HOLIDAY

Jalan-Jalan Penang : Bukit Bendera, Mee Sotong Hameed Pata & Hameediyah Nasi Kandar

November 28, 2019
Jalan - Jalan Penang : Bukit Bendera, Mee Sotong Hameed Pata & Hameediyah Nasi Kandar | Story mory day 3 Public Transport Trip di Penang diteruskan. Nak baca story mory day two boleh baca kat << SINI >> . Day 1, bertolak ke KL. Day 2 bertolak dari KL ke Butterworth dengan ETS Train. Ni story Day 3 pulak.


Hari kedua di Penang, kami merancang untuk explore Bukit Bendera memandangkan harga tiket masuk murah je dan sangat sesuai untuk aktiviti bersama anak-anak. Aku dah lupa tahun bila last sampai di Pulau Pinang. Yang aku pasti sepanjang umur Aqil 3 tahun ni, memang takde pergi bermalam dan bercuti di Penang.

Harga Tiket Bukit Bendera@Penang Hill RM12 Adults RM6 Kids

Harga Tiket Terkini Sehingga Nov 2019
So for that reason, aku rasa boleh juga kami masukkan Bukit Bendera sebagai travel list kami. Seperti dirancang, kami gerak seawal pagi yang boleh. Al maklum sahajalah, aktiviti luar bersama anak-anak kecik ni mesti start dari awal pagi sebabnya kalau makin lewat, energy diaorang pun semakin kurang.

Ahli Rombongan Public Transport Trip 2019
Kalau breakfast di luar pasti mengambil masa yang lama. Maka kami alas perut di homestay sahaja. Dan tidak dilupakan segala snek, roti, biskut dan coklat untuk bekalan nanti! Owh yes lagi satu air mineral. Memang sangat diperlukan tambah lagi kami ni on Public Transport Trip.

Family Portrait di Lobi / Perkarangan Kaunter Pendaftaran Bukit Bendera

Untuk korang yang merancang percutian bajet di Pulau Pinang, korang boleh masukkan Bukit Bendera @ Penang Hill ini dalam intenary korang. Harga tiket hanya RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak yang berumur 4 - 12 tahun.

With Sistas
Pengembaraan dan keterujaan bermula bila dapat naik train. Salah satu keseronokan anak - anak bila dapat ke Bukit Bendera! Disebabkan trip Gee ni on weekdays, seminggu sebelum cuti sekolah, so crowded memang kurang. Tak perlu nak menunggu lama untuk que beli tiket, que untuk naik & turun train. Hehe!

Rugi Pulak Tak Bergambar Kat Sini
Dah sampai atas, sementara mood anak-anak memuncak, kami terus buat family photoshoot & group photo! Hahhahaha! Well behaved!

Keterujaan Bermula!
Terasa juga angin sejuk. Dan semestinya menikmati panorama cantik Bandar Georgetown. Ada banyak spot menarik untuk ambil gambar compare beberapa tahun yang lepas. Good job!!

Sisters. Missing Lagi Sorang Orang Melaka. Kiki.
Kami sempat masuk ke Little Village. Nak masuk ke Little Village ni kena bayar dan ada juga disediakan pakej harga yang menarik, Memandangkan ada kanak-kanak ribena yang ramai, maka berbaloi juga untuk masuk sebab ada banyak benda diaorang boleh explore.
Lagi Family Photo di Bukit Bendera @ Penang Hill
Paling teruja adalah dapat memakai kostum dan bergambar sebanyak mana yang boleh! Apalagi? Memang habis semua kostum, semua pakat cuba pakai termasuklah yang menulis ini! Haha!

Kostum Cantik Dalam Little Village
Dah puas bergambar, kami susuri pula bee centre. Kat sini boleh merasa madu lebah asli tau! Dan kalau nak beli dapat harga lagi murah compare beli di luar Little Village. Banyak juga perkongsian berkenaan penghasilan madu lebah.

Mudah Nak Ambil Gambar Sebab Setiap Point Ada Crew Yang Standby Untuk Ambilkan Gambar. Terbaik!!
Ada banyak tempat jual toys! Owh ni salah satu cabaran ye. Mohon mak mak dan bapak bapak kekal teguh dan cekal! Hahahahah! Port bergambar pun banyak! Berbaloi juga la masuk sini.

Amani di Love Lock
Next kami ke Love Lock. Ni style macam kat Paris ke mana ntah. Ku Kunci Cintamu. Ah gitewww! Lawa juga bergambar kat Love Lock ni.

Ada banyak lagi attractions kat sini yang kami tak masuk, sebab semuanya kena bayar. So, maybe next trip. Haha!

Layan lagi gambar kami di Bukit Bendera @ Penang Hill.

