Gathering Raya 2019 Bersama Geng Blogger Ganu

by - July 03, 2019

Gathering Raya 2019 Bersama Geng Blogger Ganu | Perkenalan kami dari tempat dan permulaan  yang berbeza. Ada antara mereka senior sekolah Gee, ada yang Gee kenal daripada event dan ada juga yang Gee kenal daripada ex team dulu. Alhamdulillah, misi gathering raya bersama geng blogger Ganu accomplish! Walaupun ada lagi ramai blogger Ganu yang tak dapat join, namun rasa dah bersyukur boleh berjumpa dengan 4 penulis blog yang tinggal di tanah air sendiri ni.


Firstly, big thank you untuk Huda dan suami sebab menaja lokasi gathering raya kita! Hehe. Selain huda, ada blogger Yaya AzuraShahada dan Dedeq. Semua bukan stay di Kuala Terengganu tau!!


Menu bertemakan pot luck. Tuan rumah paling banyak masak! Hahahahaha! Menu air tangan tuan rumah Mee Bandung Muar, Nasi Beringin Johor, Rendang Ayam, Mee Sup dan air special iaitu Jus Manggo yang sedap pekat likat penuh isi mempelam! Haha! Sedap - sedap semuanya masakan Huda!


Blogger Yaya Azura bawa Bihun Goreng Tom Yam beserta Keropok Goreng. Bertambah anak - anak makan bila dapat bihun goreng tom yam. Al maklumlah anak - anak memang suka makan tom yam. Haha! Kalau korang nak tahu, Gee dengan blogger Yaya Azura ni dah kenal masa zaman sekolah lagi. Gee lebih mesra panggil beliau Kak Zura, senior masa sekolah menengah dulu. Macam reunion sekolah pulak. Hihi.


Gee kenal dengan Blogger Dedeq / Najihah ni bermula dari satu event di Kuala Terengganu. Gee sangat kagum dengan Blogger Dedeq sebab dia boleh set up dan jalankan perniagaan kedai runcit serta jualan makanan dalam masa yang sama. Baguslah muda - muda dah ada perniagaan sendiri. Salute lah! Menu pot luck Blogger Dedeq juga kegemaran anak - anak Gee iaitu Apam Polkadot. Siap tapau bawak balik! Hehe.


Perkenalan Gee dengan Blogger Shahada pula bermula daripada satu group blogger yang pernah Gee join suatu ketika dahulu. Hihi. Namun, sekarang walaupun Gee dah tak join group tersebut, kami masih lagi dapat berjumpa di event di Kuala Terengganu. Menu Blogger Shahada bawa sememangnya favourite kita!!!! Kek Batik Mabeles! Hihihihi.


Semua bawa menu air tangan sendiri! Sis Gee korang je extra rajin sebab tempah kuih dengan jiran sebelah! Hahahhaha! Ya ampun Sis Gee!! Kita tak pandai lah buat kuih. Kita pandai makan je wak. Bila jiran jual kuih nona manis yang sedap, kita pun order je lah. Hihihi.


Alhamdulillah pertemuan Gathering Raya 2019 berjalan lancar. Semua pakat tapau makanan yang ada! Tuan rumah pun dah standby bekas untuk tapau! Hihi. Thank you tuan rumah ye.



Anak - anak dan suami pun bukan main ralit juga sebenarnya! Anak - anak sibuk bermain. Incik suami pula bersembang dan bertukar cerita juga. Entah apa diaorang membawang agaknya. Hihi.



Thank you semua untuk gathering Raya kita! Lepas ni, harapnya ramai lagi Blogger Terengganu lain dapat join sama. Seterusnya, kami plan nak jumpa bulan Ogos. Harap - harap semua rancangan dipermudahkan. Sesekali dapat berjumpa boleh juga berkongsi ilmu dan tips berblogging!


Thank you semua!! 








You May Also Like

7 komen

  1. Bulan Ogos kalau Sis ada di Paka bolehlah join sekali hehehehe nanti roger=roger..

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat jumpa rakan-rakan blogger🤗. Sedap-sedap belaka menunya. Keropok tu memang favourite.

    ReplyDelete
  3. wahhh meriah menunya... syok noh jumpa geng.. kita xde geng hahaha

    ReplyDelete
  4. Nanti singgah lah rumah rabia hehehe..kita jumpa2 makan2 okey

    ReplyDelete
  5. Seronokkan dapat berkumpul, daripada baca cerita di blog terus dapat bersua muka. Moga ukhwah terus berpanjangan.

    ReplyDelete
  6. kemain weh tok laki ambe tu siap bersila ha atas kerusi..hahahaha..

    ReplyDelete