HOLIDAY

Nikmati Hadiah Birthday Dari Travel Buddy di Jewels Hotel Kota Bharu

November 05, 2019
Nikmati Hadiah Birthday Dari Travel Buddy di Jewels Hotel Kota Bharu | Korang yang tahu dan ingat bulan kelahiran Sis Gee jangan terkejut pula. Ye lah, bulan kelahiran aku adalah Ogos, dah kenapa lepas beberapa bulan dapat hadiah lagik? Hahaha! Itu namanya rezeki dong! Kahkahkah!


Sebenarnya, ni semua hadiah pemberian daripada travel buddy Mek Yunie. Dia yang teringin nak belanja free stay hotel untuk aku dan family. Bila aku beritahu yang teringin nak jalan-jalan Kelantan bulan Oktober, so dia tawarkan aku hadiah untuk aku menginap di Jewels Hotel Kota Bharu. Alhamdulillah, semoga murah rezeki Mek dan keluarga. 


Perancangan ke Kota Bharu boleh dikatakan last minute juga. Kebetulan dapat tahu cuti perayaan Deepavali untuk budak sekolah adalah selama 5 hari iaitu Jumaat hingga Selasa. Kemudian, berkebetulan pula ada job review di Kelantan, sebab itu Mek Yunie tawarkan aku hadiah menginap di sini. So, semestinya aku akan buat perkongsian di blog tempat penginapan aku dan keluarga selama berkampung di Kota Bharu Oktober yang lepas. Manalah tahu bermanfaat untuk korang yang ingin merancang percutian ke Kelantan nanti.

Ketahui 9 Daya Tarikan Menginap di Jewels Hotel Kota Bharu

#1 Lokasi Jewels Hotel di Tengah Bandar Kota Bharu

Sampainya kami di Jewels Hotel, ada 2 buah bas yang membawa rombongan dari negeri luar Kelantan. Aku agak terperanjat sebegitu ramai untuk menginap di Jewels Hotel, pastinya Jewels Hotel bukanlah hotel yang biasa-biasa. Kalau korang check harga bilik standard di Jewels Hotel pun boleh tahan juga dalam lingkungan RM 100 hingga RM150 semalaman. 


Bila diberitahu oleh Mek Yunie, lokasi Jewels Hotel adalah di tengah - tengah bandar Kota Bharu, baru aku faham kenapa begitu ramai suka menginap di sini. Lokasi Jewels Hotel sangat strategik untuk korang yang nak explore Kota Bharu. Korang akan jimat banyak masa, tenaga dan kos juga untuk ke satu tempat yang berlainan pada hari yang sama. 

#2 Pakej Bilik Termasuk Sarapan

Untuk bilik Superior King yang Gee menginap, breakfast adalah percuma untuk 2 orang dewasa. Manakala kanak - kanak berumur 5 tahun dan ke bawah adalah percuma. Semestinya, hidangan breakfast merupakan juadah tradisi Kelantan iaitu nasi kerabu. Yang bestnya, nasi kerabu ni kita boleh adjust sendiri untuk letak bahan - bahannya seperti ulam-ulaman, kerabu dan sambal. 



Ada lagi pilihan menu yang lain seperti bihun goreng, ayam goreng, kentang goreng, cereals, kuih muih, roti bakar dan buah-buahan. 

#3 Kemudahan Bilik Lengkap


Bila menginap di hotel, semestinya kemudahan bilik menjadi satu perkara yang paling diutamakan. Menginap di bilik Superior King Jewels Hotel ini selesa juga. Ruangan bilik pun luas untuk 2 extra bed memandangkan anak - anak i ramai. Haha! 


Bilik aku ada kemudahan telefon, sejadah, water heater, kettle, televisyen ( Astro channel ), free wifi dan juga towels. Kemudahan iron ada juga disediakan di luar bilik. Keadaan bilik dan tandas juga bersih, so memang selesa nak bermalam kat sini bersama keluarga.

#4 Pusat Fitness Percuma Untuk Tetamu Hotel


Benda free dah ada kenapa nak bayar? Hahaha! Alang - alang dapat free access ke gym, mestilah guna peluang yang ada. Selepas breakfast, aku & rumet gunakan 30 minit waktu bersama di gym. Anak - anak kami biarkan berehat di bilik saja. Hehe. Seronok juga sesekali berdua dengan incik suami sambil menikmati kemudahan pusat fitness hotel dengan percuma. Hehe.

