Unicorn Fun Run, My First Fun Run!

by - October 01, 2019

Alhamdulillah! Done for my first FUN RUN!! Dah lama tau berkenan nak join, sejak pelbagai jenis fun run di adakan di Kuala Terengganu. Sekali ada kawan buh poster Unicorn Fun Run kat group whatsapp. Terus rasa nak join sebabnya baju comey sangat!! Tengok medal lagilaaaa....


Tak tunggu lama, terus risik risik dengan rumet mintak izin nak masuk Unicorn Fun Run (acah acah isteri solehah😎). Untuk early bird, harga untuk sertai Unicorn Fun Run adalah RM28 sahaja. Tak tunggu lama, terus daftarkan untuk diri sendiri.

Bahagian Belakang Baju
Bahagian Depan Baju 
Pada mulanya, nak ajak rumet and the kiddos. Tapi bila tunjuk baju warna pink, rumet macam krik krik krik jeee. Hahahaha! Fikir punya fikir, daftarkan untuk diri sendiri je. Malas nak fikir ada geng ke tak.

Unicorn Fun Run Kuala Terengganu | Pink Seluas Mata Memandang!



Unicorn Fun Run Kuala Terengganu diadakan di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu. Larian bermula jam 7.30 pagi namun Gee sampai tempat parking jam 7.30 pagi. Haha. Terus menyelit masuk sertai larian yang sudah pun dilepaskan tepat jam 7.30 pagi. Uiiii meriah gila wak!!! Bukan ratusan, rasanya ribuan kot yang sertai Unicorn Fun Run ni! Walaupun baju pink tapi ramai je jejaka jejaka, incik incik suami yang menemani si isteri, pakwe pakwe. Hihihi.


Yang berkeluarga pun ramai, bawak stroller, berlari dengan anak - anak dan ada juga berlari sambil dukung anak! Kagum wei!

Larian sejauh 5km, bermula dari Tasik bersebelahan dengan stadium, kemudian larian di pekarangan Stadium Gong Badak.


Sis Gee berlari sorang? Iyelah awak. Cuma Sis Gee tak berlari, mampu berjalan saja. Hahahhahah! Rasanya tak sampai 1km berlari. hahahhahahha! Sambil dengar lagu favourite, berjalan tanpa henti, tanpa menghiraukan mereka disekeliling memang rasa sangat 'me time'!! Hahahahah!

Kak Sha, Me, Annur & Didi
Gee sampai di garisan penamat jam 8.15 pagi. Masa tu erobik baru dimulakan tapi tak join pun! Hehe. Medal pun dah dapat, next misi baru boleh jumpa dengan kawan - kawan lama! Tapi dapat jumpa dengan Annur (ex SMKSS ) dan Kak Sha ( ex opismate ) je. Yang lain tak berkebetulan nak jumpa. Dan dapat kawan baru juga iaitu Didi, bff kepada Annur. Thank you korang!!!

Secara keseluruhannya, memang sangat best dan enjoy!! Sorry anak - anak, ibu tak mampu nak bawak korang! Maybe dah besar sikit rasanya lagi sesuai untuk larian yang penuh crowded ni. Next year boleh kot bawa Arsyad & Amani.


Done Unicorn 5km Fun Run!!! Medal memang lawo gila!! Love it!!

So where next? Mana lagi Fun Run? Nak join nih!!!Hahahaha! Kalau korang nak tahu bila Unicorn Fun Run atau any other Fun Run di kawasan berhampiran korang, bolehlah check it out FACEBOOK JomRun.official atau install aplikasi Jom Run di Play Store!

You May Also Like

18 komen

  1. Wah.. tahniah..
    Cantiknya baju pink dan medal tu..

    ReplyDelete
  2. congrats sis.. sekali da terjebak dengan fun run payah da nak berpaling.hehehe sronok kann

    ReplyDelete
  3. haahaha comelnya semua jejaka kena pakai pink. Comel sangat medal dia. Dah la nak join pun murah je. Congrats sis gee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!jejaka pun onz je pakai warna pink! hahahaha! thanks awak!

      Delete
  4. So jeles dengan Sis Gee.. LZ dah lama ada perasaan nk join Fun Run begini tapi masih belum berkesempatan.. Cantik medal Unicorn Sis Gee..

    ReplyDelete
  5. Cute kan medal diaaa. taiping belum smpai lagiii.. Terengganu dah yee

    ReplyDelete
  6. Alahai bestnya. Kaella haritu apply je dapat baju jer tapi tak dapat join lari sebab masa tu ada exam. Sedihnyee huhu

    ReplyDelete
  7. ruginyeeee xsempat nk join..
    nk nangis tgk baju ngn medal cantik sgt..
    sy xtau info psl funrun ni..
    tau2 je ms ari kejadian dh.. uwaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. wahwawahhh tahniah sis gee... cantiknya baju unicorn tu

    ReplyDelete
  9. Jealous tau !! Hari tu ingat nk daftar juga tapi sebab xda geng huhu tak jadilah nk daftar

    ReplyDelete
  10. tak sabar untuk kelantan ! tapi kami ditunda. tahun depan baru dapat berlari unicorn ni. sebelum tu kita kumpul medal lain dlu lah.

    ReplyDelete