HOLIDAY

Day Trip Pulau Kapas Bersama Travel Buddy & Family

September 27, 2019
Day Trip Pulau Kapas Bersama Travel Buddy & Family | Yeay! Wishlist nak ke pulau tahun 2019 berjaya di penuhi!! Pulau Kapas merupakan pulau kedua yang Gee jejaki selepas trip bersama family ke Pulau Perhentian bertahun yang lalu. Dah lama sangat kot!! Sememangnya wishlist nak bermalam di pulau, supaya dapat menikmati panorama matahari terbit dan matahari terbenam di tepi pantai.


Namun, tidak semua yang kita idamkan akan dapat dengan mudah. Kos untuk 1 malam di Pulau Kapas untuk Gee dan keluarga lebih RM500. Untuk rakyat biasa biasa yang hanya bergelar surirumah sepenuh masa dan incik suami kerja biasa - biasa sahaja, nilai tu di luar kemampuan kami. Tapi, tak semestinya impian terbantut kat situ, sedangkan boleh capai dengan cara yang lain. Eh! Macam tak sesuai je tajuk entry dengan intro. Hahahaha!


Cut it short now Sis Gee! So! Me dan juga travel buddy hot and spicy Mek Yunie telah merancang untuk day trip ke Pulau Kapas pada 13 September yang lepas. Berkebetulan birthday si sulong Arsyad pada 12 September, so trip ni boleh juga di kategorikan sebagai birthday trip untuk Arsyad.

Day Trip Yang Menyeronokkan Bersama Keluarga di Pulau Kapas, Marang, Terengganu


Urusan tempahan boat telah diuruskan oleh Mek Yunie. Thanks to her sebab permudahkan urusan Gee dan family. Hehe. Untuk day trip ke Pulau Kapas korang boleh memilih pakej boat transfer sahaja atau pakej yang lain termasuk snorkelling dan lunch di Pulau Kapas.


Untuk pakej bajet, kami memilih untuk mengambil pakej boat transfer sahaja pergi dan balik. Jimat dan yang penting dapat sampai ke pulau dengan selamat.

Pakej Boat Transfer Murah Dari Mak Cik Gemuk Boat Service



Untuk pengetahuan korang, ada banyak tau travel agency, agent atau servis yang membuat servis pakej ke Pulau Kapas. Ia bergantung pada kita selesa dan mampu dengan servis yang ditawarkan. Untuk pakej boat transfer dari Mak Cik Gemuk Boat Service, bagi Gee harga tiket yang ditawarkan agak berpatutan iaitu RM39 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak - kanak yang berumur 5 tahun ke atas. Harga tiket adalah untuk return tiket.


Jumlah Kos : 2 tiket dewasa + 2 tiket kanak - kanak

RM 39 + RM39 + RM20 + RM20 = RM 118

Ardini & Aqil free belum cukup umur 5 tahun

Eksplorasi Bermula Bersama Keluarga Mek Yunie!



Kami berjumpa di Jeti Marang lebih kurang jam 11.45 pagi. Selepas urusan bayaran tiket di kaunter Mak Cik Gemuk Boat Service, kami terus ke jeti untuk menaiki bot ke Pulau Kapas. Wah ketika itu anak - anak semua dah excited! Aish mak mak pun excited sama kot nak naik speed boat! Haha!


Perjalanan boat ke Pulau Kapas hanya 15 ke 20 minit sahaja. Untuk korang yang membawa anak kecil, korang disarankan untuk memeluk mereka sepanjang perjalanan atas boat. Bukan apa, risau terpelanting ke, terjatuh ke, tergelincir ke. Eh! Seram pulak! Hahahaha! Yang penting kena pakai life jaket yang disediakan sepanjang atas boat okay!

Jimat Bajet Makanan Dengan Berkelah Dengan Makanan Sendiri


TIPS JIMAT DAY TRIP PULAU KAPAS adalah bawa makanan sendiri dari darat. Kami dah plan awal - awal untuk ber'picnic' di Pulau Kapas. Memandangkan Mek Yunie travel jauh dari Kelantan, so Gee sediakan menu - menu ringkas untuk kami makan bersama di Pulau Kapas. Ada bihun goreng, mee goreng, nugget, roti sandwich, buah tembikai, kerabu maggi, air oren, dan juga wonda latte! Owh air putih wajib bawa juga ye!