#5 Mempunyai 3 Dewan Serbaguna Untuk Pelbagai Acara



Kalau korang berhajat nak mengadakan sebarang seminar, majlis, jamuan atau acara yang melibatkan bilangan orang yang ramai, korang boleh sewa dewan yang ada di Jewels Hotel. Boleh ambil terus pakej makanan di sini. Untuk yang nak bermalam pun boleh juga! 

#6 Suasa Restaurant Tawarkan 6 Menu Utama Untuk Makan Tengahari


Suasa Restaurant di Jewels Hotel menawarkan 6 pilihan main course untuk hidangan makan tengahari. Harga setiap main course adalah RM18 sahaja. Untuk jimatkan waktu dan tenaga, kami sempat lunch bersama di Suasa Restaurant selepas check out hotel. Aku memilih Oxtail Asam Pedas, rumet semestinya menu kegemaran Spaghetti Lamb dan anak - anak pula Chicken Chop.


Oxtail Asam Pedas adalah ekor lembu yang dimasak asam pedas. Memang terangkat wei! Terasa kepedasan dan dalam masa yang sama rasa masam dan manis kuahnya seiring dengan rasa pedas kuah yang agak pekat. Rasa nak hirup kuahnya walaupun pedas! Hahahaha! 


Hidangan Oxtail Asam Pedas bersama nasi putih, sambal, ulam dan keropok. Portion Oxtail Asam Pedas agak besar boleh juga nak kongsi 2 orang cuma korang kena mintak extra nasi.



Spaghetti Lamb merupakan menu berkembar yang dihidangkan di atas satu pinggan. Kata rumet, spaghettinya sedap tapi dengan resipinya yang tersendiri. Agak berlainan dengan spaghetti yang dirasa sebelum ini. Lamb? Memang sedap bagi penggemar daging kambing!! Aku kurang sikit lamb, so memang review aku pass pada rumet dan Mek Yunie. Hahahaha!



Untuk anak - anak memang highly recommended Chicken Chop. Chicken Chop tak pedas dan portion agak besar juga. Bahagian luar sedap dengan crispynya dan isi ayam bahagian dalam sangat lembut. 


Lunch aku, Mek Yunie dan family turut disertai oleh geng travel baru iaitu Wahida. Hehhehe. Beliau bukan seorang blogger tapi seorang yang suka jalan jalan cari makan jugak macam kami. Hahaha! Tapi tak tahulah soon Wahida akan jadi blogger jugak! Hehe!


Sekali lagi Mek Yunie surprisekan aku dan Wahida dengan menempah brownies istimewa bersempena birthday aku dan Wahida ( walaupun dah lepas!Haha ). Kami tiga memang hantu brownies sebenarnya so maybe lepas ni setiap kali meet up wajib ada signature food iaitu brownies. Hahahahahaha!

#7 Parking Percuma

Korang boleh request untuk menggunakan parking percuma yang disediakan oleh pihak hotel. Parking disediakan di hadapan hotel dan sangat selamat juga. Seperti biasa, nanti korang kena maklumkan kepada receptionist nombor plat kereta untuk tujuan keselamatan.

#8 Nikmati Pelbagai Makanan Viral Untuk Dinner

Meriahnya suasana di sebelah Jewels Hotel pada waktu malam. Korang buka je pintu lobi hotel, terdapat seperti satu pesta menjual makanan, minuman, pakaian dan juga pelbagai games untuk anak - anak. Sangat meriah! 


Ada banyak makanan viral Kelantan korang boleh dapatkan di Bazar Food Truck ini seperti Teh Tarik Madu Pak Mat Pulau Pisang, Ikan Bakar, Seafood Bakar, Aneka Sup, Sosej Cheese Tarik, Sosej Bakar, Oden, dan banyak lagi makanan yang ada. 


Kerusi dan meja juga ada disediakan so memang boleh santai - santai makan sampai kenyang! Sambil itu, boleh juga anak - anak bermain permainan yang ada. Memang seronok lah diaorang! 


#9 Gift Shop Ice Watch


Jewels Hotel ni dahulunya dikenali sebagai Habib Hotel. Sebut sahaja nama dah terbayangkan Habib Jewels. Hahaha! Lain macam gift shop di Jewels Hotel, korang boleh dapatkan jam tangan berjenama Ice Watch di Butik Ice Watch berdekatan dengan Jewels Hotel. Boleh lah korang beli sebagai tanda kenangan menginap di Jewels Hotel Kota Bharu. 



Harga yang dipamerkan belum diskaun tau! Kalau nak tahu berapa diskaun, korang kenalah datang singgah sini kalau ke Kelantan nanti!!


