FAMILY

Pengalaman Si Sulong Arsyad Berkhatan

December 08, 2019
Pengalaman Si Sulong Arsyad Berkhatan | Alhamdulillah. 3 Dec 2019, Selasa, permata sulong dah selamat berkhatan di Klinik Famili, Kuala Terengganu.

Memang ada bersembang dengan rumet untuk sunatkan Arsyad lepas balik daripada public transport trip November yang lepas. Cuma, sekadar bersembang je la tanpa buat sebarang carian klinik atau survey. Haha!

Selepas Kejadian..Menunggu Ubat..
Sebenarnya, pekerjaan rumet sekarang banyak kena travel. Kerja projek, macam nilah. Bini dah hadam lama dah. Ada time busy, cuti raya pun semput! Haha! Kebetulan awal cuti sekolah, rumet kena gi meeting kat Kota Bharu. So berbelah bahagi juga kalau booking date untuk Arsyad berkhatan  sebabngnya kang bapaknya pulak takde. Ibu is luluh jiwa untuk handle bab bersunat nih! Hahahahaha!

So, kami biarkan dahulu rumet setelkan urusan di Kota Bharu, baru call klinik untuk booking. 

Buat Sedikit Research Dan Carian Klinik Terbaik Tapi Mampu Bayar

Dari Arsyad kecik, aku dah sound kat rumet, nanti sunat guna je kaedah paling cepat baik sebab I is tak sanggup! Haha! Bila tiba masanya, sukar juga untuk membuat keputusan klinik mana, teknik & kaedah sunat apa, laser tu macam mana, gunting macam mana pulak?

So, dengan bantuan google, aku buatlah sedikit research secara kasar. First, aku nak tahu harga. Kemudian klinik mana yang tawarkan servis perubatan untuk berkhatan. Aku memang tak sempat nak round dari satu klinik ke satu klinik. Pilihan yang ada adalah carian online sahaja dan bantuan pengalaman rakan-rakan yang dah selamat sunatkan anak mereka.

Secara kasar aku dapat tahu kaedah sunat sekarang dah dimodenkan dengan teknik laser. Tapi sebenarnya bukanlah laser, tu hanya panggilan bahasa mudah sahaja. Sebenarnya, kaedah ni doktor guna satu alat besi, kemudian dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk proses berkhatan. 

Ada juga kaedah smart clamp. Korang boleh google untuk lebih info. Tapi yang aku baca teknik smart clamp lagi berisiko. Apa - apa pun, depends pada parents nak pilih yang mana. Nak faham lebih jelas, korang google je, ada banyak info tersedia. Hihi.

Berkhatan RM150 Sahaja di Klinik Famili Kuala Terengganu

Bila bertanya pada rakan-rakan, ada beberapa yang cadangkan 2 klinik ini iaitu Klinik Famili atau Klinik Ar Rijal. Cuma bila bandingkan harga, kami memilih Klinik Famili sebab hanya RM150 termasuk kos berkhatan, ubat-ubatan, rawatan susulan selepas 3 hari dan juga siap dapat free gift untuk si hero. Hehe. 
Mulanya nak date 1 Dec tapi penuh pula. So dapat 3 Dec 2019, Selasa, jam 8 malam. Bagus juga buat malam sebab bila balik rumah tinggal nak tidur je kan. Hehe. 

Sepanjang perjalanan sehingga menunggu turn, cool je Arsyad sambil main games kat phone. Mungkin dia pun dah tahu sudah tiba masanya untuk dia berkhatan. So, pasrah jelah. Haha! Bila tiba giliran, aku tak dapat masuk sebab Aqil ada sekali. So ayah dan anak je masuk. 


Nerbes dan luluhnya rasa hati seorang ibu bila dengar jeritan anak. Ye! Aku dengar Arsyad menjerit aduh aduh aduh. Aish gabra aku kat luar. Cepat-cepat peluk Aqil untuk hilangkan rasa nerbes. Haha!

Tak lama lepas tu, semua sunyi sepi. Aish! Suspen juga! Mulut dah terkumat kamit baca doa. Mintak dipermudahkan untuk Arsyad. Hehe. 


Dalam 30 minit kot, pastu keluar si abang yang dah selamat di sunatkan. Haha! Nampak lebih matang! Hahahaha! Rupa-rupanya sakit dia menjerit tu disebabkan sakit nak cucuk ubat bius. Hahahaha! 

Alhamdulillah semua dah selesai. Harini dah hari ke lima. Dari hari pertama, memang ayahnya yang handle semua. Ibu tolong sediakan ubat minum je. Hehe. Mandi, sapu ubat semua ayahnya buatkan. Ibu tak kuat! Haha!

Semalam ke klinik untuk follow up doktor. Alhamdulillah semua okey. Kena teruskan berpantang sampai luka jahitan sembuh. 


Dear Arsyad, ibu bangga dengan abang hari ni. Ibu sangka ibu muda, zaman remaja lagi. Sekali ibu dah ada anak bujang! Haha! (ibu sila sedar diri!) hahahahaa! Semoga ni menjadi titik permulaan abang menjadi umat yang berguna pada agama. Semoga abang membesar dengan sihat, dengan akal fikiran yang bijak. Jangan lupa besar nanti bawak ibu gi holiday! Hahahahahaha!

Done for now. Sesekali berkongsi kisah personal di blog. Boleh buat tatapan anak-anak bila diaorang dah besar nanti! Korang ada pengalaman anak berkhatan? Boleh kongsikan di ruangan komen supaya dapat menjadi info & tips untuk parents yang lai juga! ❤

You Might Also Like

12 komen

  1. Tahniah abang dah setel urusan berkhatan.
    The arifs plan nk khatan sabtu lepas pastu cancel sebab ingatkan abg ipar tempah yg hok laser, rupanya guna gunting biasa. Anak sedara yg sesi pagi meraung2 sampai doktor pun xleh sunatkan dia suruh bawa balik.Terus mama yer cancel. Bawa balik ganu lah sunat kat klinik famili jer..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah ye Arsyad dah dewasa. Selamat berpantang sampai habis ye

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Mudah2an cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  4. selamat menempuh alam dewasa awak..eh..haha

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..selesai...
    nieyl anak buah 4 org sekali sunat..ni tgh berpantang bersama :)

    ReplyDelete
  6. tahniah, abang.
    anak teruna aida pun dah selamat berkhatan.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  7. I plan nak khatan kan anak jugak tapi dah full

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah Abang.
    Jaga diri ya.

    Anak kita sama nama, cuma ejaan je tak sama Sis Gee. Hehehe

    Anak2 teruna Ruby belum bersunat lagi.

    Done follow sini #258

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dan tahniah, selesai satu tanggungjawab. Beberapa tahun lagi turn anak teruna saya pula.

    ReplyDelete