PROMOTION

Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru | Pemegang Kad Jimat Hingga 50%

July 11, 2019
Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru, Pemegang Kad Jimat Hingga 50% | Siapa suka Domino's Pizza, kita geng! Haha! Ni berita baik yang mesti dikongsi! Al maklumlah, kalau ada big saving ni kan, mesti ramai yang suka. Termasuklah Sis Gee! Hihihihi. Domino's Pizza dah ada beberapa cawangan di Kuala Terengganu. So, yang selalu Gee kunjungi adalah Domino's Pizza Cawangan Jalan Air Jernih. Biasanya, kami dine in sebabnya suka makan pizza fresh from the oven gituu. 


So, berita baiknya untuk korang yang seangkatan dengan Sis Gee yang sukakan pizza, Domino's Pizza sekarang ada memperkenalkan kad ekspress terbaru di mana pemegang kad boleh nikmati penjimatan sehingga 50%! Banyak tu kan! Sesuai dengan slogan It's All About You !! Jom Gee share apa yang best berkenaan kad ekspress terbaru daripada Domino's Pizza nih!


Kad Ekspres Fasa 2 yang berwajah baru ini telah dilanjutkan tarikh luputnya yang kini sah sehingga 31 Julai 2020, bukan 31 Disember 2019. Kad ini boleh didapati dengan potongan harga 50% untuk tempoh terhad sahaja, di mana pelanggan boleh membeli Kad Ekspres pada harga RM30 dan bukan RM60. Manakala, pemegang Kad Ekspres sedia ada juga boleh memperbaharui kad mereka pada hanya RM15, bukan RM30. 

Dengan Kad Ekspres Domino’s Fasa 2 ini, peminat piza boleh mendapat pelbagai tawaran VIP di Domino’s sepanjang tahun! Manfaat VIP termasuk tawaran beli 1 percuma 1 piza, beli 1 percuma 1 sajian sampingan terpilih, tawaran istimewa sempena hari lahir, dan tawaran bulanan eksklusif khusus untuk pemegang Kad Ekspres. Untuk tawaran masa terhad bulan ini, tawaran Beli 1 Percuma 1 Piza juga boleh didapati untuk penghantaran, bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai 2019. 


Di samping itu, pelanggan Kad Ekspres berpeluang membeli piza a la carte dengan potongan harga sebanyak 50% untuk piza saiz Regular, Large dan Xtra Large, tertakluk kepada terma dan syarat. Sebaik sahaja Kad Ekspres diaktifkan dalam talian, pelanggan akan menerima 1 e-Kupon Piza saiz Regular scara percuma, bernilai RM29.90. 

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dalam operasi kami dan kami berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bermakna kepada pelanggan kami. Selaras dengan itu, kami dengan sukacitanya melancarkan Fasa 2 Kad Ekspres kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami kerana sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan kepada Domino’s Pizza. Kami benar-benar berharap rakyat Malaysia akan merebut peluang ini untuk menikmati piza kegemaran mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Seperti biasa, kami amat komited untuk memberikan nilai yang sebaik mungkin kepada pelanggan setia kami, di samping terus menawarkan produk baharu dan menarik.” 


Untuk merebut tawaran hebat ini, pelanggan boleh membeli atau memperbaharui Kad Ekspres mereka di mana-mana cawangan Domino’s, menghubungi talian Domino’s di 1-300-888-333, atau mengunjungi laman web Domino’s, sehingga 30 Julai 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kad Ekspres Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi lain yang diadakan sekarang, sila ke laman web kami di http://www.dominos.com.my/.

You Might Also Like

5 komen

  1. wow..baru tahu ni..:-)
    kena lelaju g web dominos laa ni.

    ReplyDelete
  2. untung la kalau dapat kad eskpress ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya dari dulu tergoda nak buat kad tu

    ReplyDelete
  4. kad ni setiap masa tengok iklannya, masih belum sempat untuk daftar. nampak menarik pula

    ReplyDelete