Ini Kesannya Setelah Selama Setahun Lebih Amalkan Serum Dr Beau

by - October 30, 2019

Ini Kesannya Setelah Selama Setahun Lebih Amalkan Serum Dr Beau | Mengamalkan produk kecantikan secara konsisten bukan sesuatu yang mudah bagi seorang Sis Gee. Al maklumlah komitmen dengan anak - anak kecil serta rutin sebagai fulltime housewife. Kalau stay kat rumah memang agak kemalasan nak menempek muka dengan produk kecantikan walaupun dengan hanya pelembab muka.


Bila usia sudah melebihi angka 30, kulit muka sudah tidak sama seperti usia 20-an. Tanda - tanda penuaan mula keluar seperti jeragat, bintik - bintik hitam, kulit mudah kusam dan juga kering. Aku bukan sejenis yang terlalu suka menjaga cuma bagi aku sudah memadai sekiranya kulit wajah sentiasa bersih tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Bagaimana Kesan Serum Dr Beau Pada Kulit Sis Gee?

Keberkesanan sesuatu produk kecantikan adalah tidak sama bagi setiap individu. Ada yang berkesan dalam tempoh 2 minggu percubaan dan ada juga mengambil masa selama 3 bulan. Setahun yang lepas, apabila aku mencuba serum Dr Beau ini, aku terus sukakan tekstur serum yang tidak kering dan mudah serap pada kulit.


Kulit aku adalah sejenis kulit kering, jerawat juga muncul cuma tidak pada tahap yang kronik namun masih meninggalkan kesan parut pada muka terutamanya kawasan dahi. Kulit kering ni, yang tak bestnya bila nak sapu bedak, ia akan jadi tidak sekata. Memang tak best!


Apabila mula memakai serum Dr Beau, kulit seakan bertambah baik terutamanya masalah kulit kering. Kalau pakai sebelum keluar rumah pada awal paginya, korang akan dapat rasa kulit melembab je sepanjang hari. 

Ketahui Lagi Manfaat Serum Dr Beau Pada Kulit Wajah

Selain Serum Dr Beau telah merawat masalah kulit aku yang kering, Serum Dr Beau juga mampu merawat pelbagai lagi masalah kulit yang kronik. Jom lihat lagi manfaat Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini.

◈ Merawat masalah jerawat dan jeragat.
◈ Mengurangkan lebam di bawah mata.
◈ Membantu masalah pori terbuka.
◈ Membantu masalah biji kolestrol.
◈ Membantu masalah kedutan dan penuaan.
◈ Merawat masalah eczema.
◈ Mengurangkan masalah bintik hitam.


Cara Penggunaan Yang Mudah Untuk Diamalkan Setiap Hari

Serum Dr Beau atau Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini boleh diamalkan setiap waktu malam sebelum tidur atau boleh juga dijadikan make up primer sebelum membuat solekan wajah. Aku suka guna sebelum sapu cc cream pada muka. Sebabnya, nanti sapuan cc cream akan lebih mudah sekata dan tampak lebih licin.


Fungsi sebagai make up primer ini juga dapat memberikan lembapan pada kulit wajah sepanjang hari. Kalau nak guna sebelah malam pula, korang boleh membuat sapuan serum Dr Beau sebelum tidur. Dengan bauan serum Dr Beau yang wangi ini pasti membuatkan tidur korang lena sepanjang malam. 

Dr Beau Pure Natural Skin Oil Produk Kelulusan KKM

Perkara utama yang wajib dikenalpasti untuk produk kecantikan adalah produk tersebut selamat untuk digunakan. Kita sebagai pengguna juga boleh semak sendiri status sesuatu produk itu. Aku bertambah yakin bila mendapat tahu serum Dr Beau ini adalah produk lulus KKM. Bukan apa, aku risau juga pemakaian produk yang salah akan memberi kesan yang lebih teruk pada kulit muka.


Dr Beau Pure Natural Skin Oil menggunakan formulasi bahan - bahan semulajadi sahaja tanpa melibatkan bahan kimia yang merbahaya. Sebab itu kesan pemakaian semakin lama semakin baik. Serum Dr Beau ini mengandungi bahan utama iaitu Wheatgerm Oil, Almond Oil, Apricot Kernel, Evening Primrose, Moroccan Argan Oil dan Rosehip Oil.

Dr Beau Pure Natural Skin Oil Menjadi Pilihan Makeup Artis dan Artis Tempatan

Semakin lama, semakin ramai artis yang menggunakan serum Dr Beau ini. Malah makeup artis pun memilih Dr Beau sebagai makeup primer sebelum memulakan solekan. Jom lihat testimoni di bawah ini.






