VIRAL

VIRAL | KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

May 01, 2019
Viral! Kemampuan Lelaki 3 Jari Ini Buat Ramai Rakyat Malaysia Menangis | Selamat Hari Pekerja buat semua!!! Bersempena hari cuti hari ni, Gee nak share satu kisah inspirasi buat semua yang selama ini masih berfikir dan termenung memikirkan masa depan mereka.

Gee turut sama terkesan dengan video dan luahan rasa lelaki ini yang telah pun viral di media sosial. Sangat kagum dan terinspirasi apabila beliau yang berstatus OKU pun boleh berjaya membantu orang di sekeliling beliau. Jom ikuti perkongsian kisah hidup Khairul Nizam, Pengasas Jamumall.


Jom baca luahan hati Khairul Nizam...


Diusia 30... Dengan keadaan cacat.. Aku bersyukur dengan kehidupan.. Aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn Bhd, dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli apa yang aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai.. Yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari... 


Bukan nak riak... Tapi aku tau ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi mcm aku, nak banyak duit macam aku, nak bahagiakan family mereka macam aku.. Tapiii adakah mereka sekuat aku?? 

Lihatlah aku... 


Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. Makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat, dan tidur perlu dijaga, bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian . 


Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun!!! Ada ketika saya rasa sangat terkesan bila ada ketika bila saya haus, lapar, penat, tiada orang disisi.. Tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yang nak aku buat .. 


Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar.. Kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ... 


Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bila ada cabaran!! 

Ramai cuba memilih untuk kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan menganggur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah.. Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu... Aku sedih!!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka... 


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur.. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-sia kan, aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang-orang disekeliling aku.. 


Kini aku sedar.. untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.. 


Dan semua value yang ada dalam diri aku akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat, dan berjaya!!! 

Akhir kata... Kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling.. anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kita je mampu ubah diri kita!!


Setelah mengetahui perjalanan hidup beliau yang sukar dari segi mental dan fizikal, menipulah kalau Gee boleh berlagak biasa. Sangat terkesan dan terinspirasi untuk menjadi yang lebih baik bukan hanya merungut dengan kesusahahan yang datang.

Semoga beliau terus berjaya dan memberi inspirasi untuk semua masyarakat di seluruh dunia. Untuk korang yang ingin mengenali Khairul Nizam dengan lebih dekat lagi, boleh follow beliau di :





#Nizam3Jari
#Jamumall

You Might Also Like

3 komen

  1. Kan gee.. Terkesan sangat.. Huhu..

    ReplyDelete
  2. Sedih tapi dalam masa sama sangat terinspirasi

    ReplyDelete
  3. kita kena bangkit, kalau down je kena ingat khairul nizam ni

    ReplyDelete