BLOGGER

Dapat Ole Ole Mask Nature Republic Dari Korea

July 19, 2019
Dapat Ole Ole Mask Nature Republic Dari Korea | Hi semua! Walaupun dah lama Sis Gee dapat ole ole dari Korea ni, namun rasa nak share jugak kat blog. Hihi.

Beberapa bulan yang lepas, geng blogger Husniey Husain pergi melancong ke Korea. Ya! Korea wei! Bestnya tengok updates Husni ketika berada di sana. Kalau korang nak tahu, Husni ni boleh dikategorikan sebagai Travel Blogger jugak sebabnya Husni & hubby memang suka melancong dalam dan luar negara. Murah rezeki diaorang kan? Hehe.

Bersama Husniey Ketika Beliau Datang Beraya
Tidak ku sangka, dia siap belikan ole ole untuk Gee dan anak - anak! Terima kasih Mama Husni & Papa Ijat!!💜

Salah satu ole ole yang Gee dapat adalah Mask Sheet daripada Nature Republic!! Semua sedia maklum kalau skincare dari Korea ni, kebanyakkannya mesti best dan menjadi! Tengoklah kulit orang Korea camane kan! Mulus mulus tau!!


Best gila mask sheet rose ni!! Bila buka, semerbak bau rose! Standard timing pakai mask 10 minit hingga ke 20 minit je. Kemudian, dah boleh bersihkan muka. Gee suka pakai malam sebelum tidur. Bila lekapkan mask rose dari Nature Republic nih, nyaman & tenangnya rasa. Ekstrak Rose dia boleh buat kita calm dan juga release stress. Bila dah bersihkan muka, kulit rasa best dan wangi oi! Haha!

Pasni nak cari mask Rose lagi lah! Thank you Husni bagi Sis Gee merasa mask dari Korea ni! Sempat lagi tau Gee cuba search kat Instagram brand Nature Republic nih.


Followers IG diaorang sahaja dah membuktikan jenama diaorang memang trusted! Patutlah best produknyaaa!!

Bila scroll, makin syok pulak tengok produk yang ada. Macam - macam pulak tuh! Siapa nak gi Korea pasni, roger Sis Gee okey! Macam banyak nak order nih! Kekekekkee!


Thank you Husniey Hussain sentiasa pemurah dan baik dengan kami semua! Hehehe!! Nanti kita jumpa mengopi wokeh! Semoga Husni sentiasa dimurahkan rezeki dan sukses!! Hugs & kisses for you darling!! ❤

Nak berkenalan dengan Blogger Husniey Hussain?? Korang klik je social media kat bawah ni wokeh!


#sisgeesaythankyou
#sisgeemeetblogger




You Might Also Like

8 komen

  1. Wah..nestnya dapat ole ole... barang korea lak tu

    ReplyDelete
  2. Omg.. terselit daku disitulah. Thank you sisgee for this blog post..
    Oleh oleh tak mahal aje mampu 😂

    ReplyDelete