Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion | Rahsia Kulit Lembab Sepanjang Hari

by - July 10, 2019

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion, Rahsia Kulit Lembab Sepanjang Hari | Walaupun Sis Gee awak ni seorang fulltime housewife, tidak bermakna penjagaan kulit perlu diabaikan. Rutin seharian Gee tidak menentu seperti keluar menguruskan hal tertentu, seharian travel dalam kereta, berpanas, bersihkan habuk di rumah, mengemas dan sebagainya. Gee tahu, korang punya rutin pun multitasking kan? Maksudnya yang Gee cuba nak sampaikan adalah, setiap hari dan setiap detik kulit wajah kita akan terdedah dengan risiko - risiko yang boleh merosakkan kulit.


Risau dan gerun tau bila fikirkan kulit wajah semakin kusam, jerawat, jeragat, kulit kering, kulit berminyak dan sebagainya. Kulit Gee jenis kulit kering, jerawat ada muncul seketul dua dan kini sudah mula keluar jeragat - jeragat kat pipi. Deng! Haha! So, untuk mengatasi masalah kulit yang Gee hadapi sekarang, Gee ada mencuba produk terbaru keluaran Safi Malaysia ini.

Perkenalkan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Jenama Safi Malaysia bukanlah jenama yang asing bagi seluruh wanita tempatan. Malah, rangkaian produk Safi Malaysia telah diyakini halal dan selamat digunakan tanpa mengandungi bahan - bahan yang merbahaya.


Kalini, Gee nak sharing berkenaan satu produk meletops dari Safi Malaysia iaitu Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion. Apa yang Gee excited nak kongsi adalah ia sangat bagus untuk membantu kulit kekal lembab sepanjang hari. Lagi satu, ia bertindak sebagai pelembab dan penyegar sekaligus tau! So, kalau awak macam Sis Gee yang malas nak pakai penyegar, kini masalah kita selesai hanya dengan satu Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion.

Tekstur Lotion Mudah Serap Pada Kulit


Kalau pakai pelembab, mesti nak yang ringan pada kulit. Macam Gee, krim atau lotion yang jenis melekit dan berminyak memang tolak tepi. Sebabnya, Gee utamakan keselesaan kulit berbanding nak nampak cantik. So, bila Gee sendiri dah cuba Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ni, apa yang membuatkan ia best adalah tekstur lotion yang ringan dan cepat menyerap pada kulit wajah. Bila dah apply, takde pun rasa kulit melekit dan berminyak.

Manfaat Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Walaupun hanya satu sapuan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion, kulit korang akan nikmati pelbagai manfaat tau! Antara manfaat yang best bila pakai Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion secara konsisten adalah :

◈ Memberikan 2 kali penghidratan dan kesegaran dengan sekali penggunaan.
◈ Meningkatkan perlindungan pada kulit wajah.
◈ Mencegah kulit menjadi gelap yang disebabkan oleh radiasi infrared (IR).
◈ Membantu merawat masalah tona kulit yang tidak sekata.
◈ Membantu kulit lebih anjal, lembut dan cerah sempurna.


Bagaimana Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion sangat berkesan membantu memberi kelembapan wajah sepanjang hari? Untuk pengetahuan korang, sapuan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion dapat meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid iaitu :

● Macro Hyaluronic Acid

 Nano Hyaluronic Acid

 Bio - Hyaluronate

 Oligo - Hyaluronic Acid

 Super Nano Hyaluronic Acid

Bagaimana Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Mencegah Kulit Daripada Menjadi Gelap?


Kalau amalkan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion, ia bukan sahaja membantu mengunci lembapan, malah dapat mencegah kulit daripada menjadi gelap akibat daripada radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR. 

OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.


Jom Rawat Kulit Untuk Lebih Sihat!


Kalau nak kulit sihat dan cantik, penggunaan produk haruslah selamat dan berkesan. So, kalau awak ada masalah kulit kering, jeragat dan kulit kusam, Sis Gee sangat recommendkan awak cuba Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ni. Mudah je, korang boleh dapatkan di pasaraya - pasaraya, Watsons, Guardians atau pembelian secara online. Untuk sebarang info lanjut, korang boleh terjah link kat bawah ini!
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

#SafiMY
#SafiBalqis
#SafiSkinStory
#SafiBalqisHydration
#SafiBalqisHydratingLotion
#reviewbysisgeedotcom










You May Also Like

2 komen