FOOD REVIEW

Jalan - Jalan Penang : Nasi Kandar Deen Maju dan Pasembur Menari

November 27, 2019
Jalan - Jalan Penang : Nasi Kandar Deen Maju dan Pasembur Menari | Jom sambung story mory Public Transport Trip ke Kuala Lumpur dan Penang. Dari terminal feri, pengembaraan bermula di Pulau Pinang! We are ready to explore! First! Semua lapar bila dah hampir 5 jam belum isi sesuatu makanan yang berat dan mengenyangkan. 


Nak baca entry berkaitan trip ini yang aku dah update boleh refer sini :



Sampai seberang memang waktu lunch! Semua kebulur dah. Kami order Grab Car untuk ke Nasi Kandar Deen Maju. Well, datang Penang haruslah makan nasi kandar! Dan Deen Maju antara nasi kandar yang highly recommended!


Aku dan nasi kandar bertemu jodoh masa study kat Kedah dulu. Masa tu memang favourite Nasi Kandar Ayam Berempah Kuah Campoq! Perghhh! Eh jap! Aku lupa ayam berempah ke ayam goreng apa, tapi warna oren terang tuh! Memang sedap gila!


So datang ke Penang, aku dah ada expectation untuk merasa nasi kandar kat sini. First kami cuba Nasi Kandar Deen Maju. Pheww! Beratuq panjang! Tapi okey lagi sebab masa kami sampai restoran baru di buka jam 2 petang. Kalau lambat, selamatlah beratur selang beratus manusia. Haha! Kedai selesa, meja makan banyakkk! So, kalau sampai mesti terus cari meja!

Lapar punya pasal, ini je gambar makanan ada! Haha!

Oh hoi! Patutlah ramai beratuq! Memang berbaloi beratur setengah jam pun. Memang sedap menjilat jari! Hahahaha! Kalau aku memang nak kuah campur. Kalau korang nak request kuah apa, sila maklumkan awal-awal sebelum hujan kuah di atas nasi anda! Haha!

Kalau korang nak try boleh lah singgah kat sini :

Restoran Deens Maju Nasi Kandar
170, Jalan Gurdwara
10300 George Town
Pulau Pinang.


Penang memang syurga makanan! Datang Penang apa yang best? Mesti makanan berada carta teratas! Haha! Petang hari yang sama, kami teruskan lagi food hunting kami. Next buat pertama kali aku makan Pasembur! Dari tempat penginapan kami naik Grab Car ke Gurney Drive. Walaupun baru kul 3 petang tadi dah pekena nasi kandar, ni kul 5 makan lagi pasembur! Korang rase?


Tapi bagus juga bila datang bukan dalam keadaan perut yang berkeroncong. Pemandu grab dah pesan awal, pasembur ni boleh buat kita bayar ratus - ratus ringgit tau! Main semua benda nak, tambah - tambah tengok udang, ketam yang besar - besar! Bila dah nafsu memuncak, time bayar baru rasa ketaq lutut! Hahahah!


Tempat kami tuju Pasembur Disco / Pasembur Menari / Pasembur Joget! Banyak nau nama tetapi kedai yang sama! Lot gerai nombor 9 kalau tak silap. Pasembur Menari ni memang dah viral, masuk tv, masuk surat khabar tau! Cuma aku tak berapa nak alert. 😅


Konsep self service. Pilih je apa yang korang nak! Harga ada siap ditulis tapi kalau korang rasa nak berkira-kira lah. Kalau rasa nak enjoying the food, pejam mata sudahlah! Hahahah!

Lepas pilih-pilih, abang kedai akan potong - potong dan bubuh kuah pasembur. Kata orang, waktu potong dan buh kuah tulah dia akan menari. Tapi kami tak dapat tengok show sebab tak berkebetulan pula.


Sepinggan yang kami ambil dalam harga RM30 ke RM40. Boleh makan sehingga 4 orang. Rasa kuah dia sedap juga manis - manis dan pedas. Kalau korang sejenis suka gigit lada buat ulam tu mungkin tahap kepedasan 3 per 10 je kot. Hahahha! Overall bagi aku, sedap dan terasa nak repeat lagi next time!





Seterusnya!! Datang Penang pasti pekena cendol! Cendol dia sedap wei! Tak sama macam cendol kat Ganu punya sebab kat Ganu extra manis. Hahahaha! Sini, mungkin original so manis - manis gitu je. Aku punya cendol pulut special! Ui tengok gambar pun buat aku meleleh! Hahahha!


