BLOGGER

Kenapa Blog Berhabuk / Bersawang???

June 25, 2019
Kenapa Blog Berhabuk / Bersawang??? Tajuk itu sebenarnya sudah ditujukan kepada si penulis itu sendiri. Hahahahaha! Maafkan beliau ye. Setiap blogger mempunyai alasan mereka sendiri yang menyebabkan blog sepi tiada entry. Kalau setahun sepi, tu dah macam nak kena masuk icu dah tu. Tapi kalau nampak sepi seminggu dua tu, mungkin blogger tersebut mengalami masalah kesihatan atau urusan yang lebih penting yang perlu diselesaikan.


Sis Gee ni bukanlah blogger lama yang otai. Blog lama dulu buat 10 tahun lepas kot! Sebelum si sulong lahir. Sulong pun dah umur 9 tahun dah pun. Cuma ketika itu, takde kawan dalam blog maka terjadilah blog syok sendiri takde arah tuju. Hahahahaha! Kemudian bermula serius balik sejak Ogos 2017. Masa tulah lahirnya domain Sis Gee Dot Com ini. Kisah kelahiran domain ni, ada di entry awal - awal dulu, korang scroll cari eh kalau nak baca. Hihi. 

Kat sini Gee cuma nak merepek, kenapa blog seseorang blogger itu sunyi dan sepi. Haaa joms lihat kebarangkalian yang ditulis daripada pengalaman diri sendiri. Haha!

Kenapa Blog Berhabuk / Bersawang???

#1 Blogger Seorang Pelajar Yang Sibuk Dengan Homework / Assignment


Ramai juga blogger yang masih bersekolah dan belajar di kolej / universiti. Maka priority semestinya pada tugasan dari guru / pensyarah. Mereka ni jadikan medium blog sebagai tambahan pendapatan dan juga hobi bagi mengurangkan stress belajar. Ada juga yang suka menulis berkongsi pengalaman dan perjalanan sebagai seorang pelajar. Hakak salute adik - adik dah bijak berblog seawal usia korang. Hehe.

#2 Blogger Seorang Housewife Sibuk uruskan Hal Keluarga


Ini akulah ni! Hahahaha! Ada housewife yang juga buat bisnes online dari rumah. Blog pula hanya untuk bisnes dan hobi. So, kalau blog mereka bersawang tu, percayalah mereka tak redha tu. Jiwa nak update blog, tapi masa mencemburui. Bila selesai urusan memasak, mengemas rumah, badan dah kepenatan. Nak menatap blog pun menguap - nguap. Hahahahha!

#3 Terlalu Banyak Kerja Bertangguh


Jangan tangguh terlalu banyak kerja. Ini pun aku jugak! Kat rumah, kalau nampak baju yang belum berlipat tu menggunung, mood menulis memang kelaut. Idea seperti susah je nak keluar. So, kerja yang tertangguh kena selesaikan dahulu. Kemudian, baru boleh menulis dengan aman dan tenteram. 

#4 Masalah Internet 


Again its me!! Rumah yang baru sewa setahun ni, line dia ya ampun! Sedih! Yang peliknya kat luar rumah helok pulak! Sebab tu kerja update blog jadi lambat dan lambat. Ada juga blogger yang pakai internet prepaid. Bila dah kehabisan kuota, mulalah line menyiput kan. Haha!

#5 Mengalami Kerosakan Laptop

Tidak semua blogger suka update blog dengan telefon pintar. Tidak mencapai kepuasan! Sebab itu ada blog sendu entry sebabnya diaorang mungkin mengalami masalah laptop atau komputer. Kalau tengok list entry yang diaorang plan mesti panjang sebabnya lama sangat peram tak dapat update blog! 

#6 Sibuk Travel 


Ada yang suka update travel terus ke blog. Ada yang suka menikmati percutian dahulu, kemudian akan update di blog selepas balik dari destinasi percutian tersebut. Sis Gee yang mana satu? Personally Gee sangat suka kalau dapat update terus dalam blog bila keluar travel. Namun, komitmen dengan anak - anak dan suami mesti didahulukan, so menjadikan entry travel jadi entry peram jugak. Hahaha!

#7 Blog Mengalami Masalah Coding


Ini paling tak suka tau! Dan Gee sangat berharap Blog Sis Gee tak mengalami masalah coding. Leceh kot!! Ada blogger yang mengalami masalah coding yang menjadikan mood mereka nak update blog pun ke laut dalam. Kesian kan? Huhuhu

#8 Ketandusan Idea
Seorang blogger semestinya kena menulis. Takkan nak masukkan point - point utama sahaja bukan? Haha! Terkadang kalau ketandusan idea, Blog Sis Gee pun jadi ketiadaan entry. On laptop, klik new post. Tapi duk krik krik krik. Shutdown! Hahahahahha!


Walau apa alasan seorang blogger, namun jangan buat yang satu ini! Mencuri idea atau penulisan orang lain. Kalau takde idea, cubalah cari inspirasi. Bukan cari penulisan untuk ditiru. Kesian orang perah idea, masa yang dikorbankan untuk menulis. Tapi, kita senang lenang copy idea mereka. Lainlah korang minta kebenaran dan buat reference sumber mana yang korang ambil tu. 

So korang rasa patut ke isu curi idea untuk hasilkan entry baru di blog? Demi menunjukkan beliau blogger yang aktif menulis walhal penulisan dari orang lain. What say u olls?



You Might Also Like

12 komen

  1. blog sy berhabuk kes malas nk update.. haha..
    tambah lg kalo ketandusan idea..
    kalo dulu rajin skrg sgt malas.. haha

    ReplyDelete
  2. Ketandusan idea tu selalu terjadi.. hehehe

    ReplyDelete
  3. lebih kurang juga dulu buat blog tak ada geng, skrg rajin BW ada geng dah hehehe

    ReplyDelete
  4. Saya dulu masa 2010 rajin tulis blog syok sendiri je hehe. Lepastu busy study segala bagai terus tak update, blog tu masuk icu dah. Start balik menulis last year tu pon tak rajin update sbb busy kerja. Tapi sekarang dah kerja, so boleh la menulis balik :)

    P/S: Tengah ketandusan idea sekarang ni, tak ada idea nak menulis haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa la yg saya merepek ni, nak cakap "Tapi sekarang dah tak kerja, so boleh la menulis balik" tertinggal perkataan dah TAK kerja 😅

      Delete
  5. yezzah semua sebab sebab di atas tepat sekali! hahaha. lagi lagi kalau ada benda yang lebih penting/ priority kan.


    jemput join segmen blog saya yang terbaru :D

    ReplyDelete
  6. kena istiqamah la. mcm abe kie konsisten update 3 entri seminggu. biasanya mengadapa laptop pd hujung minggu. update 3 entri terus sambil balas komen kwn2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the tips. Boleh try jugak ni update banyak teruskan 🙂👌🏻

      Delete
  7. I pun ada blog syok sendiri, lupa dah nama apa. hehe.. betul tu jgn curi penulisan org lain, tapi baca dan jadikan inspirasi untuk menulis tak pe..mcm i, baca post ni, sebab nak cari inspirasi menulis

    ReplyDelete
  8. Blogger yang jatuh sakit contoh koma 3 tahun. Memang bersawang dan berhabuk tebal blog tu.

    ReplyDelete
  9. saya punya bersawang sbb sibuk meniaga Hai O beberapa tahun lepas...hahaha

    ReplyDelete
  10. Blog i syok sendiri.. Semua di atas ada yg terkena hahaha

    ReplyDelete