Tempat Menarik di Shah Alam dan Pilih Penginapan Hotel di bagasi.my

by - July 23, 2019

Tempat Menarik di Shah Alam dan Pilih Penginapan Hotel di bagasi.my | Jalan - jalan Shah Alam? Gee rasa Shah Alam antara tempat yang menarik dan terkenal juga di kalangan orang kita. Namun, ramai juga yang masih belum ketahui kat mana nak bawa keluarga sekiranya merancang percutian ke Shah Alam.


Percutian tanpa perancangan agak sukar sekiranya melibatkan anak - anak. Sama lah dengan Gee sendiri. Nak kena fikir tarikh percutian yang sesuai dengan hari cuti sekolah anak - anak, fikirkan baju yang perlu dikemaskan berdasarkan aktiviti sepanjang percutian, bajet kewangan  untuk penginapan, tempat makan yang berhampiran penginapan dan sebagainya. 

Korang ada nak merancang bercuti di Shah Alam? Tapi tak tahu tempat menarik yang nak dituju? Jom Sis Gee kongsikan tempat - tempat menarik yang ada di Shah Alam! Manalah tahu dapat membantu korang merancang percutian bersama keluarga nanti!

5 Tempat Menarik di Shah Alam Untuk Dikunjungi Bersama Keluarga

#1 I-City Shah Alam

Beberapa tahun lepas, Gee pernah masuk ke I-City Shah Alam bersama keluarga. Tanpa perancangan awal, maka pergi hanya untuk menyinggah melihat lampu dan bawak anak - anak main beberapa games Fun Fair sahaja. Itulah rugi sebab tak merancang so banyak tempat dalam I-City Shah Alam kami belum explore. 


Antara aktiviti menarik di I-City Shah Alam adalah Snowalk dengan suhu serendah 5 darjah celcius, City Of Digital Light, Trick Art Museum, The Red Carpet Museum dan juga Water World. Banyakkan? Mesti seronok dapat spend times dengan anak - anak kat sini.

#2 WetWorld Water Park Shah Alam

Gee belum pernah masuk ke WetWorld Water Park Shah Alam, namun kalau masukkan dalam aktiviti percutian di Shah Alam, mesti anak - anak yang paling excited. 


WetWorld Water Park Shah Alam mempunyai gelongsor yang sesuai untuk kanak - kanak bawah umur 12 tahun. So, sebagai ibu bapa takdelah nak risau sangat bila anak kecil bermain taman tema air. Kedalaman kolam mandi pula adalah pada paras kanak - kanak, maka sudah pasti anak - anak kecil dapat bermain tanpa risau dan takut.

#3 Denai Alam Riding & Recreational Club (DARC)


Wah! Ada aktiviti sukan berkuda di Shah Alam! Aktiviti santai pagi atau petang boleh diisi dengan aktiviti sukan berkuda secara santai atau komprehensif. Korang boleh juga mempelajari sukan berkuda dengan tenaga pengajar yang terlatih dan profesional.



DARC ni merupakan kelab menunggang kuda yang berpengalaman serta mempunyai pelbagai kemudahan yang serba lengkap. Di sini bayaran yang bakal dikenakan sangat berpatutan dan sesuai untuk dipenuhkan dalam aktiviti jalan - jalan di Shah Alam nanti!

#4 Setia City Mall


Kalau melancong, tidak sah kalau tak ke shopping mall. Tambah pula destinasi ke Shah Alam! Di Shah Alam, kaki shopping boleh singgah ke Setia City Mall. Ada banyak butik dan deretan outlet jenama tersohor.



Setia City Mall bukan sahaja sesuai untuk si kaki shopping sahaja malah sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga. Terdapat banyak restoran, pusat bowling, karaoke dan juga taman permainan. So kalau nak santai bersama kawan - kawan dan keluarga, tempat yang menjadi pilihan yang tepat adalah Setia City Mall, Shah Alam.

#5 Skytrex Shah Alam


Seronok juga menyertai sukan lasak bersama keluarga! Skytrex Shah Alam terletak di Taman Pertanian Malaysia ini merupakan salah satu destinasi aktiviti menarik yang mesti cuba di Shah Alam. Ia mempunyai pelbagai jenis cabaran yang boleh korang lakukan seperti flying fox, berjalan di atas tali dari satu pokok ke satu pokok, meluncur, bergayut dan pelbagai lagi.



Aktiviti ekstrem ini bukan sahaja menguji fizikal korang malah mental serta emosi juga akan rasa tercabar! Kanak - kanak pun boleh sertai asalkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Jimat Duit, Masa dan Tenaga Dengan Pilihan Lokasi Penginapan

Tips nak melancong yang paling penting adalah pemilihan lokasi penginapan yang berhampiran dengan tempat - tempat menarik. Bila korang pilih penginapan yang strategik, nanti bajet untuk perjalanan dapat jimat banyak tau! Malah, akan ada banyak masa untuk berkunjung ke pelbagai pilihan lokasi pelancongan yang ada. 


Penginapan yang dipilih pula perlu mempunyai kemudahan yang semestinya dapat membantu melancarkan pelancongan kita nanti. Gee suka pilih penginapan hotel yang sediakan pakej breakfast. Al maklumlah anak kecil ramai, kan mudah kalau breakfast siap - siap kat hotel. Sekurang - kurangnya dapat mengurangkan tantrum anak! Bila dah kenyang, baru ready untuk explore tempat menarik yang ada!


Kalau korang nak mudah dan cepat, korang boleh terjah ke BAGASI.MY . Kat situ, semua senarai hotel menarik dan best - best di Shah Alam dah ada untuk korang pilih. Siap dengan details, harga dan lokasi hotel lagi tau!!

Gee pun nak merancang percutian dengan family jugak ni!! Cuti sekolah pun banyak nanti! Mesti seronok kanak - kanak ribena bila dapat surprise holiday lagi! 




You May Also Like

2 komen

  1. Menarik.. Nanti turin sana boleh pi explore tempat menarik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!! banyak aktiviti boleh buat dengan anak - anak!

      Delete