Nah untuk kalau terliur nak JJCM Penang :

Pasembur Menari
Pasembur Stall No9
Anjung Gurney
10350 Jelutong
Penang.



Ni baru kisah day one di Penang tau! Ada lagi banyak story mory nak kongsi! Nanti sambung lagi hokey!
Boleh tengok highlight di Instagram  @hazirahmohd 😊

#sisgeejalanjalan
#publictransporttrip


You Might Also Like

24 komen

  1. Rindunya Penang!
    Setiap tahun pegi Penang tapi tahun ni tak pegi lagi.
    Terliur tengok pasembur tu ~

    ReplyDelete
  2. dah lama tak jejak kaki kt penang.

    ReplyDelete
  3. mak ai... panjang beratoq tu... gambar2 makanan tu menggiur kan..

    ReplyDelete
  4. Nasi kandar tu nampak jahat sangat wei. Aishh rasa nak ke penang plak. Ngee

    ReplyDelete
  5. sedapnya nasi kandar dengan pasembor. dah la tak pergi penang. Nanti balik kedah bolehla singgah ni. Nampak sedap plak cendol pulut tu

    ReplyDelete
  6. Penang dan makanan berpisah tiada. Jati diri kena kuat sebab makanan memang sedap-sedap dan harga tak mahal sangat. Kena tanya orang Penang, mana lagi port best bab makan.

    ReplyDelete
  7. Best plak kan bila baca menu lazat penang petang-petang nie. Terus terliur ingat pasembor dan juga nasi kandaq. Jap. nak lap air liur jap hahaha

    ReplyDelete
  8. zul dah lama tak singgah Kedai Deen maju ni. tahun lepas pergi pun kene beratoq banjang mendela. Makin lapar rasa waktu beratoq. HAHAHA

    ReplyDelete
  9. Haritu ke Penang tak makan Deen Maju sebab tak sanggup nak beratuq. Makan nasi kandar lain je tapi sedap juga, full house! Bukan mai betol nama pesembor depa ye. Hehehe

    ReplyDelete
  10. huhu.. lapar perut lalu pas baca blog sis gee ni tau... rindu nak jalan2 penang, dah 7 tahun tak jejak kaki ke sana..

    ReplyDelete
  11. Adoiii terliur wehhh..lama betul simpan hajat nak ke Penangp pekena nasi kandaq. Kita buat entri ni sebagai rujukan padu..hehehe

    ReplyDelete
  12. Penang & makanan sedap memang tak dapat dipisahkan. Dah plan next year nak explore Penang pula.

    ReplyDelete
  13. Masha Allah panjang gitu sis beratur ..mesti sedap glerr masakannya ekk. Puttin this into my list next ke Penang in sha Allah

    ReplyDelete
  14. kalau tengok gaya beratur tu dah tau memang sedaplah makanan ni kan, tapi bila dapat makan memang pushati, hilang penat menunggu, itulah keistimewaan bercuti, memang wajib makan menu popular

    ReplyDelete
  15. Teringat kembali saya trip ke Penang 2 tahun lepas.. rasa nak pergi lagi nanti..

    ReplyDelete
  16. seronoknya dapat jejalan ngan kengkawan sambil menikmati makan enak...kalau pergi penang bolehlah singgah pekena kari kat sini hehehe

    ReplyDelete
  17. nasi kandar deen mmg sentiasa ramai orang. cuma tak tahan kena beratur je, panjang sangat....

    ReplyDelete
  18. Amboi sedapnya pasembor dan juga nasi kandar tu hehehe kita lama tak pergi Penang nak pergi lah cuba semua makanan yang sedap-sedap kat sana bestnya.... Rindu nak cuti kat Penang lagi...

    ReplyDelete
  19. Tak pernah makan kat sini lagi. Beratur panjang. Pernah masuk tv tempat ni

    ReplyDelete
  20. Ya allah..terujanya akak tgom pasembor tu....ni mmg trip makan2 la ni erk...

    ReplyDelete
  21. Aduh... Lapar terus! Sedap nya nengok. Kita memang ada plan nak pi Penang nanti. So pasni boleh terjah sini lak

    ReplyDelete
  22. menu wajib bila mai penang. haha. kami hat jiran ni pun kadang payah jugak la nak sampai penang. haha

    ReplyDelete