HOMESTAY REVIEW

Homestay Melayu 3 Bilik di Tanah Rata, Cameron Highlands

June 22, 2019
Homestay Melayu 3 Bilik Cameron Highlands | Bestnya kalau setiap bulan dapat pergi Cameron Highlands. Lagi best kalau dapat beli sebuah apartment di sana dan boleh datang bila - bila masa sahaja. Eh! Terberangan pulak! Berangan tidak salah, kata - kata ibarat doa, mana tahu dimakbulkan nanti. Hehe. Gee bukan apa berangan tu, cuma kalau bercuti di Cameron Highlands mesti nak cari penginapan yang selesa dan bersih. Anak - anak ramai, maka banyak faktor nak dipertimbangkan. Hehe.


Antaranya adalah keselamatan tempat penginapan, kemudahan extra toto / tilam, keluasan penginapan yang sesuai, kemudahan yang diperlukan serta harga yang berpatutan. Tambah pula cuaca di Cameron yang sejuk, maka penginapan yang selesa pasti memberi bonus untuk anak - anak kecik supaya diaorang dapat berehat dengan selesa dan bermain dengan baik.


Bulan puasa yang lepas, Gee dan family sempat weekend getaway ke Cameron Highlands. Semuanya berkebetulan dengan urusan keluarga. Gee ada buat sharing di IG & FB gambar homestay penginapan kami. Dan ramai juga yang bertanyakan details harga serta lokasi homestay berkenaan. So, ni baru sempat buat sharing kat blog. Kalau ada merancang nak ke Cameron Highlands, boleh pertimbangkan homestay yang Gee dah menginap satu malam ini!

Marissa Homestay 2 | Homestay Melayu Bersih dan Murah


Pertama kali masuk Marissa Homestay 2, Gee terus terpegun dengan dekorasi di dalam homestay. Semestinya kalau kita check in homestay ataupun hotel, persepsi pertama adalah dekorasi! Kemudian kita akan periksa kebersihan pula! Hehe! Syukur, bonda Gee pun tertarik dengan Marissa Homestay 2 ini. Haa kalau bawak mak-mak ni, mestilah nak cari penginapan yang selesa dan bersih. Dan kalau mereka senyum meleret tu, tandanya menepatilah tu citarasa mereka! Hehe!

Mempunyai 3 Bilik Beserta 2 Bilik Air


Bilik Tidur Utama
Marissa Homestay 2 mempunyai 3 buah bilik dan juga 2 bilik air di mana satu bilik air berada di dalam bilik tidur utama. 2 buah bilik dilengkapi katil bersize double manakala 1 bilik lagi mempunyai 1 katil single. Size bilik cukup selesa kerana mempunyai ruang untuk meletakkan beg serta ruang solat.

Bilik Tidur Ke Dua
Bilik Tidur Ke Tiga
Dilengkapi Pelbagai Kemudahan dan Kelengkapan



Ruang tamu dan ruang makan di asingkan dengan tirai yang cantik. Jangan risau sebabnya itu hanyalah dekorasi sahaja. Kalau datang ramai, tirai langsir boleh diikat dan menjadikan ruang lebih luas untuk bentangkan toto. Owh! Toto, bantal dan selimut extra juga digunakan! Selain itu, Marissa Homestay juga mempunyai kelengkapan dapur untuk memasak, cerek elektrik, water heather, seterika, sejadah, sepasang telekung, peti sejuk, serta televisyen.


Yang paling anak - anak Gee suka adalah ruang beranda yang sangat selesa! Yang penting, beranda di pasang gril bagi memastikan keselamatan para tetamu di homestay ini. Ruangan beranda sangat cantik dan santai dengan adanya meja kopi beserta 2 kerusi. Gee berangan nak mengopi dengan incik suami, namun anak - anak pulak jadikan jajahan mereka dengan buat aktiviti mewarna. Haha!


Kemudahan Di Sekitar Homestay 

Kalau korang menginap di Marissa Homestay, ia ibaratkan korang menginap di sebuah pekan yang serba lengkap. Turun sahaja lift siap ada dobi layan diri. Bersebelahan dobi ada pula kedai runcit. Selain itu, ada banyak restoran termasuklah restoran nasi kandar, steamboat, warung biasa dan juga restoran yang lain. Kedai runcit pula bukan satu je tau! Ada banyak kot! Siap ada salon dan kedai toys! Hahahahah! Semuanya di bangunan apartment Marissa Homestay 2 dan berhampiran.

