HOLIDAY

Weekend Getaway Ke Asfa D'Village, Kemaman

September 01, 2019
Weekend Getaway Ke Asfa D'Village, Kemaman | #sisgeejalanjalan pada cuti Aidiladha baru - baru ni, hanya di lokasi dalam negeri sahaja. Memandangkan cuti sekolah selama seminggu, Gee dan travel buddy Mek Yunie kali ni merancang untuk bercuti di tempat menarik yang berhampiran sahaja. Awal cuti dah sibuk dengan penyediaan dan sambutan Hari Raya Aidiladha. Hujung cuti, baru kami gunakan untuk lakukan aktivit best bersama anak-anak.


Kalau aktiviti best bersama kanak - kanak ribena ni haruslah aktiviti bermandi manda. Kemudian, aktiviti ibu dan mummy pula adalah ber 'me' time walaupun untuk seketika. Hahahahah! 

Kenapa lokasi Kemaman? Sebabnya, Gee terpengaruh tengok sharing 'seorang sahabat' ni bila beliau bercuti di situ. Terus rasa macam best kalau bawa anak - anak menginap kat sana. Bila survey, dapatkan contact owner, kemudian Gee tanya pada Mek Yunie kot beliau terpengaruh ke idok. Hahahhahahahhahhah!

Tenang & Damai Suasana di Asfa D'Village, Kemasek, Kemaman.

Semestinya Mek Yunie terpengaruh sama! Kemudian kami menetapkan date 16hb Ogos yang lepas untuk kami check in 2 hari 1 malam di Asfa D'Village. Waktu check in jam 3 petang. Mudahnya, lepas selesai urusan pendaftaran dan ambil kunci di receptionist, korang boleh terus drive parking kereta ke depan pintu bilik korang. So, kalau bawak 10 beg pun orang tak akan perasan! Ibaratkan seperti parking di depan rumah sendiri!


Masuk ke dalam bilik terus terpaku dan terpukau dengan dekorasi bilik yang berkonsepkan simple dan moden. Kebanyakan kelengkapan dan perabot adalah dari Ikea so mesti korang boleh agak kan betapa cossynya penginapan di Asfa D'Village ni!

Terdapat 3 Jenis Pilihan Bilik Yang Berhadapan Dengan Kolam


Kami memilih Deluxe Room di mana terdapat 2 katil single. Tapi tak sangka bila masuk ada tambahan 1 katil double decker! Mau tak excited Geng 4A tuh! Semua berebut nak duk atas! Adoyai! Katil double decker ni dapat sebabnya kebetulan penginap sebelum datang secara berkumpulan. So, boleh request untuk extra katil dengan bayaran tambahan. So, rezeki kami lah masuk dapat extra bed secara percuma! Hehe.

Pada mulanya kami nak pilih Superior Room iaitu ada 1 katil King, tapi semua bilik penuh. Untuk harga, korang boleh refer pada akhir post ni wokeh!


Owh ada lagi satu pilihan bilik iaitu Family Room. Family Room mempunyai 1 katil queen dan 1 katil single.


Jarak dari bilik ke pool hanya beberapa langkah sahaja! Bunyi air kolam pun boleh dengar dari bilik. Kalau nak betul - betul berhadapan dengan kolam, recommendation untuk korang pilih bilik Superior Room atau Family Room. Kedua - dua jenis bilik ni, buka je pintu terus nampak kolam. Best woooo!



Kolam Berkonsepkan Taman Permainan Di Dalam Air 


Firstly korang kena tahu, kalau harga bilik adalah untuk 2 pax so, korang akan dapat breakfast percuma untuk 2 orang dan juga 2 tiket masuk kolam percuma sepanjang korang menginap di Asfa D'Village.


Untuk Gee dan family, kami bayar bilik untuk 2 pax, so nak masuk kolam kena add on bayar tiket untuk Arsyad, Amani, Ardini. Tak silap Gee bawah 3 tahun free. Harga tiket masuk add on adalah RM10. Sama juga kalau datang ke Asfa D'Village untuk mandi kolam sahaja, korang perlu bayar tiket bagi setiap sesi.


Sesi kolam dibuka 3 kali sehari iaitu pagi, petang dan malam. Tapi tiket yang dibayar untuk 1 sesi sahaja tau! Nak masuk sesi petang korang kena beli balik tiket. 


Tempat Menarik Sekitar Asfa D'Village


Kalau nak menonton wayang, shopping, makan atau berjalan - jalan dalam mall korang boleh ke Mesra Mall. Jarak lebih kurang 3 minit je. Mallnya takdelah besar sangat tapi bolehlah nak jadikan tempat melepak sejam dua. Hehe.


Petang hari, korang boleh melepak juga di Pantai Kemasek sambil makan keropok lekor, sotong celup tepung, air kelapa, ABC, dan pelbagai lagi makanan yang ada. Pemandangan pantai memang lawa! Jangan lupa berselfie dan berposing di tepi pantai! Hehe!


Selamat Bercuti di Kemaman Dan Jangan Lupa Lajak Ke Kuala Terengganu!!

Korang yang merancang nak bercuti ke Kemaman, Kertih, Paka atau sekitarnya boleh lah merasai pengalaman bermalam di Asfa D Village ini. Berikut Gee kongsikan harga setiap bilik :

Harga Bilik :

Superior Room ( 1 King ) : RM200/night
Deluxe Room ( 2 Single ) : RM200/night
Family Room ( 1 Queen 1 Single ) : RM250/night

Untuk sebarang pertanyaan dan urusan tempahan boleh hubungi :

FACEBOOK  | 019 987 8671 / 09 867 1010

You Might Also Like

7 komen

  1. nice place..jemput blogwalking blog rabiaa pulak kak gee..hehee

    ReplyDelete
  2. Bestnya tempat ni. Rindu pula makan keropok lekor di kuala terengganu ☺

    ReplyDelete
  3. I dok sebulan kat Kemaman, takde siapa pun ckp abt this place Asfa d'village. Thanks, blh bawa keluarga bercuti.

    ReplyDelete
  4. Cantik bilik dia. Boleh bookmark ni bawa syafi ke sini nanti.

    ReplyDelete