Hi Tea Buffet @ Poolside di The Grand Renai Kota Bharu

by - October 29, 2019

Hi Tea Buffet @ Poolside di The Grand Renai Kota Bharu | October Trip kali ni aku dan family ke Kota Bharu memandangkan cuti sekolah agak lama iaitu Jumaat hingga Selasa. Tahun ni cuti bersempena perayaan Depavali 5 hari! Memang best kalau plan holiday. Di sebabkan November Trip nanti agak menggunakan bajet yang besar, maka rumet bersetuju bawak anak - anak bercuti ke negeri jiran sahaja iaitu Kelantan.



Semakin mengenali Negeri Kelantan, semakin aku jatuh cinta! Setiap kali ke Kelantan, pasti akan ada tempat baru menarik untuk di singgah. Bukan tempat menarik sahaja tau, malah Negeri Kelantan sangat mewah dengan makanan yang sedap - sedap! Part paling semua orang suka adalah murah!!!


Minum petang di hotel 5 bintang di Kelantan? Korang rasa, adakah aku mampu dengan anak - anak yang berderet itu? Kalau sedang mengidam pun belum tentu dapat hadap apatah lagi ketika perut aku penuh diisi lelemak ini. Hahahaha!

Hi Tea Buffet Hanya RM28 Sahaja di The Grand Renai Kota Bharu

Andai korang yang suka cuci mata tengok senarai hotel di Kelantan pasti familiar dengan nama hotel ini iaitu The Grand Renai Kota Bharu. Hotel yang bertaraf 5 bintang ini terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. 


Melihatkan bangunan dan senibina The Grand Renai Kota Bharu yang cukup gah, tak terjangka pula mereka tawarkan buffet minum petang yang sangat murah. Hidangan buffet Hi Tea hanya RM28 sahaja untuk dewasa manakala RM10 untuk kanak-kanak ( 5 hingga 11 tahun ). 

Hari pertama October Trip ke Kelantan terus aku isikan aktiviti Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu bersama keluarga travel buddy Mek Yunie. Alang - alang ke Kelantan, negeri travel buddy, semestinya perancangan travel kali ni bersama beliau dan keluarga. Hehehe!

Hi Tea di Tepi Kolam Bermula Jam 3pm - 6pm


Meet point bersama travel buddy adalah di The Grand Renai Kota Bharu. Anak - anak teruja bila membayangkan dapat mandi kolam. Manakala ibu tak sabar untuk jumpa Aunty Mek diaorang untuk ngopi session. Win win situation bila mana kami dapat menikmati minum petang dengan tenang sambil melihat kegembiraan anak - anak bermandi manda di kolam renang. 


Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu ini adalah hidangan secara buffet di tepi kolam renang, tingkat 8. Kami datang seawal 3 petang untuk menikmati pelbagai hidangan makanan. Dah kenyang, anak - anak dah tak sabar untuk bermandi manda di kolam renang.



Sedang bermain air, terasa nak makan boleh ambil makanan lagi dan makan lagi. Mau tak seronok Geng 4A tuh? hahahaha!

Hidangan Hi Tea Buffet Terdiri Daripada 6 Main Course

Menariknya hidangan buffet Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu merangkumi menu - menu tempatan dan juga luar. Korang dapat rasa makanan tradisi Kelantan di samping makanan yang lain. Antara menu yang sempat Gee merasa ketika Hi Tea bersama Mek Yunie adalah nasi goreng kampung, kuew tiaw goreng, mee kari, sandwich, kerabu daging, bubur kacang, salad, ABC, buah, aneka jenis kek dan pelbagai lagi! 












Yang bestnya, setiap kek dan kuih yang dikeluarkan sentiasa berubah - ubah. Dah habis kek coklat, nanti dikeluarkan pula kek red velvet. Memang korang akan dapat merasa pelbagai jenis desserts!! Owh i lovee it!! 



Kepelbagaian hidangan menu ini adalah supaya dapat memenuhi citarasa tetamu yang hadir bukan sahaja dari dalam Kelantan malah ramai juga pelancong dari luar Kelantan serta negara luar. 

Harga Termasuk Penggunaan Jacuzzi dan Sauna 


Apabila dah kesejukan di dalam kolam renang, kami sempat ber'jacuzzi' di dalam bilik persalinan. Bilik persalinan wanita dan lelaki siap disediakan jacuzzi bagi menghangatkan badan setelah kesejukan di dalam kolam renang. Malah, korang boleh juga masuk ke bilik sauna di mana ia juga disediakan di dalam bilik persalinan. Menarik bukan? 

Sambutan Hari Lahir dan Hari Keluarga di The Grand Renai Kota Bharu


Pasti meriah apabila dapat membuat sambutan hari lahir yang tersayang di hotel bertaraf 5 bintang. Pihak hotel boleh menyediakan tempat yang sesuai dengan bilangan tetamu korang bagi mengadakan majlis sambutan hari lahir di The Grand Renai Kota Bharu. Korang boleh juga tempah kek handmade daripada Chef The Grand Renai Kota Bharu. Hidangan buffet serendah RM28 ditambah dengan kek exclusive untuk tersayang semestinya akan menjadi sambutan hari lahir yang paling manis sekali!



