Kelas Renang Swimrush Academy Untuk Muslimah dan Kanak - Kanak

by - August 26, 2019

Kelas Renang Swimrush Academy Untuk Muslimah dan Kanak - Kanak | Bestnya kalau pandai berenang. Tapi ya ampun, Sis Gee ni bukan ada fobia air ke trauma ke apa, cuma tak mampu nak belajar apungkan badan. Dah cuba banyak kali juga, tapi tak yakin! Dan maybe sebab fikirkan takut tenggelam pastu lemas. Haha!


Berita baik untuk korang yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur! Sekarang, tak pandai berenang, takde basic atau tiada masa bukan lagi masalahnya. Nak anak kecil pandai berenang pun boleh! 

Swimrush Academy : Kelas Renang Untuk Muslimah dan Kanak - Kanak

Swimrush Academy merupakan kelas berenang istimewa untuk wanita dan kanak - kanak. Menariknya, korang boleh memilih kelas berenang pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja. Bukan itu sahaja, sekiranya, korang terlalu sibuk, korang boleh aturkan jadual sendiri mengikut kelapangan dan berbincang dengan Swimrush Academy. Semuanya akan diaturkan untuk korang nanti.


Seawal anak usia 5 tahun dah boleh menyertai Swimrush Academy. Kita sebagai ibu ayah ni pun belum tentu yakin tau nak ajar anak kecil berenang. Tambah pula kalau macam Sis Gee ni yang tak pandai berenang, tapi nak ajar anak berenang. Camano tuh? Hahahaha!

Lebih baik hantarkan anak - anak untuk belajar bersama tenaga pakar yang lebih arif. Swimrush Academy mempunyai silibus pengajaran yang tersendiri tau! Tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman akan mengajar bermula dari peringkat basic.


Kalau anak yang takut mandi air kolam sebab tak yakin, mama papa dont worry! Swimrush Academy juga akan ajarkan pelbagai skills termasuklah water confidence program dan juga water survival skills.

Swimrush Academy Mempunyai 4 Cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor


Berikut merupakan senarai cawangan Swimrush Academy di Kuala Lumpur dan Selangor. So, korang boleh pilih cawangan yang terdekat!

➤ Kompleks Renang Seri Siantan, Batu Caves : Kelas berenang untuk kanak-kanak, wanita dan lelaki.

➤ Jalan Turi Bukit Bandaraya, Bangsar : Kelas berenang untuk kanak-kanak.

➤ Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras : Kelas berenang untuk kanak-kanak dan wanita.

➤ Seksyen 14, Shah Alam : Kelas berenang untuk wanita.

Boleh Daftar 'Private Class' Juga!

Kalau korang tidak mempunyai masa yang bersesuaian dengan kelas berenang yang disediakan, korang boleh request untuk kelas berenang secara peribadi. Menarikkan? Lagi menarik apabila kos pengangkutan tidak akan dicaj! Wow! 


Kenapa Korang Kena Belajar Berenang Dengan Swimrush Academy?

◉ Hanya tenaga pengajar wanita yang akan mengajar kelas berenang wanita.

◉ Kelas berenang akan diajar bermula dari basic : Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly.

◉ Kelas lelaki pun ada disediakan iaitu di Cawangan Batu Caves.

◉ Tenaga pengajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang banyak.

◉ Kelas gantian juga disediakan.

◉ Memperolehi swimming cap dengan percuma.


Cepat Daftar Kelas Berenang Dengan Tenaga Pakar Swimrush Academy!!


Kalau Gee stay area Kuala Lumpur or Selangor, laju je nih nak daftarkan anak-anak. Tapi Gee stay jauh di Kuala Terengganu. So korang jangan lepaskan peluang ini! Bagus tau bila anak pandai berenang! Untuk mendaftar, korang boleh hubungi info yang dinyatakan di bawah ini!


#swimrush
#surecanswimwan
#kelasrenang
#kelasrenangmuslimah
#swimrushkl
#gengkotakhitam
#rm
#rushmedia

You May Also Like

3 komen

  1. teringin sangat nak belajar berenang sampai pandai...kita sama macam sis gee, takut nak terapung...kadang2 tu boleh jadi, kadang2 tu tenggelam....hahahhaha

    ReplyDelete
  2. swim mmg nieyl tak berani..sbb fobia dgn swim ni...
    apa² pun, bagus swim ni utk kesihatan dan waktu² kecemasan

    ReplyDelete
  3. Menarikk.. Yang best tu ada kelas khas untuk wanita.. So tiada isu aurat disitu

    ReplyDelete