MOVIE

Review Movie | 47 Meters Down Uncaged

October 08, 2019
Review Movie : 47 Meters Down Uncaged | Kalau baca pada tajuk, yang mana dah tengok sekuel sebelum ni mesti dah boleh nampak gambaran awal berkenaan movie ini. Sekuel sebelum ini adalah 47 Meters Down. Gee tengok kat TV2 apabila travel buddy Mek Yunie updates ada movie best pada satu malam tu. Kebetulan, anak - anak tidur awal dan rumet ada games badminton, so korang boleh bayangkan tak betapa heavennya Sis Gee melepak depan tv layan Movie 47 Meters Down tu. Haha!


Kebetulan Mek Yunie datang ke Kuala Terengganu masa episod #sisgeejalanjalan day trip ke Pulau Kapas, movie 47 Meters Down Uncaged dah ditayangkan di LFS Cinema Kuala Terengganu. Sambil melepak di Pulau Kapas, terus ajak tengok movie dan check online ticket. Malam tu jugak kami booked ticket untuk movie date! 


First time masuk panggung premiere! Sangat selesa rupanya dalam ni! Couple seat yang sangat luas depan dan belakang. Aku bajet anak - anak dapat duduk di kerusi masing - masing, dan ibu & mommy boleh me time movie date di couple seat. Rupa - rupanya seat ibu & mommy paling penuh! Ada di atas riba, di celah ketiak pun ada! Hahahahahah! Well nama pun quality times with families kan. Hahahahahaha!


Review 47 Meters Down Uncaged


Permulaan movie, berkisahkan step sisters yang tak berapa nak in relationship. Mia dan Sasha merupakan adik beradik tiri di mana Mak Sasha berkahwin dengan Ayah Mia. Parents mereka mengaturkan aktiviti di hujung minggu untuk Mia dan Sasha sebagai usaha mereka boleh berbaik antara satu sama lain.

Lain dirancang, lain yang diaorang buat! Well zaman remaja kan! Haha! Mia dan Sasha terpengaruh dengan ajakan kawan Sasha iaitu Alexa dan Nicole. Mia dan Sasha di bawa ke satu kawasan yang terpencil, seperti satu tasik yang dikelilingi gua berbatu. Tersedia peralatan menyelam yang digunakan oleh ayah Mia dan pasukannya yang bekerja sebagai ahli arkeologi. 


Dengan menggunakan peralatan menyelam yang ada, detik cemas bermula!!! Ayah Mia dan beberapa lagi ahli pasukan ada melakukan penyelidikan di dalam gua tersebut namun tidak menyedari kehadiran Mia, Sasha, Alexa dan Nicole. 

Di dalam gua tersebut, terdapat kota purba yang tenggelam. Apa yang mereka tidak tahu terdapat jerung putih yang sangat ganas! Setiap moments dalam air adalah detik cemas dan suspen!


Letih tau tahan nafas konon - konon aku yang menyelam! Hahahaha! Nak tahu macam mana suspen dan cara diaorang lari daripada jerung? Pasti ada yang mati dibaham jerung. 

Sis Gee bagi rating penuh!! 

Cerita ni berjaya menyeramkan Sis Gee! Aku tengok, memang tak fikir ke arah logikal ke tak. So, memang layan je movie ni sampai habis. Kalau fikir logik, pasti tak dapat nak bagi rating penuh! Sebabnya akan fikir jerung besar muat ke masuk kat lubang yang kecik? Macam mana boleh dengar muzik di dalam air? Macam mana pekerja tak kena serang dek jerung tapi bila Mia dan kawan - kawan masuk air, terus jerung tu munculkan diri. Aish! 


Highly Recommended untuk tengok Movie 47 Meters Down Uncaged! Satu pesanan, jaga - jaga dengan orang sebelah, sebab mungkin orang sebelah bertukar menjadi jerung dan gigit korang sebab terkejut punya pasal! Hahahahahaha!!

RATING SIS GEE : ★★★★★ / 5

You Might Also Like

3 komen

  1. mcm best je movie ni..
    nk kene tgk jgk ni!

    ReplyDelete
  2. nanti nk tengok on9 gak hihihi.. tq for review ya

    ReplyDelete
  3. mesti ada scenes yang menguji ketahanan jantung ni..
    i cannot nanti rasa neves teruk hehe..

    ReplyDelete