MY LIFE

My First #ootd For 2020

January 02, 2020
My First #ootd For 2020 | First of all, HAPPY NEW YEAR GUYS! Welcome 2020! Selamat Tahun Baru! Hamboi, ramai pulak yang penuhkan timeline facebook dengan video kereta terbang. Kah! Aku dulu tergolong juga di antara mereka yang melukis kereta terbang bila cikgu suruh lukis bertemakan wawasan 2020. Bukan kereta je terbang, keretapi, motosikal pun ada ikut laluan udara. Hampeh! 

Apa - apa pun, itu imaginasi kita. Tak perlu dah kita ungkitkan tentang apa yang jadi dan apa yang tidak menjadi. Yang lebih penting, siapa kita pada tahun 2020 ini? Lebih baik? Atau disebaliknya?

Princess Out Of Mood Sebab Tertinggal Kasut Kaca, Terpaksa Pakai Sepatu Adiknya. 😂

Aku belum rasa aku boleh dikategorikan seorang yang berjaya. Tapi aku bersyukur, boleh dikatakan semua wishlist 2019 aku dapat dipenuhi. Alhamdulillah. Dan untuk tahun 2020, aku akan tetapkan wishlist yang lebih besar. Well kita semua boleh membuat impian yang indah, merancang, mencuba. Selebihnya kita serahkan pada Dia. 

Eh! Dia punya intro! Tajuk entry lain! Haha! Okey, apa aku buat pada 1st January 2020? 

Tahun 2020, si abang Arsyad dah darjah 4, kakak Amani darjah 3 dan Ardini 6 tahun. Ketiga - tiga bersekolah di sekolah yang sama. Cuma si bongsu Aqil ada berkepit je ni haaa. Haha! Tahun depan its your turn Aqil!

1 Jan 2020, anak - anak dah mulakan sesi persekolahan. Alhamdulillah, tahun ni ada 2 pegawai berbaju biru. Abang dah senior pengawas, kakak baru je dilantik. Semoga anak - anak ibu dapat berkhidmat dengan baik di sekolah ye. 

Jalan - jalan Kenyir! Petang tu, rumet ajak pergi Tasik Kenyir atas urusan kerja beliau. Aku dan anak - anak excited mengikut! Dan maka terjadilah my first ootd untuk tahun 2020. Hahahaha! Tapi aku agak seram tengok paras air tasik yang melimpah tebing tasik. Serius! Dalam pada seram sempat juga ambil gambar.


Apa yang best kat Tasik Kenyir?

Dah lama juga tak pergi Tasik Kenyir. Tapi kalau korang just day trip sahaja boleh je sewa bot kat jeti Tasik Kenyir untuk round pulau - pulau di Tasik Kenyir. Ada banyak juga tarikan kat Tasik Kenyir cuma aku tak berkesempatan untuk explore. Lagi, kalau ada bajet lebih boleh juga sewa house boat untuk bermalam di Tasik Kenyir. Cuma, untuk ada anak kecil aku macam kurang recommendkan sebab pagar houseboat tu macam seram je untuk anak - anak kecil macam aku ni. Hahahaha!

Done for now! Thanks for reading. 

HAPPY NEW YEAR!! SEMOGA TAHUN BARU MEMBERI KITA SEMUA LEBIH REZEKI, LEBIH KEKAYAAN DAN KESIHATAN YANG LEBIH BAIK. AMIN.

❤ Sis Gee ❤



You Might Also Like

8 komen

  1. Alhamdulillah untuk tahun 2019. Semoga tahun 2020 bakal memberikan hasil yg terbaik dan diberkati sentiasa oleh rahmat Allah Taala. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru sis gee.. Semoga apa yang gee listkan tu tercapai ya.. Cik Ash setiap list sama xtercapai lagi hahaha

    ReplyDelete
  3. Allhamdulillah... semoga tahun 2020 memberi lebih kejayaan buat sis gee... eh... ootd penting tu... hehe

    ReplyDelete
  4. lagi sekali ya.. hahahaha~ itu bukan angle kita tau..

    ReplyDelete