PROMOTION

Rancang Percutian Luar Negara Yang Menjimatkan Dengan Traveloka Sale-Abration

August 24, 2019
Rancang Percutian Luar Negara Yang Menjimatkan Dengan Traveloka Sale-Abration | Hi korang! Sis Gee nak merancang percutian ke luar negara? Uish kalau ada rezeki apa salahnya. Boleh bawa anak - anak mengenali negara luar Malaysia pula kan? Kalau korang perasan, kos travel dalam Malaysia lebih kurang je sebenarnya dengan kos travel ke luar negara. Sebagai contoh kalau korang travel ke negara Asia yang lain seperti Thailand, Hongkong dan Vietnam. Tiket penerbangan kadang - kadang tu lagi murah dari domestik. 


Kalau Gee yang ada anak ramai ni, bila ada lebih penjimatan untuk travel, baik Gee gunakan pilihan yang lebih jimat! Jika ditanyakan negara luar negara yang menjadi wishlist untuk melancong, Gee rasa Korea atau Jepun. Semestinya kerana nak main dengan salji! Anak - anak pun selalu bertanyakan negara yang ada salji ni. Hehe. 

Rancang Percutian Dengan Bijak!

Apa yang menjadi isu utama yang perlu difikirkan untuk merancang percutian ke luar negara adalah peruntukan bajet. Ada banyak benda nak kena fikirkan selain daripada tiket penerbangan. Antaranya penginapan, aktiviti sepanjang berada di negara luar, tempat makan yang halal bagi muslim, kos pengangkutan dan sebagainya. 

Percutian yang bijak adalah percutian yang terbaik tapi dapat membuat penjimatan yang berganda - ganda. Agak - agak boleh ke nak cutting kos ni kalau bercuti ke Jepun atau Korea? Mestilah boleh korang!! Kalau tak caya, jom Gee kongsikan promosi kaw kaw kaw untuk percutian yang menjimatkan!

Traveloka Saleabration Bakal Berlangsung Dengan Tawaran Harga Promosi Yang Murah!

Kebiasaannya, ramai juga yang suka berkunjung ke Matta Fair untuk melihat harga promosi yang ditawarkan untuk merancang percutian ke luar negara. Namun, tak semua yang berkesempatan untuk berkunjung ke Matta Fair termasuklah Sis Gee. So, kalau tak berkesempatan ke Matta Fair 2019, korang jangan risau! Traveloka kan ada! Di mana sahaja tak kira masa korang boleh access ke Traveloka website atau aplikasi Traveloka. 


Best ke Traveloka Saleabration ni? Kalau promosi biasa - biasa pun best apatah lagi promosi Saleabration ni! Masa ni adalah masa terbaik untuk korang merancang percutian ke luar negara! Sebabnya, Traveloka akan menurunkan harga kaw kaw kaw tau! 

Traveloka Saleabration ni meliputi promosi dan deals yang murah untuk flight promos, hotel, experience dan juga airport transfer. Masa nilah nak grab berholiday di luar negara! Lagipun, tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk cuti sekolah yang panjang. Kalau bajet lebih, boleh pergi negara Eropah. Kalau bajet sikit, negara - negara Asia pun banyak tempat menarik yang boleh diterokai bersama keluarga!

Bila Kempen Traveloka Saleabration Bermula?

Tak sabar kan? Kempen Traveloka Saleabration bermula pada 26 Ogos 2019 hingga 27 September 2019. Tempoh sebulan tu promosi Traveloka Saleabration berlangsung! So, memang sempat korang search negara yang dalam lingkungan bajet korang dan mulakan perancangan percutian yang menyeronokkan! Rugi tau tak grab bila ada promo cenggini. Kalau dapat jimat pada harga tiket penerbangan dan penginapan, boleh lah spend lebih pada shoppinggg! Haha!

Selamat Merancang Percutian ke Luar Negara!!


Jangan lupa, tanda di kalendar atau reminder phone tarikh 26 Ogos 2019 nanti!!! Sekarang dah boleh mula membuat perancangan. Bila tiba hari promo Traveloka Saleabration, korang tinggal nak booking je. Hehe! Lagi cepat booking lagi bagus sebabnya kalau kehabisan tiket, melopong lah pulak tak dapat grab! 

Selamat merancang percutian ke luar negara! 

You Might Also Like

7 komen

  1. lebih senang nak travel kan..nice sharing

    ReplyDelete
  2. gee,,belanja i pliss ..nak g bercuti kat obersea jgk..hihi

    ReplyDelete
  3. bestnya kalau dpt bercuti ke oversea. kena buat passport dulu ni.

    ReplyDelete
  4. Bila tgk ada sale bab travel ni, syok woo.

    ReplyDelete
  5. ada tawaran murah ye. sesapa yang nak bercuti tu inilah masanya kan.

    ReplyDelete
  6. da lama tak bercuti ke luar negara...last tahun lepas aje lah pergi belitung...insya'Allah ada rezeki nanti nak pergi melancong juga

    ReplyDelete
  7. Saya tak pernah sampai lagi luar negara sis, sedih :(

    ReplyDelete