Lihat Video Marissa Homestay 2 dan kemudahan yang ada di sekitar homestay :


Pengalaman Bercuti di Cameron Highlands Ketika Bulan Puasa

Kami sampai ke Cameron Highlands dah petang. Selesai solat Asar di homestay, kami terus ke bazar Ramadhan di Tanah Rata yang bersebelahan dengan Restoran Taman Apple Cameron. Kat bazar ni rasanya semua orang melayu yang menjual. Berbeza kalau di Pasar Malam ada pelbagai bangsa yang berniaga. Masa agak suntuk dan kami beli je makanan apa yang menarik untuk berbuka. Sempatlah berbuka di homestay.

Bazar Ramadhan Bersebelahan Restoran Taman Apple Cameron, Tanah Rata, Cameron
Untuk aktivti malam kami tak pasti samada pasar malam buka ke tak untuk bulan puasa. So daripada memerap, bonda pun on untuk keluar. So, sampai di tapak pasar malam, nampak kemeriahan lampu penjual namun kesesakan kereta dan manusia memang lengang! Sangat berbeza dengan kunjungan kami sebelum ini.


Best kot sebab parking sangat mudah! Lagi best semua makanan sangat murah!! Biasa strawberry coklat tu sebekas RM5 tau! Tapi kalini RM10 dapat 3 bekas. Buah strawberry tak payah cakap lah! Satu tray penuh tu belas - belas ringgit je. Hahahahahaha! Kami macam teruja dan menahan nafsu untuk memboros! Hahahahahah!


Keesokannya, kami dah bersedia untuk memborong di Kea Farm. Sebelum balik, wajib singgah di Kea Farm. Dan semestinya bulan puasa semua jadi murah disebabkan kekurangan pengunjung di Cameron Highlands. Sayur RM10 dapat 7 ke 8 paket. Strawberry semua lelong belas belas ringgit. Memang kami beli banyak untuk berikan pada family yang lain. Cuma rasa strawberry ni sedikit masam bila dan kena dengan suhu kita kat bawah ni. Kalau makan kat atas Cameron Highlands tu, memang bestlah tak masam sangat. Kalau yang petik, makan fresh tu lagi sodap!! Terasa lemak manis masam strawberry. Hihi. (Telan air liur jap)

Nak Bercuti di Cameron Highlands Jadi Pengalaman Yang Best?

Kalau nak pengalaman yang best bila bercuti di Cameron Highlands, korang kena elak daripada datang ketika cuti umum atau cuti sekolah. Kalau weekend biasa pun okay sebab crowded under control lagi. TAPI! Kalau cuti umum walaupun cuti umum sehari sahaja, memang sah dan comfirm Cameron Highlands akan penuh sesak. So, harga barang akan mahal. Dan juga harga penginapan akan lebih tinggi.


Pengalaman korang akan lagi best kalau dapat stay di homestay yang cukup selesa, tenang, mendamaikan dan mestilah bersih! Semestinya Gee recommendkan Marissa Homestay 2 ini. Homestay cantik, kemas, lengkap dan bersih! Harga pun murah dan berbaloi - baloi!

Harga :

Weekdays : RM 200 / night
Weekend : RM 250 / night
Public Holiday : RM 280 - RM 300 / night


Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi :

FACEBOOK | INSTAGRAM | MAPS

Call / Whatsapp : 019 447 3176 ( Puan Nura )







You Might Also Like

8 komen

  1. okay i have to look at this nnt

    ReplyDelete
  2. Saya biasanya menginap di hotel kalau ke CH. Tak pernah lagi sewa homestay. Tapi dah lama tak ke sana.

    ReplyDelete
  3. aamiin moga termakbul cita-cita nak ada rumah kat Cameron, senang aku nak datang ahhaha

    ReplyDelete
  4. terima kasih sis gee atas perkongsian ni..insya'Allah boleh rekemen kat kawan2 or family kalo ada yang nak ke sini pada masa akan datang

    ReplyDelete
  5. dah 7 thn x ke CH. Teringin sekali nak ke sana lagi.

    ReplyDelete
  6. Kami dok plan nak p tanah rata nuuuuu tahun dpan.. Yay.. boleh la kot amik homestay ni nt.. kena selalu mai godek2 blog gee la pasni.hehe. btw rin follow sini.. Jom follow back blog rinazul.com

    ReplyDelete