Mac 2020 yang lepas, McDonald's Kuala Terengganu telah menjalankan program komuniti mereka di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Program komuniti kali ini merupakan sumbangan 100 McChicken Burger dan juga 100 Apple Pie kepada petugas Covid 19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Turut hadir bagi memberikan sumbangan makanan dari McDonald's Kuala Terengganu ialah Encik Md Fazli Razali selaku Operation Consultant Terengganu, Wan Muhairyzal Wan Muda ( Restaurant General Manager ), dan juga 2 Restaurant Assistant Manager.

Umum telah ketahui, barisan hadapan negara iaitu petugas - petugas kesihatan di semua hospital sangat kritikal. Mereka tiada masa seperti kita di rumah untuk makan mengikut waktu, berehat di atas sofa malah tidur juga entah berapa jam. Personally, hakak sangat terasa apabila terbayangkan perasaan mereka saat ini yang mungkin dah lama tak dapat sentuh anak sendiri, yang rindukan ahli keluarga serta rindukan suasana tenang di luar bangunan mereka berada sekarang.

Program komuniti ini adalah sebagai salah satu cara McDonald's Kuala Terengganu memberikan keperihatinan pihak McDonald's kepada petugas - petugas Covid 19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 
Secara tidak langsung, melalui sumbangan ini juga dapat memperhebatkan perhubungan yang baik dan mesra antara kakitangan hospital dan juga McDonald's. Petugas - petugas ini patut diraikan dengan usaha keras mereka bagi merawat mangsa - mangsa Covid 19 ini.

Ketika petugas - petugas Covid 19 ini bertungkus lumus, mereka sangat memerlukan kita sebagai penguat semangat mereka. Program komuniti McDonald's Kuala Terengganu ini dapat memberikan moral support kepada kakitangan hospital untuk terus bersemangat menjalankan tugas mereka. 

Tugas kita sekarang adalah menyokong usaha kerajaan supaya kita duduk sahaja di rumah, kurangkan pergerakan di luar rumah seperti di pasaraya. Kita akan membantu mengurangkan risiko jangkitan virus Covid 19 ini dan semua mengharapkan ia akan berakhir dengan segera.

Owh! Bagi korang yang berada di sekitar Kuala Terengganu masih boleh menikmati makanan McDonald's dengan membuat pesanan secara Drive-Tru atau McDelivery. McDonald's Kuala Terengganu beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.  

Keep safe semua! 

#StayAtHome
#KitaBoleh
#McDonaldsKualaTerengganu
#McDonaldsMalaysia




You Might Also Like

6 komen

  1. Moga ramai turun padang beri bantuan

    ReplyDelete
  2. seronok tengok team McDonald's ni.. memang tak pernah culas bagi bantuan kat yang memerlukan.. semoga lebih benyak jenama besar mengikut langkah dorang..

    ReplyDelete
  3. terbaik McDonald... untuk menghargai jasa frontliners....

    #donefollow 262

    ReplyDelete