Sekolah Kebangsaan Atas Tol Terima Sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah Dari RMHC & McDonald's

by - November 01, 2019

Sekolah Kebangsaan Atas Tol Terima Sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah Dari RMHC & McDonald's | 29 Oktober yang lepas, aku berpeluang untuk bersama - sama team McDonald's Terengganu dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) untuk satu program Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Sekolah Kepada 30 pelajar yang kurang berkemampuan.


McDonald's Malaysia yakin dan percaya pendidikan merupakan aspek yang sangat penting untuk semua kanak - kanak. Memahami perbelanjaan menyediakan keperluan sekolah adalah sangat tinggi maka McDonalds mengharapkan perlaksanaan program 'Kembali ke Sekolah' dapat memberikan suntikan semangat untuk kanak - kanak ini agar berjaya mencapai impian mereka.


Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Atas Tol sangat meriah dengan kehadiran Guru Besar, Guru - Guru Penolong Kanan, Guru - Guru, Ibu Bapa, Waris dan Murid - Murid yang terlibat. Pasukan McDonald's Malaysia pula diwakili oleh Operation Consultant Terengganu Md Fazli Razali, Restaurant General Manager bagi setiap cawangan Terengganu, Pengurus RMH di HUSM Puan Wahida, dan juga crew lain yang terlibat sama. 


Dalam ucapan Guru Besar, beliau mengucapkan setinggi penghargaan buat pasukan McDonald's dan RMHC di atas sumbangan yang diberikan di mana ia dapat meringankan beban keluarga untuk persekolahan tahun 2020 nanti. Dalam masa yang sama juga penduduk tempatan dapat mengenali McDonald's dengan lebih dekat lagi.



Setiap kanak - kanak yang terlibat akan menerima sepasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah dan beg sekolah yang nilai sumbangan RM100 setiap seorang. Perlaksanaan program 'Kembali ke Sekolah' pada tahun ini merupakan yang terbesar pernah diadakan oleh McDonald's Malaysia dengan nilai tajaan lebih RM3 juta. 


Dalam ucapan wakil McDonald's, Md Fazli Razali selaku Operation Consultant Terengganu, beliau menyatakan program sumbangan pek 'Kembali ke Sekolah' ini merupakan salah satu cabang McDonald's untuk mengukuhkan aktiviti dan tanggungjawab sosial kepada warga tempatan.


Malah, aktiviti sebegini merupakan nilai teras McDonald's Malaysia dan sumbangan juga turut dihulurkan oleh oleh rakan - rakan niaga, para francaisi, warga kerja serta para pelanggan McDonald's.


Penyampaian pek 'Kembali ke Sekolah' ini akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini sebagai sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's yang merangkumi pelbagai program kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan.


Tahniah pasukan McDonald's & RMHC!!!

Untuk korang yang memerlukan info lanjut mengenai Persatuan Kebajikan Ronald McDonald boleh layari : RMHC MALAYSIA 


You May Also Like

6 komen

  1. semoga ada lebih banyak aktiviti2 macam ni =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Besar maknanya sumbangan tu buat anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan. Mudah-mudahan dapat sedikit sebanyak tampung apa yang kurang untuk persekolahan mereka. Terbaik McDonald's!

    ReplyDelete
  3. Wah! Bagus nyer McD Terengganu buat kerja kebajikan macam nie. Memang I salute!

    ReplyDelete
  4. Terbaik!!semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga di masa hadapan.

    ReplyDelete
  5. Terbaik Mekdi & RMHC! Memberi sumbangan yg sgt bermanfaat buat mereka yg memerlukan adalah suatu perkara yg sgt terpuji. Moga menjadi inspirasi buat yg lain dan juga diri ini...

    ReplyDelete
  6. MashaAllah bagusnya McD ni. Dah macam wakil rakyat dah bagi sumbangan2. Bukan sikit tapi Rm3 juta.. banyak tu. Terima kasih McD.

    ReplyDelete