Last Day Penang Trip : Nasi 7 Benua, Flight Ke KL

by - November 29, 2019

Last Day Penang Trip : Nasi 7 Benua, Flight Ke KL | Bila dah tiba hari terakhir, mula la merasa cepat je waktu berlalu. Percutian di Penang yang dirancang beberapa bulan yang lepas semakin sampai ke penghujungnya. Owh i will miss this trip dan juga akan merindui keriuhanan kanak - kanak ribena ini. Haha! Sebelum ni aku ada update SINI untuk aktiviti sehari sebelum hari terakhir di Penang. Kat situ ada lagi link aku sertakan sekali untuk episod entry jalan - jalan Penang yang lain. 


Flight ke Kuala Lumpur malam hari terakhir kami di Penang. So, lepas check out homestay, kami merancang untuk habiskan sisa-sisa waktu yang ada untuk menikmati Penang. Haha! Disebabkan flight malam, so hari terakhir di homestay kami manfaatkan dengan berehat kat homestay sampailah tiba waktu check out iaitu jam 12 tengahari. Well nama pun travel dengan anak-anak, so kondisi diaorang memang kena betul-betul jaga agar mereka dapat rehat yang secukupnya.

Lunch di Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe

First impression bila tengok nama Koo Boo Cafe ku sangkakan kedai cina tau! Bila masuk baru tau kedai melayu rupanya. Kikiki. Nasi 7 Benua ni agak viral juga disebabkan nasinya ada 7 jenis yang berwarna - warni. Restoran Nasi 7 Benua ni terletak di Bayan Lepas, so memang baguslah sebab dekat je dengan airport. So, takdelah rushing sangat nanti.


Nama 7 Benua tu disebabkan ada 7 jenis nasi iaitu Nasi Putih, Nasi Lemak, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Kacang, Nasi Lamuni dan Nasi Hujan Panas. Setiap satu nasi dihidangkan di atas satu pinggan dengan size mangkuk yang kecil. So bila combine 7 jenis nasi ni akan jadi portion nasi macam biasa korang makan tu. Hehe. 


Kalau nak 1 benua sahaja pun boleh. Nak 3 benua yang sama pun boleh. Ikut suka hangpa. Cuma kalau nak merasa setiap satu jenis berbeza, maka terhasillah Nasi 7 Benua. Hihi.


Untuk lauk pula, takde lauk spesifik pun. Ada banyak pilihan jenis lauk pauk yang ada termasuklah daging, ayam, ikan dan seafood. Masakan melayu hokey. Yang paling tak lupa adalah lauk daging air asam. Rumet punya tapi aku yang makan. Hahaha!

Lokasi :

Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe
Taman Tunas Muda
Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Berjalan - Jalan di Queensbay Mall

Lagi satu daya tarikan Penang untuk kaki shopping adalah Queensbay Mall. Lepas luncheon di Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe, sisa - sisa masa kami habiskan di Queensbay Mall. Bukan untuk shopping pun, sekadar mencuci mata. Kikiki. Aku kenal Queensbay Mall ni zaman study kat Kedah lagi tapi belum pernah jejakkan kaki.


So kalau korang suka shopping boleh lah terjah Queensbay Mall ni. Memang banyak gila brands outlet. Dan juga dekat dengan airport. Haha! So, sementara tunggu flight, bolehlah datang melepak sini.

First Time Masuk Penang International Airport

First, Airport Penang memang sibuk dan crowded! Berbeza la dengan Airport Terengganu. Hihi. Nama pun internasional kan. So, kami decided untuk bertolak awal dari Queensbay Mall ke airport. Travel dengan anak-anak ni ada banyak perkara di luar jangkaan. Haha!


Sampai di airport, kami melepak di McDonald's. Well! Sis Gee dan McDonald's mana boleh dipisahkan! Haha! Sementara makan kami gilir - gilir ke surau untuk solat. Yang aku perasan kat airport Penang majoriti chinese. Tak sure local chinese atau tourist dari China, Taiwan atau negara yang lain. 


Kami check in awal. Memang itu yang terbaik kalau dengan kanak - kanak ribena. Ruang menunggu Airport Penang membuatkan aku rindukan Kuching, Sarawak. Lebih kurang sama cuma Airport Kuching lagi besar. I think la sebab dah lama trip ke Kuching, masa tu tahun 2013 kot. 


Alhamdulillah percutian di Penang is done!! Sampai jumpa lagi Penang! Owh million thanks untuk blogger Penang YANA yang bagi recommended list untuk terjah di Penang. Memang semua recommendation adalah terbaik cuma ada lagi banyak list yang tak sempat nak terjah. Maybe next trip. In syaa Allah. 

Next. Nak update episod last untuk Public Transport Trip Terengganu - Kuala Lumpur - Penang. Thanks for reading darls!!

#sisgeejalanjalan
#PublicTransportTrip
  

You May Also Like

2 komen

  1. Nasi 7 benua tu boleh tahan jugak sedapnya. Rindu penang lepas baca entry sis

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah best nya family trip. semua ceria gembira ^_^

    ReplyDelete