BEAUTY

Review Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water

July 18, 2019
Review Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water | Assalamualaikum semua! Siapa yang duk survey atau searching makeup remover tu, mesti baca habis entry Sis Gee kali ni. Posting ni Gee nak berkongsi dengan korang produk menarik daripada Safi Malaysia yang semestinya sangat berguna untuk korang yang sentiasa mahukan kulit cantik dan sihat.


Eh! Bukan korang sahaja tau idamkan kulit wajah yang cantik dan sihat! Sis Gee pun mengidamkan kulit mulus, bersih dan sihat tanpa cela. Al maklumlah, bila usia dah banyak ni, kalau tak menjaga kulit, memang mudah masalah kulit muncul. Bila ada masalah kulit, ambil masa yang lama pula untuk pulih kembali. Jadinya, sebelum kulit menjadi semakin parah, lebih baik kita cari jalan untuk menjaga kulit dengan lebih baik.

Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water | Selamat dan Berkesan Untuk Cantik Semulajadi

Siapa tak nak kulit sihat dan cantik secara semulajadi kan? Bila kulit sihat, keyakinan diri juga akan meningkat tau! kemudian, kalau nak makeup, solekan akan tampak lebih sekata dan cantik. Memperkenalkan pembersih makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water iaitu pembersih make up yang diformulasikan daripada 100% bahan semulajadi sahaja.


Tanpa mengandungi bahan kimia merbahaya dan terlarang, pembersih makeup Safi Micellar ini selamat dan berkesan untuk digunakan. Tambahan pula, produk keluaran Safi Malaysia merupakan produk yang sentiasa mendapat kepercayaan dan boleh digunakan tanpa was-was. 

Pilih Pembersih Makeup Mengikut Jenis Kulit

Pembersih makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water hadir dalam 3 jenis iaitu setiap satunya sesuai digunakan oleh jenis kulit yang berbeza. Jom Gee kongsikan lebih lanjut so nanti korang dapat ketahui pembersih makeup yang sesuai untuk kulit sendiri.

◉ SAFI Micellar Natural Cleansing Water Cucumber



Diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi Mentimun, ia dapat membantu kulit korang kekal lembab, merevitalisasi serta menjadikan kulit lebih sihat. Kulit akan menjadi lebih lembut dan bermaya. Safi Micellar Mentimun ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

SAFI Micellar Natural Cleansing Water Rose



Diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi Ros, pembersih makeup ini dapat membantu korang menanggalkan solekan serta mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat. Safi Micellar Rose ini sesuai untuk jenis kulit kombinasi dan normal.

◉ SAFI Micellar Natural Cleansing Water Neem


Bagi korang yang kulit jenis berminyak dan berjerawat, Safi Micellar Neem ini sangat sesuai untuk menanggalkan kotoran serta makeup pada wajah. Safi Micellar Neem mempunyai agen anti bakteria di mana dapat mengawal minyak yang berlebihan pada wajah serta menghalang pertumbuhan jerawat.

Sis Gee Suka Safi Micellar Rose!!

Safi Micellar Rose sesuai untuk kulit Gee yang jenis kombinasi ini. Maksud kulit kombinasi adalah ada sebahagian kawasan muka Gee berkulit kering, dan ada bahagian yang berminyak juga. Gee pun tahu jenis kulit sendiri daripada pemeriksaan daripada pakar kecantikan di sebuah medispa tahun lepas. Hehe. 


Walaupun Gee tidak kenakan solekan di rumah, tidak bermakna kulit kita bersih tanpa kotoran. Seharian di rumah pun masih terdedah dengan bakteria dan kotoran yang boleh menyebabkan masalah kulit berjerawat. So, sebelum tidur, Gee akan pastikan Gee bersihkan dahulu muka dengan pembersih makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water Rose, kemudian baru Gee mencuci muka dengan pembersih muka. 

Bila kita tidur dengan kulit yang bersih, bangun tidur pun rasa segar je tau! Korang tak percaya, korang boleh cuba juga nanti!!


Untuk korang yang berminat untuk mencuba pembersih makeup halal dan selamat Safi Micellar Natural Cleansing Water Rose, Cucumber atau Neem ini, korang boleh dapatkan di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, korang boleh click pautan yang Gee sediakan kat bawah ini!

#SafiMY
#SafiMicellar
#takpedihkanmata
#SafiMicellarWater
#SafiSkinHistory
#SafiMalaysia
#reviewbysisgeedotcom



You Might Also Like

1 komen

  1. wahhh safi pun dah ada micellar water! Skin type kita macam sama lah

    ReplyDelete