Nikmati Percutian di Tengah Bandar Kota Bharu Dengan Penginapan di Jewels Hotel


Kalau korang nak mencari hotel yang selesa dan strategik di Kota Bharu, korang boleh cuba menginap di Jewels Hotel ni. Korang boleh membuat tempahan di aplikasi tempahan online hotel yang ada atau boleh juga hubungi 09 7474 788. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh juga terjah di link media sosial Jewels Hotel kat bawah ni.

WEBSITE  |  INSTAGRAM  |  FACEBOOK  |  MAPS  

#sisgeejalanjalan
#reviewbysisgeedotcom
#JewelsHotel

You Might Also Like

33 komen

  1. bestlah hotel dia semua ada. makanan tu yg sedap2 jer hehe.

    ReplyDelete
  2. kalau singgah bandar ni nanti boleh try hotel ni pulak..macam menarik je

    ReplyDelete
  3. Alhamduillah rezeki kepada akak. hehe. Semoga hadiah sebegini mengembirkan di dalam kehidupan akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. tak pernah dengar lagi nama hotel ni. hotel baru ke? next time pergi kelantan boleh la menginap sini pulak. nampak macam selesa je and yang penting ada sarapan sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni dikenali sebagai Habib Hotel kalau tak silap. Aah betul gee suka hotel ada brekpes jugak..hehe

      Delete
  5. first time dengar pasal hotel ni..not bad lokasinya betul2 kat tengah bandah kelantan..dan paling penting ada restoran yang menyediakan pelbagai juadah yang menyelerakan. itu yang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesza! tengah bandar mudah access ke semua tempat!

      Delete
  6. So sweet! Bagus Mek Yunnie blanja kawan stay at hotel. Wish I can do the same for my bff one day.

    ReplyDelete
  7. Wah rate harga dia tak lah mahal. N nampak selesa sangat. Best dpt baca review2 gini. Kdg tu bila masuk bilik, horror. Kecewa betul. Ni bila baca review elok, yakin lah nak menempah. Hehe thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul! kena survey juga review macam mana. hehe

      Delete
  8. Looks good ! The cake looks absolutely beautiful!~ Should plan a day and go for a short holiday! Thanks for sharing~

    ReplyDelete
  9. Menarik hotel ni..Nampak tempat dia selesa dan luas..makanan dia pun mengancam..siap ade kedai ice watch

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! ice watch boleh beli untuk self rewards!

      Delete
  10. wah bestnya siap ada treat birthday tu. happy birthday sis. hotel pun selesa dan food pun sedap2

    ReplyDelete
  11. Bagi mereka yang nak ke Kelantan dan cari tempat penginapan, nak cari hotel, boleh la tempah Hotel Jewel Kota Bharu ni.. Nampak selesa dan best. Baiknya Mek yunie belanja ya 😊

    ReplyDelete
  12. In shaa Allah jika ke Kelantan suatu hari nanti , bolehlah saya menginap di sini. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak balik Kelantan sejak arwah atuk meninggal. Macam macam dah ada di sana. Hotel ni pun nampak best. Dengan lokais yg betul2 strategik. Bolehlah plan balik sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah boleh plan balik kampong check in sini nanti!

      Delete
  14. wah.. bagus hotel ni.. dah semestinya kalau kita nak menginap mana-mana kita perlukan hotel yang sedap makanannya, bilik yang selesa dan kemudahan yang cukup kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu TB! cukup kemudahan buatkan kita selesa nak menginap!

      Delete
  15. Nampak selesa stay kt sini. Kalau ade rzki CR ke sana boleh la duk sini nti..

    Cntik btul jam tuuu

    ReplyDelete
  16. Qiss teringin nak pi Kota Bharu tapi belum ada peluang lagi. Kalau ke sana nak menginap kat hotel ni lah. Harga memang berbaloi. Untuk dapat kawan blogger macam mek ni. Murah rezeki dia nanti. Best gather dengan kawan2 kan. Happy belated birthday ye

    ReplyDelete
  17. wah... tahniah gee, rezeki jgn ditolak kan.... Allhamdulillah travel buddy tu, aktif sungguh bab travel ni... hehhe

    ReplyDelete
  18. antara hotel yang terbaik pernah aku ceritakan kepada orang ramai. kecil tapi cukup lengkap amenities nya. selaku yang suka travel perlu sarankan kepada yang lain juga hotel hotel best supaya dapat dinikmati bersama.

    ReplyDelete
  19. mesti seronok dapat hadiah dari travel buddy kan...dapat pula bercuti dengan keluarga...penginapan yang cantil...nice sharing...singgah sini dan follow...jika lapang jemput singgah www.bondachanteq.com jemput follow...

    ReplyDelete