HOLIDAY

Jom Rancang Percutian ke Terengganu

January 11, 2020

Jom Rancang Percutian ke Terengganu | Entry kali ni kena semangat lebih sikit sebabnya nak promote negeri sendiri. Haha! Ada lagi ke kawan - kawan yang belum sampai di tanah Terengganu? Sis Gee seronok juga kalau dapat bawa kawan - kawan jalan - jalan sini, makan sedap - sedap dan lepak - lepak di tempat menarik di Terengganu. Kalau datang roger je! Hihi.

Apa Sis Gee Paling Suka Tentang Terengganu

Ada orang kata orangnya, makanannya, dan juga budayanya. Tapi kalau korang tanya apa perkara paling utama yang paling aku sendiri suka Terengganu adalah pantai! Pantai kat Terengganu tak sama dengan pantai di Johor, di Langkawi atau di mana - mana. Sekali datang pasti jatuh cinta. Nak lagi best pantai kat Pulau di Terengganu! So far aku pernah sampai di Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. 

Pantai Pulau Kapas tu rasa dah lawa, tapi kat Perhentian lagi lawa gila! Kata orang kat Redang lagi cantik. Hurm since Sis Gee belum sampai Redang tak dapat nak review lagi. Haha! My wishlist untuk 2020, salah satunya adalah Pulau Redang. 

Selain pantai, semestinya banyak lagi best -  best kat Terengganu ni. Ada banyak local food yang semestinya membuatkan makan menjilat jari! Tempat lepak dan santai pun banyak kat Terengganu. So, memang sangat sesuai untuk datang dengan keluarga atau berdua berbulan madu atau berseorangan untuk mencari ketenangan. Tenang dan damai itu ada di sini.

Rancang Percutian Menarik Dengan Calendar of Events 2020 Terengganu

Memandangkan korang nak kena apply cuti dan anak - anak sekolah, apa kata rancang dulu percutian korang. Al maklumlah kalau datang Terengganu setakat 2 hari sahaja memang tak cukup nak enjoy! Hihi. Paling kurang 3 hari! Hahahaha!


Kat bawah ni ada kalendar event yang bakal berlangsung di Terengganu sepanjang tahun 2020 ini. So, kalau korang merancang nak ke Pulau, bulan yang terbaik adalah pada awal bulan April bersempena Karnival Candat Sotong 2020. Bulan September akan ada Terengganu Beach Carnival 2020 di Pantai Batu Buruk, so mesti banyak aktiviti pantai yang best - best nanti!


Korang boleh tengok video yang memberikan gambaran berkenaan event best di Terengganu sepanjang tahun ini. 


Datang Terengganu jangan lupa roger Sis Gee wokey! In syaa Allah kalau berkelapangan, boleh jumpa! 

#TourismTerengganu
#Terengganu
#VisitTerenggan2020

You Might Also Like

7 komen

  1. pernah sampai kuala terengganu, itu pun tak explore banyak sebab pergi time musim hujan .

    ReplyDelete
  2. yes tak puas kalau pi meronda kat terengganu sehari ja. hehehe

    ReplyDelete
  3. sy ni nama je duk teganu tp xabs lg jelajah negeri sndiri. hahaha

    ReplyDelete
  4. last g ganu masa tu zaman hantar2 tender sekolah utk post kawalan security lepas tu ikut ma lawatan ajk srikandi dia.. lama dah x jejak ganu.. hahahha

    ReplyDelete
  5. Baru balik dari sana.. Memang cantik

    ReplyDelete
  6. Terengganu memang banyak tempat yang menarik yang boleh dikunjungi. Lagi satu harga makanan kat terengganu pun murah

    ReplyDelete
  7. Rabia ni duduk je Terengganu tapi tak pernah pergi lagi ke pulau kapas

    ReplyDelete