BEAUTY

Kulit Bebas Jerawat Dengan Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

June 12, 2019
Kulit Bebas Jerawat Dengan Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Jerawat? Kulit kusam? Nak sapu bedak jadi bertompok? Semua itu adalah berpunca daripada kulit yang dilanda masalah jerawat, kulit kering, dan juga kulit berminyak. Kalau korang nak tahu, sebelum kita guna apa - apa produk penjagaan wajah, perkara asas yang perlu diketahui adalah produk yang bebas kimia atau tidak.

Produk yang mengandungi bahan kimia akan menjadikan kulit korang lebih buruk daripada sepatutnya. Konon nak cantik segera, sehinggakan sanggup mengeluarkan belanja ratusan ringgit. Namun, tak sampai 7 hari kulit terus berubah menjadi lebih berminyak dan berjerawat!! Gerun kot! Nanti berparut pula! Sudah!


Bukan Sis Gee nak takutkan awak semua. Cuma sebagai peringatan agar awak semua lihat dahulu maklumat lanjut setiap produk yang awak nak beli di pasaran. Kalau malas nak survey, meh baca review produk pencuci muka yang Gee dah amalkan lebih sebulan ini. 


Aloe AC Clean Bubble Cleanser Produk Keluaran Hansaegee Nature Terbaik Untuk Kulit Berjerawat


Sebelum ini, Gee pernah review CC Cream dari Hansaegee Nature di Blog Sis Gee ini. Korang boleh baca kat SINI . Kali ni Gee nak share satu pencuci muka best keluaran Hansaegee Nature ni jugak. Untuk pengetahuan korang, Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan pelbagai lagi produk keluaran Hansaegee Nature diperbuat di Korea. Bahan - bahan yang dipilih pula adalah terdiri daripada bahan - bahan semulajadi yang selamat untuk kulit kita. Sebab itu kalau tengok kulit muka wanita Korean, kagum dengan kulit mereka yang bersih walaupun tanpa sebarang solekan. 



Bila dapat tahu Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini diperbuat daripada bahan semulajadi, makanya makin berkobar - kobar Gee nak mencuba sendiri. Masalah kulit muka Gee adalah kulit kering dan jerawat sekitar dahi dan pipi. Kulit kering akan membuatkan bedak bertompok dan muka rasa tak best.

Ketahui Ramuan Semulajadi Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Penting tau untuk ketahui ramuan di dalam setiap produk yang korang nak guna. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini diformulasikan daripada 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Ramuan utama Aloe AC Clean Bubble Cleanser pula adalah menggunakan Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil.


Dua bahan utama ini sememangnya bahan semulajadi terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil sangat baik untuk kulit bagi membantu mengatasi masalah jerawat, jeragat, memudarkan parut serta memberikan kulit wajah yang lebih sihat.

Rawat Jerawat Dengan Cepat Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Ramuan utamanya Tea Tree Oil menjadikan kulit bebas jerawat dengan cepat. Bukan itu sahaja tau! Ada banyak lagi manfaat Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Antaranya adalah :

◈ Membantu mengawal minyak pada wajah.
◈ Memberikan kelembapan pada kulit.
◈ Menanggalkan kotoran di wajah.
◈ Merawat masalah jerawat.
◈ Mengatasi bakteria pada kulit yang menyebabkan jerawat.
◈ Melembutkan dan menghaluskan kulit.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit. Tidak kira korang mempunyai kulit kering, berminyak atau kombinasi. Amalan mencuci muka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser akan seimbangkan ph muka kulit korang. Best kan?

Suka Tekstur Cleanser Berbentuk 'Foam' Yang Gebu



Menariknya adalah Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini bukan dalam bentuk cecair atau krim atau scrub. Teksturnya adalah dalam bentuk 'foam' apabila korang pump keluar untuk digunakan. 'Foam' ini sangat lembut pada kulit dan terasa sangat best!

Lihat video cara penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser kat bawah ni.


Cara penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser :

1. Basahkan muka dan tapak tangan.

2. Pump Aloe AC Clean Bubble Cleanser pada tapak tangan.

3. Urut muka perlahan - lahan dengan buih daripada Aloe AC Clean Bubble Cleanser secara lembut dan pergerakan secara membulat.

4. Bersihkan muka dengan air yang bersih.

Apa Komen Sis Gee?




Selain tekstur buih yang gebu itu, Gee suka baunya yang sangat menyegarkan pada kulit wajah. Apa yang Gee perasan, jerawat cepat mengecut! Tak perlu nak merana berhari - hari dek kerana Miss J yang singgah itu. Bila dah cuci muka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, kulit takde rasa tegang semacam. Malah terasa kulit lebih bersih dan lebih lembut. So kalau korang yang mempunyai masalah kulit jerawat, berminyak, kulit kering dan sebagainya, Gee sangat recommendkan korang cuba sendiri Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini.

Nak Beli Kat Mana?

Bagi korang yang berminat nak mencuba sendiri, urusan pembelian boleh dilakukan di laman web Hansaegee Nature atau boleh hubungi mana - mana contact kat bawah ini.



Harga : RM 65 ( 150ml )









You Might Also Like

2 komen