'theAsianParent' | Aplikasi Terbaik Untuk Ibu Bapa Mendidik Anak Secara Menyeluruh

by - October 03, 2019

Aplikasi untuk ibu bapa? Bunyi macam menarik. Seharian bekerja dan melakukan rutin dirumah menjadikan masa terlalu singkat untuk menghadiri kelas parenting. Apa susah? Semuanya dihujung jari hanya dengan Aplikasi theAsianParent yang baru sahaja dilancarkan pada bulan September yang lepas di Kuala Lumpur.


Aplikasi the AsianParent merupakan portal parenting terbesar di Asia Tenggara di mana pengunjung bulanan mencapai lebih daripada 25 juta pengguna! Wowww! Walaupun ia adalah aplikasi yang baru sahaja dilancarkan namun, ia sememangnya satu aplikasi yang sangat ditunggu - tunggu oleh mereka yang bakal bergelar ibubapa dan sudah pun mempunyai anak.

theAsianParent Rujukan Terbaik Untuk Membesarkan Anak-Anak Dengan Sihat


Satu kepuasan yang maksima apabila dapat membesarkan anak - anak dengan sihat dan cerdas. Bukan apa, kesihatan mereka akan memengaruhi rutin harian, emosi dan juga keupayaan untuk berdikari. Jom Gee kongsikan kenapa aplikasi theAsianParent merupakan rujukan terbaik untuk membesarkan anak - anak.


Untuk memudahkan semua pengguna, Aplikasi theAsianParent merangkumi ke semua topik penting. Jom Gee kongsikan apa kelebihan dan manfaat yang diperolehi daripada Aplikasi theAsianParent ini.

Pelbagai Info & Fakta Mengikut Spesifikasi

Korang boleh memilih subtopik yang sesuai untuk korang dan keluarga. Sebagai contoh, Gee memilih pendidikan prasekolah, perkongsian resipi dan juga 'random talk' yang semestinya menjadi keutamaan Gee untuk menjaga anak - anak.
Mempunyai Pregnancy & Baby Tracker

Untuk ibu yang pertama kali hamil, semestinya pelbagai info yang diperlukan bagi mengetahui selok belok tentang dunia kehamilan dan proses kelahiran. Gee sendiri walaupun dah ada anak 4, namun masih merasakan ada banyak lagi ilmu yang belum diketahui. Di dalam theAsianParent Apps ini, setiap journey kehamilan akan diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci. Malah, setelah bayi dilahirkan, korang boleh juga semak perkembangan bayi berdasarkan track yang disediakan.

Ketahui Lebih Jelas Soal Pemakanan Seimbang Untuk Anak

Pemakanan dan diet yang seimbang sangat penting untuk anak - anak. Ia dapat membantu mereka untuk kekal cergas dan cerdas sepanjang hari. Dengan menggunakan Aplikasi theAsianParent ini, korang dapat mengetahui setiap jenis pemakanan yang sihat untuk anak - anak malah untuk ibu mengandung dan menyusu juga.

Portal Perkongsian dan Pertanyaan Sesama Ibubapa

Sekiranya ada sebarang permasalahan atau rungsing tentang sesuatu perkara, korang boleh juga ajukan di dalam portal theAsianParent ini. Nanti akan ada parents lain yang akan memberikan pendapat dan jalan penyelesaian untuk membantu korang.

Banyak Contest Yang Menarik Untuk Disertai

Wow boleh join contest jugak!! Ye korang! Setiap contest korang berpeluang memenangi hadiah - hadiah yang semestinya sangat lumayan! Korang jangan risau sebabnya syarat contest sangatlah mudah dan ringkas sahaja!


Jom Download Aplikasi theAsianParent Hari Ini!!


Korang boleh download secara percuma di telefon korang di Google Playstore atau Apps Store. Korang boleh sign up menggunakan email atau akaun facebook. Senang je kan! Nanti korang bolehlah kumpul point untuk dapatkan reward yang best - best! Nak tahu lebih lanjut? Korang boleh klik mana - mana pautan social media kat bawah ini.


#theAsianParentMY
#tApMYapplaunch

You May Also Like

4 komen

  1. Ena paling suka kumpul poin hehe. Jawab soalan mudah saje tp dapat poin. Seronok kan.

    ReplyDelete
  2. Apps ni bagus ni..perlu di share pada semua..

    ReplyDelete
  3. Dah download dah. Best duk kumpul point hehe

    ReplyDelete
  4. download dah ! alhamdulillah. memang best apps ni. amat membantu ibu dan isteri dalam mematangkan lagi diri ini.

    ReplyDelete