Miliki Serum Dr Beau Dan Bawa Ke Mana Sahaja

Aku memang sentiasa membawa serum Dr Beau sebabnya sizenya sangat mudah untuk dimasukkan dalam handbag. Tambah pula ketika travel, kulit sangat cepat kering dan sinaran matahari akan menjadikan kulit mudah terbakar. Sapuan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini akan membantu kulit kekal lembab sepanjang hari serta melindungi kulit daripada sinaran matahari jugak!


Bagi korang yang berminat nak mencuba, aku sangat recommendkan. Korang boleh cuba pakai secara konsisten dan lihat keberkesanan pada kulit wajah korang macam mana. Untuk sebarang info lanjut dan tempahan, korang boleh hubungi mereka pautan kat bawah ini :

WEBSITE  |  FACEBOOK  |  INSTAGRAM  |  YOU TUBE

TELEFON : 016 963 3443


You May Also Like

23 komen

  1. Terbaik serum dr beau ni. Memang best pakai.

    ReplyDelete
  2. Makin cun melecun la sis gee nti

    ReplyDelete
  3. Suka serum ni dan dah order yang baru...satiesfied sangat2

    ReplyDelete
  4. nampak menarik. lelaki pun ada yang guna ke? terbaiklah. saya sekarang ni tengah mencari2 produk yg sesuai dengan kulit muka lelaki mcm saya.

    ReplyDelete
  5. Akak suka sangat serum ni..best sangat guna..dalam masa seminggu jer dah nampak kesan dah...now dah repeat order tunggu sampai kat rumah je...

    ReplyDelete
  6. Looks like a good & effective product & what I like is the natural ingredients with the individually packed in a capsule.

    ReplyDelete
  7. Memang terbukti berkesan di kulit wajah mu gee. Nampak sihat tu penting. Barulah best nak pakai foundation. Kena matahari pun tak lah risau sangat dengan sunburn.

    ReplyDelete
  8. wahh jelesnya tengok muka flawless!!! cantik sangat skin takde parut2. nisa ni banyak nau jerawat and parut.. wuwuuu..

    ReplyDelete
  9. wah, lama juga sis guna produk ni ye.. tapi betul la orang kata kalau nak dapat kesan yang optimum kena la konsistan guna produk tu kan. Ni tak, setiap bulan tukar produk. macam mana nak berkesan kan.. hihi

    ReplyDelete
  10. Lama juga nampak kesan yer produk ni setahun hehehe tak apa lah makin ok dan cantik tak apa.. Tengok artis semua bergambar dengan produk ni mereka dah memang cantik hehehehe..

    ReplyDelete
  11. Menarik tgok serum ni..senang nak bwk mana2. Sis pun skrg pakai serum tapi dlm botol..risau gaklah nak masukkan dlm beg sb takut pecah..bolehlah cuba yg ni nanti

    ReplyDelete
  12. packaging dia exclusive sangat. dia buat dalam bentuk macam tu senang orang nak agak berapa banyak nak tepek kat muka. nampak macam menarik la. teringin pulak nk try.

    ReplyDelete
  13. Sejak umur dah 26 ni risau pula dgn kulit muka. Yela nak masuk ambang 30 lah katekan. Rasanya dah kene usha serum yg elok utk kulit. Boleh masuk list serum Dr Beau ni. Tq share

    ReplyDelete
  14. Uish. Lama jgk consume produk ni setahun lebih. Nampak mcm menarik kapsul mcm minyak ikan. Nak cuba jgk la. Ramai artis pon dh guna. Menarik

    ReplyDelete
  15. ni baru first time dengar tentang produk ni. saya pun tengan mencari serum wajah. kalau guna setahun tu okay maknanya produk ni bagus

    ReplyDelete
  16. Lia memang pengamal serum tapi belum pernah cuba lagi serum jenis macam ni. Lepas ni boleh ja Cuba. Betul tu sekarang serum ni dah jadi satu rutin harian.

    ReplyDelete
  17. Teringin juga nak cuba produk ni tengok banyak feedback positif. Airah memang suka cuba skincare baru ni

    ReplyDelete
  18. menarik produk ni di datangkan dalam bentuk kapsul kecil macam ni. memudahkan penggunaan.

    ReplyDelete
  19. saya baru jugak berjinak2 dgn skin care dalam setahun dua ni. setakat ni baru guna pencuci muka biasa dan yg jenis oil n scrub je. hihi lps ni nk try usha serum De Beau ni pulak la. nampak menarik utk penjagaan muke. sy pun dh masuk 30 an ni risau jgk kulit cepat tak ok kalau tak jaga.

    ReplyDelete
  20. Bestnya... Kalau mcm kapsul mcm ni senang jugak kan.. Sekali Guna ja.. So xda la contamination issues kan

    ReplyDelete
  21. Wah! Dapat sambutan banyak ni, artis2 pun pakai jugak. Boleh beli kat mana?

    ReplyDelete