FOOD REVIEW

Brownies, Congo Bar Sedap & Murah Dengan Kualiti Bahan Premium

July 29, 2019
Brownies, Congo Bar Sedap & Murah Dengan Kualiti Bahan Premium | Ya ampunnnn. Taip tajuk sahaja dah membuatkan Sis Gee telan air liur! Gulp! Siapa sini penggemar brownies kita geng! Agak - agak, ramai ke idok geng dengan Sis Gee ni ye? Okay takpe, apa yang buat Gee teruja untuk sharing adalah, brownies ni adalah salah satu desserts atau kek atau kuih atau apa sahaja yang telah menjadi makanan yang Gee sangat in love!

Kalau ada majlis, kenduri, makan-makan ke, mesti mata ni melilau mencari kelibat brownies. Kalau ada, memang jadi 1st food yang ada atas pinggan Sis Gee. Bukan apa, risau tak sempat nak ngap! Kehkehkeh.


Kat Terengganu ada ke brownies murah tapi rasa premium? Rasa premium ni bagi Gee rasa yang mewah. Manis bukan manis gula ting ting ting. Pastu pahit coklat tu ada rasa lemak. Ish tak tahu nak explain macam mana, tapi Gee tahu siapa boleh buat brownies premium sedap & murah kat Terengganu ni.

Brownies Bamree | Murah dan Rasa Mewah Dengan Bahan Premium


Brownies Bamree adalah brownies yang dibuat dengan air tangan Bamree sendiri tau! Berlokasi di Kuala Terengganu, Bamree akan membuat COD bagi korang yang menempah di sekitar Kuala Terengganu. Kalau korang nak COD di luar Kuala Terengganu, boleh deal untuk self pick up atau cara yang lain.


Kenapa brownies Bamree rasa mewah? Haaaa... Ini adalah kunci atau rahsia yang sudah lagi tidak menjadi rahsia! Bamree hanya menggunakan bahan - bahan segar dan terbaik untuk menghasilkan brownies beliau. Coklat pula adalah coklat premium yang terbaik digunakan, bukan coklat atau serbuk koko timbang kilo tu tau!! Coklat import yang berkualiti premium sahaja digunakan.


Bahan - bahan lain pula tidak dibuat stok malah akan dicari dan dipilih sendiri oleh Bamree bagi memastikan kesegaran bahan dan kualiti yang terbaik. Sebab itu kalau korang nak order, kena maklumkan awal - awal pada Bamree! 

Boleh Request Brownies Berhias Cantik Bertemakan Majlis

Yang menariknya, korang boleh request kalau nak brownies yang bertemakan birthday, hantaran perkahwinan, majlis pertunangan atau apa - apa sambutan yang korang nak buat. Kalau nak extra coklat, strawberry atau kekacang pun boleh! Bukan itu sahaja tau! Kalau nak request ikut selera korang seperti kurang manis ke, boleh juga Bamree adunkan mengikut selera korang nanti. Hehe.

Congo Bar Bamree Pun Sedap!!!


Ni lagi satu menu fresh from the oven Bamree. Its Congo Bar! Potongannya seperti brownies tapi rasa dia ya ampunnnn.. Dari luaran tu Gee sangkakan coklat ada kat bahagian atas saja tau! Jakun Sis Gee ni sebab tak pernah berkenalan dengan Congo Bar. Kuikuikui. Bila dah mula gigitan pertama, terus macam WOW!! Sedap gila bila ada choc melting in my mouth!!! Ye korang, setiap gigitan dengan coklat mencair dalam mulut. Serius kali ni terpaksa curang jap dengan brownies. Haha!

Lagi Produk Bamree Yang Sedap!

Banyak jugak produk Bamree nih. Bukan sahaja brownies dan congo bar sahaja tau! Ada banyak lagi sebenarnya! No wonder lah soon Bamree mengimpikan nak buka sebuah cafe santai - santai. Memang menu - menu dari Bamree ni sangat sesuai kalau makan sambil sembang or lepak dengan family, kengkawan, boyfriend, girlfriend..

⬥ Chicken Mango

Snacking dengan Chicken Mango memang terbaik! Gee baru je merasa Chicken Mango Bamree ni. Rasanya manis buah mempelam, tambah dengan rasa masam manis sos, pedas potongan cili, dan rasa segar dengan hirisan sayur. Pastu makan sekali dengan potongan isi ayam. Perghhh!!


Ni kalau nak makan petang atau snacking sambil - sambil buat kerja mesti best! Dan kalau nak diet, nak makan salad yang mengenyangkan, korang boleh cuba Chicken Mango ni! Kenyang oi!

⬥ Frambozen Kenari


Pertama kali tahu nama sebenar dessert ini, rasa macam tersalah dengar. Apa? Kenari? Bozen? Frambozen? Hahahahaha! Frambozen Kenari ni Gee tak sure asal mana, mungkin Italy, mungkin Paris, mungkin Lombok? Entah. Haha! Nak sedap, kena makan fresh fresh from the oven. Layer bawah ada seperti kek, pastu ada krim, pastu ada rasa masam manis jem strawberry mungkin, pastu ada taburan kacang almond di bahagian atas.


Sedap juga Frambozen Kenari ni. Kalau korang bukan penggemar kek coklat, mesti korang lebih suka Frambozen Kenari. I guess!

Tempahan Dibuka dan Boleh COD Sekitar Kuala Terengganu!

Selain daripada menu - menu yang Gee dah cuba tu, korang pun boleh tempah menu lain jugak! Ada kek birthday, cup cakes, Pandan Layer Cake, Victoria Sandwich Cake, dan banyak lagi jenis kek korang boleh request! Yang pasti semuanya di buat hanya menggunakan bahan premium berkualiti dan dijual pada harga yang berpatutan.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, korang boleh klik pautan social media Bamree di bawah ini wokeh!


013 946 0211

#BamreeSignature
#BrowniesPremium
#CongoBar
#KualaTerengganu
#reviewbysisgeedotcom


You Might Also Like

13 komen

  1. Terliur pulak tgk entry makanan ni malam2 hehehe..nnti bolehlah rabia contact no kt situ klu nk order nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rabia..sedap pulok tu..nanti bole minta cod je..hehe

      Delete
  2. menyelerakan ni.. blh try order ni..

    ReplyDelete
  3. Uiii sedapnya pemanis mulut... Nanti boleh try order ni

    ReplyDelete
  4. nanti aku g nih, ak nk se congo bar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahah! done sampaikan order mu..kahkahkah

      Delete
  5. kite penggemar.. tapi bulan ni is no no for sweet food. sebab kite tengah berdiet :P hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakkk ada yang diet!! tengok je eh..hihihih

      Delete
  6. im craving fr something sweet nowww!!!!

    ReplyDelete
  7. Alahaiiii lapar tertiba tengok benda ni hahaha

    ReplyDelete