Pengalaman di #NUH2020 Bersama 13,000 Peserta

by - January 31, 2020

Pengalaman di #NUH2020 Bersama 13,000 Peserta | Pertama kali menjejakkan kaki ke Kelas Dr Azizan Osman, aku sangat teruja dengan aura dan energy yang sangat luar biasa. Alhamdulillah, January tahun 2020 merupakan pembukaan lembaran baru terbaik untuk aku apabila dapat turut serta bersama lagi 13,000 peserta Program Nak Ubah Hidup di Setia City Convention Centre pada 25 hingga 27 January yang lepas.


#NUH2020 ini merupakan platform terbaik untuk korang yang sudah lama ingin memajukan diri di dalam pelbagai jenis bidang yang korang ingin ceburi. Menyertai #NUH2020 bukan bermaksud, anda harus mempunyai perniagaan sendiri tau. Akan tetapi ilmu yang diturunkan sepanjang sesi 3 hari #NUH2020 ini sangat memberi kesan untuk menjalani kehidupan seharian dan juga dapat mengenali diri - sendiri dengan lebih dekat lagi.

Richworks Bersama Dr Azizan Osman Ingin Bantu Lagi Ramai Usahawan Melayu

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.


Jatuh bangun perniagaan bangsa melayu pada 3 tahun pertama, membuatkan kebanyakan usahawan melayu jatuh muflis kerana terpaksa menanggung bebanan hutang yang semakin bertambah. Perkara ini juga turut berlaku ke atas diri Dr Azizan Osman sendiri yang gagal dalam perniagaan awal beliau. Kejatuhan beliau di dalam perniagaan, bukanlah satu pengakhiran sebuah kehidupan.

Beliau bangkit sehingga ke hari ini untuk membantu lebih ramai lagi usahawan melayu agar tidak jatuh tanpa menggali ilmu terlebih dahulu. 

" Sikap Menentukan Kejayaan "

Perkongsian Usahawan Jutawan Yang Bermula Dari Bawah Berikan Inspirasi Kepada Kami

Malam pertama Program #NUH2020 kami dapat mendengar sendiri perkongsian jutawan - jutawan yang dahulunya kehidupan mereka seperti kami malah lebih susah lagi namun hari ini, kisah mereka telah memberikan peserta - peserta satu inspirasi dan alasan untuk Nak Ubah Hidup yang lebih baik.


Antara perkongsian jutawan usahawan melayu kita adalah :

Eriyca Baiduri, Noir Health & Beauty

Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. 

Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). 

Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Siti Noor Sabrina, Mamasab Bakery 

Beliau menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. 

Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail, Oli Collection 

Perniagaan beliau hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. 

Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Bersyukur Dengan Pengalaman 3 Hari 2 Malam di #NUH2020


Melihat 13,000 peserta yang penuh semangat dari pelbagai jenis struggle membuatkan aku rasa betapa bertuahnya aku dapat menyaksikan mereka ini. Hari pertama aku agak kaget apabila rata - rata berdiri di atas kerusi sambil mencatat nota. Termasuklah barisan jutawan - jutawan juga berdiri di atas kerusi. Pelik bukan?

Pertama kali aku bangun dan berdiri di atas kerusi, rupa - rupanya lagi indah pandangan yang dapat aku nikmati. Pandangan lebih jelas, fokus lebih jelas malah Menthor juga dapat lihat lebih jelas.


Di sini, aku faham, bila dah terlalu lama kita tunduk, sesekali dapat naik di atas, pasti seronok. Tak salah untuk berada di atas.


Terlalu banyak ilmu yang aku dapat sepanjang 3 hari 2 malam di #NUH2020. Antara perkongsian ringkas adalah :

● Kita semua harus menjadi sebaik - baik manusia, iaitu manusia yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.
● Allah SWT akan sentiasa mengikut sangkaan hambanya. Sentiasa bersangka baik agar perkara yang datang hanya perkara yang baik - baik sahaja.
● Sikap seseorang akan menentukan kejayaan mereka. Fast Action, Fast Result!
● Apa yang kita fikir, adalah satu DOA. Kita kena kena ingat, kita semua bertuhankan Tuhan Yang Maha Kaya. Kalau kita tak mintak daripadaNya, macam mana kita nak dapat?
● Jiwa perlu sentiasa bersih agar apa yang kita lakukan akan sentiasa ikhlas dan bersyukur. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang kita perolehi.
● Apa yang membezakan kita adalah cara pemikiran kita. Sentiasa upgrade pemikiran dan juga sentiasa upgrade kemahuan agar kita dapat berfikir dengan lebih baik.
● Sentiasa mencari circle yang baru daripada berada pada circle yang sama. Tinggalkan mereka yang negative dengan membuat kawan yang baru atau mengembara ke tempat yang baru.


Belum pernah aku sertai mana - mana seminar, Perdana Menteri Malaysia hadir sama. Kali ini, memang aura luar biasa apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Tun Dr Siti Hasmah turut datang singgah bersama kami buat seketika waktu. 

Ada Peluang? Terus Lakukan Tindakan!

Balik dari #NUH2020, aku dapat rasakan aku yang baru, yang lebih semangat, yang lebih energy. Malah bertambah seronok bila kita dapat keluar daripada circle kita yang biasa. Nak berjaya, kita kena create circle yang baru, yang lebih positif. 


Korang yang ada peluang, aku sarankan supaya laksanakan tindakan korang untuk sertai #NUH2020 ini juga pada sesi seterusnya. Aku pun walaupun dah pergi, masih terasa nak repeat. 

Nak tahu ada promo tiket, tarikh atau info yang lebih awal? Korang boleh layari : 


#NUH2020
#NakUbahHidup
#ResultMatters 
#Richworks
#reviewbysisgeedotcom



You May Also Like

10 komen

  1. ex ofismate zira pon ada join NUH ni sis gee :) seronok kan..balik terus bersemangat hehe

    ReplyDelete
  2. Subhanallah bestnya, aura majlis ilmu 😍

    ReplyDelete
  3. Best nya pergi seminar ni dapat ilmu dapat aura positif

    ReplyDelete
  4. menarik.. meriah majlis ilmu ni :)

    ReplyDelete
  5. bestnya g program macam ni..:)

    ReplyDelete
  6. Seronok kan... semoga kita sama-sama berjaya dan kaya

    ReplyDelete
  7. Mudah2an jadi usahawan berjaya suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  8. selepas beberapa minggu.. masih samakah auranya ? hee~

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Wrmbth Sis Gee. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  10. Best nya dapat join event NUH.. Moga input2 yg diterima buat kita lebih berjaya.

    ReplyDelete