Majlis keraian bersama keluarga atau rakan sepejabat juga boleh diadakan dengan mengambil pakej Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu. Sebagai contoh, sambutan Hari Keluarga. Aktiviti - aktiviti sampingan seperti sukaneka boleh juga dilaksanakan ketika Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu. Pasti teruja semua tetamu apabila dapat makan dan juga mandi kolam renang dalam masa yang sama.


Semestinya Boleh Repeat Lagi Untuk Aktiviti Bersama Keluarga!!


Kalau ada rezeki lagi untuk ke Kota Bharu, semestinya nak repeat lagi Hi Tea di The Grand Renai Kota Bharu. Semua hidangan sedap - sedap belaka. Anak - anak pun berselera makan. Dengan harga RM28 dewasa dan RM10 untuk kanak - kanak plus free access swimming pool, jacuzzi dan sauna, aku rasa lebih dari berbaloi - baloi. Mungkin lepas ni nak bermalam pula! Mana tahu ada rezeki lebih dapat la merasa bermalam di hotel 5 bintang ini. Hehehe!


Boleh Walk In Untuk Hi Tea @ Poolside dan Membuat Tempahan Untuk Sebarang Majlis


Kalau nak membuat tempahan sangat dialu-alukan especially korang yang ingin membuat sebarang majlis keraian di The Grand Renai Kota Bharu ini. Ia bagi memudahkan pihak hotel membuat persiapan rapi untuk majlis korang nanti. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, korang boleh hubungi contact di bawah ini dan boleh lihat pelbagai promosi yang diadakan di social media The Grand Renai Kota Bharu.


HUBUNGI : 09 746 2233
WAKTU HI TEA : 3PM - 6PM ( JUMAAT & SABTU )

#reviewbysisgeedotcom
#sisgeejalanjalan
#TheGrandRenaiKotaBharu



You May Also Like

18 komen

  1. scroll tengah malam nampak makanan sedap2.. aiseeh hehe..

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnyeee..
    kelantan mmg byk makanan sedap tp tu la xberkesempatan lg nk JJCM kat kelantan.. hihi..

    ReplyDelete
  3. Harga pun boleh tahan jugak. Masa yang terluang lebih baik di guna dengan sebaik-baiknya bersama keluarga tercinta

    ReplyDelete
  4. Harga yang sangat murah dengan makanan yang sangat pelbagai. Saya pun rasa sangat berbaloi2. Mesti kenyang habis u all kan.. me time betul ni sambil anak2 main.. best hotel ni. Boleh jadi pilihan kalau nak duk hotel di KB. Hehe

    ReplyDelete
  5. Bila ke Kelantan nanti nak cuba la minum hi tea kat sini... murah nampak dan makanan pun banyak.

    ReplyDelete
  6. Lama Tak balik kota bharu dah... Rindu sgt makanan Kat Sana. Nak stay Kat hotel sinilah

    ReplyDelete
  7. Arrrr rindu. Duk tengok video story je ni dalam phone. Hahah. Memang best lah anak anak tak kacau mak mak bersembang. Bebas pulak tu nak sembang sambil makan, sambil berendam. Kihkih.

    ReplyDelete
  8. bagusnya..dah la murah..makanan bayak pilihan pulak tu

    ReplyDelete
  9. Meriahnya hidangan hintea yang ada. Macam macam ada. Rambang mata jadinya. Harga pun murah dan berpatutan

    ReplyDelete
  10. Murah nya. Kalau dekat Klang Valley payah nak dapat harga macam ni. Harga ni memang berbaloi sangat dengan makanan yang dapat tu

    ReplyDelete
  11. Sedap tgok makanan dia..murah pulak tu kalau ikut harga hotel. Mana nk dpt kat kl harga gitu..jeles tau..:)

    ReplyDelete
  12. murahnya rm28! nampak menarik makanan2 nya. kalau dekat ni dah pergi rasanya. haha. saya belum pernah lagi ke kelantan. in shaa Allah akan pergi jika ada rezeki. :)

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat makan kat area pool side lak tu hurmm kita pun tak dapat hehehe dah jarang dapat jemputan sekarang ni tunggu puasa tahun depan wakakakak.. sedap semua makanan dan harga pun menarik...

    ReplyDelete
  14. Sebut pasal makanan, dah tentulah saya yang paling excited. Boleh lupa kesihatan tau bila jumpa makanan sedap-sedap ni. Bahay betul ! haha

    ReplyDelete
  15. sedap la semua ni terliur lak. kanak2 la paling best kan, sambil makan boleh usha swimming pool tu. sampai masa boleh terjun

    ReplyDelete