Pertandingan Mewarna Bersempena Bulan Kemerdekaan Anjuran McDonald's dan Primula

by - September 24, 2019

Pertandingan Mewarna Bersempena Hari Kemerdekaan Anjuran McDonald's dan Primula | Aku tahu entry ini sepatutnya dah publish pada bulan kemerdekaan yang lepas iaitu Ogos. Namun, dek kerana kebusy-an dan mood menaip entry santai agak berkurang, maka entry ini aku peram saja dalam draft. 



Bila scroll gallery handphone, ternampak gambar anak - anak join pertandingan mewarna bersama McDonalds ini terus terasa seperti dikejutkan dari tidur! Wei entry ni dalam draft!! Kalau tak publish, harapkan simpan gambar dalam henpon sajo. So, done membebel alasan kenapa entry ini ditangguhkan. Kahkah!

Bulan kemerdekaan sememangnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak - anak. Banner pun bersepah kat tepi jalan untuk promosi pelbagai aktiviti untuk disertai oleh orang ramai. Ada anjurkan Fun Run, Fun Ride, Fun Walk, Pameran, dan juga Pertandingan Mewarna.


Well! Ramai dah tahu aku adalah pengunjung setia McDonald's. Sejak zaman bekerjaya 10 tahun lepas lagi, aku memang suka mengumpul toys Happy Meal. Cuma sekarang, anak - anak pula sambung hobi ibu kumpul toys. Kahkahkah!

Bila dapat tahu McDonald's ada anjurkan aktiviti Pertandingan Mewarna bersempena Bulan Kemerdekaan, terus terasa nak daftarkan anak - anak join. Lagi pula, sebahagian yuran penyertaan akan didermakan kepada badan yang memerlukan. So, sambil mewarna sambil menderma juga!


Lokasi adalah di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Pertandingan mewarna dimulakan seawal 9 pagi, 27 Ogos 2019. Excited sungguh anak - anak bila sampai di Primula Hotel. Suasana sangat meriah dengan kehadiran anak - anak yang menyertai pertandingan mewarna, ibu bapa, crew McDonald's dan juga team dari Primula Beach Hotel.



Walaupun anak - anak tak dapat hadiah dan menang pertandingan mewarna kali ni, namun diaorang sangat seronok dan enjoy dapat buat aktiviti bersama rakan - rakan baru. Lagipula setiap penyertaan dapat goodies bag yang berisi toys serta happy meals chicken burger. 


Bagusnya anak - anak sertai aktiviti sebegini supaya mereka dapat membina keyakinan diri dan berdikari juga. Next time, kalau ada peluang boleh daftarkan lagi diaorang untuk join. Dan semestinya diaorang sendiri nak polish skill mewarna sebabnya nak cuba untuk menang juga! Hehe! Well aku rasa itu petanda yang bagus untuk diaorang usaha yang terbaik untuk mencapai matlamat yang mereka nak. 


Tahniah McDonald's, Primula Beach Hotel dan semua team yang bekerja keras untuk event ini..Tahun depan hopefully dapat join lagi! ❤

You May Also Like

4 komen