EVENT

Seminar Motivasi Bersama Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah | Anjuran McDonald's Bersempena Hari Guru 2019

May 16, 2019
Seminar Motivasi Bersama Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah, Anjuran McDonald's Bersempena Hari Guru 2019 | Bersempena Sambutan Hari Guru yang diadakan baru - baru ini, satu seminar motivasi guru telah diadakan bersama Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah di Kuala Terengganu. 


Selain itu, wakil - wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah turut hadir bagi memberikan sokongan program seminar yang diadakan. Dewan juga dipenuhi dengan wakil - wakil sekolah dan guru - guru yang sudi meluangkan masa memeriahkan lagi program seminar bersama DMFK.


Seminar motivasi bersama DMFK telapun memasuki tahun ke-4 dan ia dianjurkan oleh McDonald’s bersempena sambutan Hari Guru 2019. Seminar motivasi tersebut diberi tajuk “Guru Sebagai Adiwira”. Dengan kerjasama tokoh motivasi terkenal tanah air, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah, diharapkan majlis ilmu yang telah diadakan mampu menyuntik semangat baru dan meningkatkan lagi motivasi guru untuk terus komited ke arah membangunkan dan mengembangkan lagi potensi diri pelajar.


Bagi pihak McDonald’s Malaysia, selain menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial, penganjuran seminar motivasi ini adalah tanda penghargaan McDonald's kepada jasa guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Semoga dengan usaha kecil mereka ini, mampu membantu guru-guru untuk mewujudkan impak yang lebih besar lebih-lebih lagi dalam membentuk generasi muda yang cemerlang, yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara kelak.


Untuk pengetahuan semua, tahun ini, seminar motivasi seumpama ini diadakan di 10 lokasi lain di seluruh negara. Bukan itu sahaja, sejumlah lebih 270 restoran McDonald’s di seluruh negara juga turut mengadakan majlis sambutan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti menarik melibatkan guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah yang berdekatan dengan lokasi restoran.


Selain itu, McDonald's juga melaksanakan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s yang memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia mencalonkan dan berkongsi kisah inspirasi tentang guru kesayangan mereka. Anugerah ini diberikan kepada 25 orang guru bertuah dengan kisah inspirasi paling menarik, dimana mereka bakal memenangi hadiah wang tunai bernilai RM5,000 manakala pencalonnya pula bakal menerima baucar McDonald’s bernilai RM200. Pemenang Anugerah ini bakal diumumkan pada bulan Mei ini bersempena sambutan Hari Guru.


Sambutan Hari Guru pada tahun ini merupakan sambutan terbesar yang pernah diadakan oleh McDonald’s. Hal ini kerana, dari 16 hingga 20 Mei 2019, lebih 420,000 guru di Malaysia berpeluang untuk menebus baucar hidangan percuma McDonald’s di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh Malaysia.


McDonald’s amat prihatin terhadap peranan guru-guru di Malaysia dalam membina negara bangsa dan membentuk modal insan masa hadapan. 

McDonald's mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis Seminar Motivasi bersama DMFK. 

#McDonaldsKualaTerengganu

#McDonaldsMalaysia

You Might Also Like

6 komen

  1. bestnya gee, untung mu bleh dgr live dia cramoh

    ReplyDelete
  2. Wah hebat McDonald's..Guru sebagai superhero tuu.. nice

    ReplyDelete
  3. Woww gee... bestnya. Seronok dengar dia bagi motivasi. Memang tak jemu-jemu

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Memang minat betul DFK bagi ceramah.

    ReplyDelete
  5. bestnya.. pernah attend sekali talk Dato..
    seronok =)

    ReplyDelete