Salah Satu Aktiviti Best Untuk Anak-Anak. 
Anas Tengok Apa Tu?
Kalau Tak Silap RM1 untuk 3 Minit. Sorry Dah Lupa!Haha!
Meriah Rombongan Kami!
Princess Ariana
Princess Amani
Little Princess Ardini
And Here The King Anas
Here The Little Prince Aqil
Ummi Abi Pun Nak Bergambar. Hihi.
Lagi Port Bergambar di Little Village
Lagi Big Family Photoshoot
Amani In Action
On The Way Turun Bawah
Nak Juga Bergambar Dengan Rumet😚
Mee Sotong Hameed Pata di Padang Kota Lama



Dari Bukit Bendera@Penang Hill, kami naik grab untuk ke Padang Kota Lama. Tempat yang dituju adalah makanan yang mesti makan di Penang iaitu Mee Sotong Hameed Pata yang terletak di Padang Kota Lama. Pada mulanya, Gee tak tahu yang mee sotong ni adalah tarikan utama. Bila tengok diaorang semua order, apo lagi? Tak kan sis nak order tom yam pulak kan? Terus order 2 mee sotong untuk aku dan juga rumet. Anak - anak makan nasi goreng dan char kuew tiaw.

Mee Sotong Hameed Pata
Rasa mee sotong Hameed Pata ni lain, rare dan tak pernah aku makan. Macam mee goreng tapi tak sama dengan mee goreng biasa tu. Pastu dia letak sambal sotong kat atas. Sambal sotong tu yang bagi umph pada mee tu. Rasa dia pedas! Tapi makan nak bertambah wei! Murah je satu pinggang RM5 hingga RM7 sahaja.


Kat sini style food court tau. So, ada banyak lagi pilihan makanan lain yang ada. Kalau tak suka mee sotong, korang boleh order makanan lain. Owh ye! cendol kat sini pon sodap!! Aku mampu sudu dari mangkuk adik je sebab dah overload. Hahahhaa!
Family Photo di Padang Kota Lama
Selesai makan mee sotong Hameed Pata jangan lupa bergambar di Padang Kota Lama. Kebetulan cuaca elok, memang lawa gak lah kami punya photoshoot. Hahahaha!

Mak Ngah dan Aunty
Makan Malam di Hameediyah Nasi Kandar



Hameediyah Nasi Kandar adalah nasi kandar ke dua yang kami cuba sepanjang trip ke Pulau Mutiara ini. Mesti nak makan local food jugak. Malam-malam pun hadap nasi kandar. Well! Kat Penang nasi kandar on 24 jam hokey! Peliknya, orang-orang Penang takde gemuk mana pun. Haha!

Aku Suka Kuah Campoq!
Tempat ambil makanan dan tempat makan Hameediyah Nasi Kandar di asingkan antara 2 kedai. Lepas ambil makanan, kena pergi kedai sebelah untuk cari tempat duduk. So, takdelah gangguan orang beratur untuk ambil makanan.

Pinggan Aku Je Sempat Snap Sebab Semua Lapar dan Kanak - Kanak Ribena Berdrama Sinetron. Haha!
Bagi aku, kat Hameediyah Nasi Kandar, kuah-kuah dia best! Biasa aku suka kuah campur. Cuma kalau ayam goreng aku tak berapa berkenan. Mungkin tak kena dengan selera aku. Hihihi. Namun. Hameediyah Nasi Kandar agak tersohor juga. So, korang mesti datang sendiri rasa!

Aqil Selepas Drama Sinetron 10 Episod
Mahal Gambar Ni. Anas Kena Consult Dengan Abah & Mummy. Kiki.
Abi & Ummi Makan Dengan Tenang Tanpa Drama Sinetron. Hahaha!
Done story mory day 2 di Penang. Ada lagi satu hari lagi di Penang nak kongsi kat sini. Done for now darls! ❤

#sisgeejalanjalan
#publictransporttrip

You Might Also Like

9 komen

  1. bestnya jalan jalan penang! kita tak jadi nak gi pulak huhu

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tu lah makan angin sampai kembung dh ni!hahahahah

      Delete
  3. Cantiknya suasana untuk tangkap gambar di Little Village tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! memang lawa macam taman larangan gitu.hehe

      Delete
  4. Last Ruby g bukit bendera ni penghujung tahun 2017, 2 tahun lepas. Memang best!

    Hirup udara segar, sejuk kat atas tu.

    Naik train.

    Makan² atas tu.

    Rindu nak ke sana lagi.

    Tapi tak sempat nk merasa nasi kandar sana.

    ReplyDelete
  5. Nice .mgu depan ummi nak ke sana.. thanks fro review. better pergi pagi ramai xorang gee

    ReplyDelete
  6. kostum orang dewasa takde ke? saya tlast naik bukit bendera 8 tahun dulu. Dah banyak beza ye sekarang

    ReplyDelete