Althea A'Bloom Review | Product K Beauty Dari Korea

by - June 30, 2019

Althea A'Bloom Review, Product K Beauty Dari Korea | Sebut sahaja Korea, K Pop dan K Beauty, ramai sudah terbayang kulit - kulit orang Korea yang mulus dan bersih. Baru - baru ini Gee berkesempatan untuk mencuba produk keluaran terbaru daripada Althea. Untuk korang yang baru pertama kali mengetahui brand Althea ni, jom Gee kongsikan sedikit info untuk korang.


Althea ni adalah brand produk kecantikan daripada Korea. Semua produk diperbuat, diformulasikan dan dikilangkan di sana. Malah, urusan pembelian hanya boleh dilakukan dari lama web Althea dan produk yang di order akan dipos terus dari Korea. Antara produk K Beauty yang best dari Althea adalah meliputi produk penjagaan wajah, penjagaan rambut, rangkaian produk make up dan banyak lagi!

Kali ni, Gee nak kongsikan collection terbaru dari Althea iaitu Althea A'Bloom Collection. Jom Gee share apa yang ada dalam Althea A'Bloom Collection ini.

Althea A'Bloom Collection



Moisturizing Watermelon Mask



'Water - Me - Long' sudah memberitahu yang mask ini berfungsi untuk mengekalkan lembapan pada wajah. Seharian di luar rumah dengan cuaca yang panas atau 12 jam di dalam bilik yang ber 'aircond' pasti buatkan kulit korang kering dan terhidrat. Ekstrak tembikai dan lavender di dalam A'Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet ini akan memberi kesan yang baik pada kulit yang kering.

Skin Type : All Skin Types ( Great For Combination Skin )
Price : RM18.00 (10 sheets)

Nourishing Avocado Mask


'Avo - Cuddle - Me' dapat memberikan korang kulit yang lebih muda! Nourishing Avocado Mask Sheet ini kaya dengan antioksidan yang dapat melindungi kulit daripada kotoran serta mengurangkan kedutan pada wajah. Ekstrak avocado dan bunga raya akan menjadikan kulit lebih lembut dan sihat.

Skin Type : All Skin Types ( Great For Dry Skin )
Price : RM18.00 (10 sheets)
Brightening Lemon Lime Mask


'Sparkle - Me - Bright' akan mengembalikan warna kulit asal korang yang lebih cerah dan bersih. Brightening Lemon Lime Mask kaya dengan vitamin C yang diperoleh daripada ekstrak lemon dan limau nipis. Ia akan membantu menghilangkan bintik - bintik hitam pada wajah serta memberikan kulit yang lebih sihat.

Skin Type : All Skin Types ( Great For Combination Skin )
Price : RM18.00 (10 sheets)

Anti Blemish Peach Mask


'Ac - Me - Peach' sangat bagus dan membantu korang yang mengalami masalah kulit yang sensitif. Malah, untuk kulit yang berjerawat juga sangat bagus! Ini kerana Anti Blemish Peach Mask Sheet ini mengandungi ekstrak peach dan tea tree oil yang dapat membantu mengawal minyak serta mengimbangan kelembapan pada kulit wajah.

Skin Type : All Skin Types ( Great For Oily Skin )
Price : RM18.00 (10 sheets)

BHA Blackhead Blaster


BHA Blackhead Blaster ni sangat best tau! Ia dapat membantu membuang segala blackhead, whitehead dan kulit mati secara semulajadi. Ia berbentuk stick dan bersize kecil sangat mudah untuk di bawa travel. So sekarang dah boleh say goodbye to blackhead! Hehe.

Skin Type : Oily & Combination Skin
Price : RM19.00

Giant Meringue Puff


Ni bukan sejenis kuih tau!! Giant Meringue Puff ini adalah span yang sangat lembut dan gebu. Korang boleh guna samada basah atau kering. Kalau dah dap dap foundation tu, korang boleh guna Giant Meringue Puff ni untuk meratakan foundation keseluruh wajah korang.

Price : RM11.00

Baby Meringue Puff


Baby Meringue Puff bersize lebih kecil daripada Giant Meringue Puff. Tekstur span yang sangat lembut memang sangat best bila guna pada kulit wajah. Baby Meringue Puff sangat sesuai untuk meratakan foundation di sekitar hidung dan mata. Sapuan foundation akan nampak lebih sekata!

Price : RM15.00

Apa Kata Sis Gee Setelah Mencuba Althea A'Bloom Collection?

Apa yang paling Gee suka Althea A'Bloom Collection ini adalah Watermelon Mask!! Kulit Gee kategori kulit kering tau. Tambah kering kalau travel, tidur dalam aircond atau road trip! Bila ada mask yang boleh membantu melembapkan kulit wajah ni, Gee terus excited untuk cuba! Dan memang ternyata kesan selepas cuba Watermelon Mask Sheet ini sangat bagus untuk kulit kering.


Kedua, Gee sukakan BHA Blackhead Blaster since blackhead memang banyak kat hidung, dahi dan bawah bibir. Tangan ni pulak gatal je nak kutil buang sendiri. Tapi bila Gee cuba BHA Blackhead Blaster ni, kulit sekitar hidung rasa lagi best dan licin. Sangat recommended lah! 

Ketiga, Gee suka Baby Meringue Puff!! Sangat comel tapi magicnya ya ampunnn! Bila nak ratakan foundation sekitar mata, hidung dan bibir, Baby Meringue Puff sangat membantu! So, foundation akan nampak lebih sekata!


Thank you Althea for the awesome products!! Korang pun nak mencuba boleh jugak. Nanti korang pun akan dapat box yang cantik tau dari Korea! So, kalau korang berminat Althea A'Bloom Collection ni boleh terus order di https://my.althea.kr/exclusive-brands/a-bloom 💗

#Butterflymsia
#AltheaKorea
#AltheaAbloom
#reviewbysisgeedotcom












You May Also Like

7 komen