Beautea by SAFI 100% Ekstrak Tea Premium

by - August 08, 2019

Beautea by SAFI 100% Ekstrak Tea Premium | Wow! Safi Malaysia sekali lagi telah keluarkan produk rangkaian kecantikan mereka terbaru! Apa yang menarik produk terbaru Safi Malaysia ini adalah ia diformulasikan daripada 100% ekstrak daun teh yang premium. 


Teh premium ni berbeza tau dengan teh biasa. Ni yang Gee ketahui masa trip ke Kilang Teh Boh di Cameron Highlands beberapa bulan yang lepas. Teh premium ni agak mahal daripada teh biasa kerana ia sangat berbeza dari segi kualiti, rasa dan warna! Banyak perbezaannya dan kalau dihidu bau memang sangat fresh!

Beautea by Safi Membantu Wanita Dapatkan Kulit Yang Lebih Bersih, Sihat dan Cantik

Tahukah korang, persekitaran disekeliling kita sangat mempengaruhi kulit kita yang sentiasa terdedah. Punca - punca kulit kusam, berjerawat dan kering adalah disebabkan oleh pencemaran, kotoran, habuk, tekanan, penggunaan kosmetik dan juga cuaca yang terlalu panas. Kurang penjagaan wajah akan memberi kesan kepada kulit kita. 


Beautea by Safi ni sememangnya dirumus khas untuk kulit kita yang sentiasa terdedah dengan kotoran dan pencemaran ni. Menariknya, Beautea by Safi adalah produk yang bebas alkohol, bebas paraben, bebas SLS/SLES dan bebas silicone. So memang boleh digunakan dengan selamat, berkesan dan tanpa was-was!

Ada 4 Variasi Pilihan Beautea by Safi Mengikut Kesesuaian Kulit

Sebelum Gee sharing apa yang Gee suka pasal Beautea by Safi ini, jom Gee kongsikan dahulu 4 variasi pilihan Beautea by Safi yang telah dikeluarkan oleh Safi Malaysia. 

White Tea & Damask Hydrating Gel Cleanser


Bagi korang yang mempunyai kulit kering, korang boleh cuba White Tea & Damask Hydrating Gel Cleanser ni. Kalau kulit kering, yang tak bestnya adalah akan nampak tona kulit tak sekata. Bila alas muka dengan bedak pun nampak bertompok. White Tea & Damask Hydrating Gel Cleanser akan mengawal lembapan pada kulit wajah korang nanti! Kemudian, jangan lupa amalkan air kosong secukupnya!

◉ Black Tea & Black Orchid Detox Cream Cleanser


Bagi korang yang mempunyai kulit sensitif pula, korang boleh cuba Black Tea & Black Orchid Detox Cream Cleanser ini. Ia merupakan pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangi dan membersihkan segala kotoran pada kulit wajah. Bila kulit dah detox, nanti kulit korang akan bertambah sihat dan cantik juga!!

Green Tea & Neem Anti Acne Gel Cleanser



Untuk kulit yang bermasalah jerawat dan berminyak, korang boleh guna Green Tea & Neem Anti Acne Gel Cleanser ini. Sedia maklum green tea sangat elok bagi masalah kulit berminyak sebabnya nanti ia akan membantu mengawal sebum wajah dan kotoran yang menyebabkan masalah kulit berjerawat. Dah guna Green Tea & Neem Anti Acne Gel Cleanser jangan lupa jaga pemakanan tau!! Kurangkan juga makanan yang berminyak hokey!

◉ Apricot Tea Revitalising Face Scrub



Penggunaan scrub wajah sangat penting bagi menghilangkan sel - sel kulit mati yang akan menjadikan kulit kita tampak kusam dan tidak berseri. Pemakaian pencuci wajah Beautea by Safi anda boleh gabungkan dengan pemakaian Apricot Tea Revitalising Face Scrub ini. Amalkan sekali atau 2 kali seminggu untuk kesan yang lebih baik. 

Sis Gee Dah Cuba Beautea by Safi Dan Suka Dengan Kesan Pada Kulit Wajah!

Gee memang dah jatuh cinta dengan White Tea & Damask Hydrating Gel Cleanser! Firstly, bau dia sangatttt wangi!! Semerbak tau bau bunga ros. Sangat menyegarkan! Teksturnya pula sangat lembut, gebu dan ringan! 


Sesuai dengan kulit Gee yang kering, kini kulit Gee dah lembab je sepanjang hari. Sangat best rasa kulit lepas cuci dengan White Tea & Damask Hydrating Gel Cleanser! 


Selang 3 hari atau 4 hari, Gee gunakan Apricot Tea Revitalising Face Scrub. Kulit memang rasa lebih licin!! Serius u ols! Hehehe! Cumanya, pakai scrub ni bukan bermaksud kena gosok dengan kuat ye kat kulit muka tu. Nanti rosak lapisan kulit kita. Gosok perlahan - lahan saja. Hehe.


Dapatkan di Watsons Dengan Tawaran Harga Yang Lebih Murah!


Ya korang! Gee dapatkan di Watsons je! Kalau nak walk in pun boleh, kalau nak mudah beli je kat Watsons Online. Lagi senang dan cepat! Malas nak taip website Watsons? Takpe, Gee tolong bagi link kat bawah ni okey!! 



You May Also Like

8 komen

  1. cantiknyaa dia punya packaging :3

    ReplyDelete
  2. Saya memang pengguna setia safi...boleh lah cuba beauty ni pula nanti

    ReplyDelete
  3. cantik lah kak gee hehe..ni first time dengar beautea safi ni

    ReplyDelete
  4. Suka dengan packaging safi beautea kali ni. Teringin nk try skrub dia tu.

    ReplyDelete
  5. Tengs sharing sis gee, info yg sangat menarik. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Cik Ash guna yg warna purple n hijau best pakai

    ReplyDelete
  7. cantiklah packaging dia, rasa nak try yg scrub punya.

    ReplyDelete
  8. Terbaik la Safi. Semoga lebih banyak produk berkualiti dihasilkan...

    ReplyDelete