FOOD REVIEW

Restoran D'Rumoh Pata Selesa, Bersih Untuk Aktiviti Santai & Makan-Makan

September 10, 2019
Restoran D'Rumoh Pata Selesa, Bersih Untuk Aktiviti Santai & Makan-Makan | Bila ada anak kecil, Gee akui agak sukar untuk mencari restoran yang sesuai untuk lepak santai bersama kawan - kawan dan keluarga. Bila suasana sekeliling yang tidak selesa, ia akan membuatkan anak - anak mengganggu perbualan kita, berlari di dalam restoran yang boleh mengganggu pelanggan lain dan pelbagai lagilah aksi mereka yang pastinya akan membuatkan Sis Gee menyinga. Hahahahah!


D'Rumoh Pata Sesuai Untuk Aktiviti Lepak, Santai & Makan - Makan 


Gee tak sabar nak kongsikan restoran yang Gee kunjungi penghujung bulan Ogos yang lepas. Kalau korang baca entry sebelum ni, Gee ada update sambutan birthday Geng Blogger Ganu kan? Haa kat tempat tulah yang Gee nak kongsikan ni! 


D'Rumoh Pata merupakan restoran yang terletak di tepi pantai. Memang kena dengan jiwa tau bila datang ke sini. Bila masuk ke kawasan restoran, memang terasa suasana tenang. 



Kali ni Gee bukan bersama keluarga Gee sahaja malah ada lagi beberapa blogger dari Ganu yang akan join aktiviti santai & makan D'Rumoh Pata ni. Ini merupakan gathering kali kedua selepas gathering raya beberapa bulan yang lepas. 


Awal sudah Gee ketahui, D'Rumoh Pata dibuka pada jam 6 petang. Tapi, tersampai awal pula. Hehehehe. Ingatkan kebosanan menunggu restoran dibuka, tapi silap besar lah wei! Rupa - rupanya di belakang D'Rumoh Pata ada disediakan tempat santai - santai!!! 



Ada buai viral! Buai viral ni dah banyak di tepi pantai Terengganu. Memang lawa kalau shoot gambar! Hehe. Anak - anak boleh main - main pasir tepi pantai, bersuka ria walaupun restoran masih belum dibuka. Haha!

D'Rumoh Pata Sediakan Pelbagai Kemudahan Yang Selesa



Bestnya, kemudahan surau dan tandas ada disediakan di sini. Malah, sangat selesa dan bersih juga. So, kalau datang awal, pastu nak melepak sampai malam pun takpe. Anak - anak nak mandi selepas main pasir pun boleh. Lepas mandi, boleh terus makan di Restoran D'Rumoh Pata. Memang terbaik!



Ada banyak kerusi dan meja disediakan tau! Korang boleh pilih nak makan di dalam restoren yang berbumbung, di pondok yang disediakan atau di tepi pantai. Pastinya kami memilih tempat yang paling cantik viewnya iaitu di tepi pantai! 

D'Rumoh Pata Menyajikan Pelbagai Menu Pilihan Yang Semestinya Sedap Sedap Belaka!

Tempat cantik, makan pun sedap! Sememangnya satu pakej yang sangat menarik! Ada banyak menu rare yang mesti korang cuba di sini! Antara menu rare dan jarang ditemui yang kami cuba adalah Tulang Goreng, Ayam Bawang Putih dan Kengsom Siakap.

Tulang Goreng
Ayam Bawang Putih
Kengsom Siakap
Kalau nak hidangan nasi, ada banyak lagi menu pilihan yang korang boleh pilih. Kami memilih menu yang rare tadi dan tambah lagi beberapa jenis lauk yang dikatakan paling hot D'Rumoh Pata ini. Yang pasti semuanya sedap - sedap belaka!

Siakap 3 Rasa

Kailan Ikan Masin
Sup Sayur Udang
Kalau korang nak nasi goreng, mee goreng atau apa - apa menu masakan panas lain pun ada di D'Rumoh Pata ni. Tambahan pula, terdapat beberapa stall luar D'Rumoh Pata yang korang boleh order juga nanti. Nak makanan yang ringan - ringan pun ada seperti Waffle dan Masakan Ala Barat. 


Untuk menu anak - anak, kami order makanan yang ringan - ringan je. Kalau nasi berlauk diaorang macam tak berminat sangat. Haha! Jom Gee kongsikan lagi menu yang kami dah cuba dari D'Rumoh Pata.

Nasi Goreng
Nugget & Fries
Sate & Kuah Kacang
Chicken Chop

Mushroom Soup
Seronok Bersembang Sampai Ke Malam!!


Lawanya view D'Rumoh Pata waktu malam! Ada lampu - lampu seperti bintang pula atas kepala. Hahahahhahahah! Nak stay sampai malam tak pe je sebab surau memang ada disediakan. Bila sesekali berjumpa memang seronok dapat bersembang. Tambah pula, anak boleh bermain sesama diaorang di tempat yang luas dan selesa. 


Layan Video 2nd Gathering Geng Blogger Ganu D'Rumoh Pata



Nak Dapat Meja Paling Dekat Dengan Pantai? Cepat Buat Tempahan!

Nak view lebih lawa dan cantik, korang kena pilih meja paling hampir dengan pantai. Hehe. Ala, apa susah, call atau bagitahu je diaorang nak buat tempahan meja. Kalau ramai, lagi bagus maklumkan dahulu untuk memudahkan diaorang susun meja untuk korang nanti. Nak terus tempah menu pun boleh! Nanti sampai terus ada makanan depan mata. Lagi best!


Memang sangat recommended D'Rumoh Pata. Tempat lawa, surau bersih, tandas bersih, makanan pun sedap!!! Thank you D'Rumoh Pata menyediakan servis terbaik untuk keselesaan kami dan pelanggan lain juga! Semoga D'Rumoh Pata terus sukses dan dikenali ramai!!


Untuk sebarang tempahan atau info lanjut, korang boleh hubungi :

FACEBOOK | INSTAGRAM | 012 984 8844


You Might Also Like

11 komen

  1. santai molek tempat ni. best lah nak menikmati hidangan. and terasa duk terengganu sangat makan tepi pantai.

    ReplyDelete
  2. Wahh Nasi Goreng pun ada hehehe my fav food adalah . Mesti kena terjah ni

    ReplyDelete
  3. uiii..gambar deme yg souple tu manis bershemut...hihi..tapi memang best kan makan kat sini..recomended

    ReplyDelete
  4. Wah, menariknya makan kat tempat terbuka, lepas tu dekat dgn pantai gitew ... Siap ada buai viral, mmg cantik utk ambil gambar... Menu sedap ... Chicken choo one of makanan kesukaan juga.

    ReplyDelete
  5. bestnya menu.Lagi best dapat makan tepi pantai dengan ruang terbuka macam tu..feel betul nak makan kan...

    ReplyDelete
  6. Menu dia buat kecur air liur la pulak aduhhh mek gee ni kenak sunggoh

    ReplyDelete
  7. wahhh.. bestnya tempat makan ni.. budak2 memang suka kalau dapat lepak2 tempat macam ni.. mak2 pulak mesti la sibuk nak photoshoot.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Wsh.. bestnya D'Rumoh Pata tak sampai lg kat sini next tine kak sggh sini

    ReplyDelete
  9. tgh akak post byk pasal makanan ray baru teringat byk lagi food entry yg x buat hahaha

    ReplyDelete
  10. Lawanya view dia.. Kemudahan pun bagus..
    Ohsem ini kalau buat gathering..

    ReplyDelete