Untuk berkelah semestinya kena bawa tikar sekali. Tikar boleh gunakan untuk letakkan makanan disebabkan semua akan basah dan berpasir nanti. 

Port berkelah korang boleh pilih mana - mana tempat di Pulau Kapas kecuali kawasan yang dilabel sebagai private beach. 

Mulakan Aktiviti Mandi Manda, Jalan - Jalan Pantai, Bermain Ikan Kecil dan Makan!




Serius air sangat sejuk! Bila dari darat, nampak panasnya anak - anak bermandi manda. Tapi bila kaki korang sendiri masuk dalam air tu, terus lupa kulit terbakar, kulit gelap disebabkan sun burn. Hahahaha! 


Anak - anak excited bila ternampak ikan - ikan kecil berenang berhampiran mereka. Siap boleh tangkap! Mau tak teruja wei!


Owh! Jangan lupa bawa set mainan pasir tu tau! Sangat berguna untuk anak - anak bermain pasir sepanjang di Pulau Kapas nanti.


Bila lapar, naik makan bekal yang di bawa. Kemudian sambung main air balik. Nikmatnya!

Dan semestinya ibu dan mommy sempat ber 'me' time untuk bersembang berdua, berkongsi cerita, updates perihal anak - anak dan bagi hint untuk next location untuk travel bersama. Hahahahahha!


Ada banyak kulit siput, kulit kerang, terumbu karang dan pelbagai lagi lah yang ada di pesisiran pantai Pulau Kapas. Anak - anak memang seronok jumpa terumbu karang ( tak tau nama betul ke tak ) sebab ada pelbagai bentuk!


Sambil kami jalan di tepi pantai, nampak pulak satu makhluk hitam yang agak menggelikan. haha! Dan ia bergerak!! Semua risau nak sentuh sebab takut nanti gatal kat kulit. Rupa - rupanya gamat. Haha! So, kami biarkan je kat situ. Hehe.


Ada kawasan pantai yang berpasir sahaja, ada yang berbatu dan ada yang batu yang jenis bercangkerang. Batu bercangkerang pun buleh! Yang pasti kalau dipandang Gee rasa macam geli, kalau duduk terasa tajam cangkerang tu, kalau amek gambar memang lawa!!


Kalau nak tengok gambar lawa - lawa dari travel buddy Gee korang boleh baca story Mek Yunie kat SINI

Jom Plan Percutian Damai dan Tenang di Pulau!!



Tak puas walaupun kami balik dengan boat terakhir iaitu jam 5,30 petang. Haha! Maybe next time ada rezeki boleh explore pulau lain pula di Terengganu. Untuk korang yang merancang nak ke pulau, jangan lupa cari info dan tips yang berguna untuk korang sepanjang percutian nanti. Kalau nak cuaca cantik nak kena tunggu tahun depan pula. So, sempatlah nak plan bajet, cuti, penginapan dan perjalanan nanti!

"Aku lihat. Aku dengar. Suara tenang di situ. Jauh aku tenung. Jauh masalah aku pergi. Sesekali ombak menghempas pantai. Sengaja kakiku mencari buih ombak. Terasa nyaman. Aku suka. Damai di sini. Tenang di sini. "

with love,
Sis Gee 


#sisgeejalanjalan
#pulaukapas

You Might Also Like

7 komen

  1. waaa bestnya dapat bercuti. dah lama tak pergi pulau rasanya

    ReplyDelete
  2. Patut la mcm kenal. Baru nak ckp kenapa macm mek. Rupanya memang mek kiki. BEstnya pulau kapas. Dpt pegi one day trip pun best ni

    ReplyDelete
  3. Asal sapa sis! I like... xpernah lagi g pulau kapas nii... kite suka jenis keloh masok sendiri ni....syok...berebur makan..

    ReplyDelete
  4. Best yer..huda plan byk kali dah nk ke sini..asyik tertangguh jer...

    ReplyDelete
  5. Terbaik berhajat juga nak ke sini tapi belum sampai masa

    ReplyDelete
  6. Wah.. real gamat.. Memang nampak agak menakutkan.. hehehe..

    ReplyDelete