Royal Guest House Kota Bharu | Penginapan Murah Termasuk Sarapan

by - May 07, 2019

Royal Guest House Kota Bharu, Penginapan Murah Termasuk Sarapan | Negeri Kelantan sangat sesuai untuk korang yang suka Jalan - Jalan Cari Makan. Kalau ke Kelantan, korang mesti spend at least 2 hari 1 malam untuk explore apa yang best di sini. Kalau rasa macam tak sempat, apakata korang cari penginapan hotel yang strategik dengan semua tempat best - best di Kota Bharu, Kelantan. So nanti boleh jimat banyak masa dan tenaga untuk trip JJCM korang nanti!


Nak cari hotel selesa, murah dan strategik di Kota Bharu? Ada ke? Mestilah ada!! Gee sendiri dah menginap 2 hari 1 malam di hotel ini. Royal Guest House Kota Bharu merupakan hotel yang selesa dan murah untuk anda menginap di Kota Bharu, Kelantan. Kenapa murah? Jom Gee kongsikan selanjutnya dalam entry review hotel kali ni.

Royal Guest House Kota Bharu | Murah, Selesa & Strategik

Baru - baru ni Gee dan keluarga ke Kota Bharu. Kebetulan hujung minggu tu blogger Mek Yunie pun free. So, Mek Yunie recommendkan untuk kami stay di Royal Guest House Kota Bharu. Yes! Walaupun Mek Yunie sememangnya orang Kelantan, dia dan family pun nak staycation dengan kitaorang. Best sesekali staycation ni! Boleh lari dari rutin biasa dan bagi mood baru untuk anak - anak. Hehehe.


Seperti biasa, waktu check in adalah jam 2 petang. Memandangkan Gee check in hari khamis dan hari bekerja so Gee & family check in dulu. Mek Yunie & family check in selepas balik kerja. Sampainya di Royal Guest House Kota Bharu, kagum juga dengan senibina hotel ni.

Korang boleh tengok view depan hotel dalam video Gee kat bawah ini.


Bilik Serendah RM98 Sahaja Termasuk Sarapan


Dengan harga bilik serendah RM98 satu malam, korang juga akan diberikan breakfast percuma untuk 2 orang, dan juga wifi percuma di dalam bilik. Kemudahan bilik juga disediakan sejadah, pemanas air, tuala, coffee & tea, kettle, iron serta televisyen.


Harga Murah Sekali Sarapan Percuma Untuk 2 Orang



Bonus kalau dapat staycation dah tak perlu fikirkan tempat untuk sarapan pagi. Bagi setiap penginapan di bilik Royal Guest House Kota Bharu, akan diberikan 2 sarapan percuma. Kalau dah nama Kelantan semestinya sarapannya adalah nasi berlauk!! Jangan risau, menu lain pun ada seperti mee goreng, keropok, roti bakar, fries, nugget, buah, air sejuk dan juga air panas. Keadaan cafe pun selesa dan sesuai juga dijadikan tempat bersua dengan rakan atau bisnes partner.

Tempat Menarik Berhampiran Royal Guest House Kota Bharu

Gee suka cari hotel yang mudah untuk kita tuju seperti tempat makan, tempat menarik serta kemudahan - kemudahan yang lain. Untuk pengetahuan korang, stay di Royal Guest House Kota Bharu, korang  boleh berjalan kaki je untuk akses tempat - tempat menarik yang wajib singgah di Kota Bharu. Memang mudah sebab tak perlu keluarkan kereta dan drive pastu nak fikir parking lagi!

Pasar Besar Siti Khadijah

Sumber Gambar : Google
Kalau ke Kelantan, tak pergi Pasar Siti Khadijah memang rugilah kan. Kat Pasar Siti Khadijah ni ada banyak sangat makanan tradisi Kelantan seperti kuih muih, etok, pelbagai jenis kacang rebus, dan pelbagai lagi makanan tradisi di Kelantan. Kalau nak shopping telekung, batik, sutera dan tudung, di sinilah syurga membelah belah di Kelantan! Tapi korang kena pandai tawar menawar baru dapat murah. Hihi.

Restoran Nasi Ulam Cikgu


Sumber Gambar : Google
Hanya terletak berhadapan dengan Royal Guest House Kota Bharu, semestinya memudahkan korang untuk mencari restoran makan tengahari di Kota Bharu. Untuk pengetahuan korang, Restoran Nasi Ulam Cikgu ni antara signature Negeri Kelantan yang mesti singgah. Restoran Nasi Ulam Cikgu memang terkenal dan viral dengan hidangan makan tengahari yang pelbagai jenis pilihan lauk pauk serta semestinya ulam - ulaman yang segar bugar.

◉ Kopitiam Meletop


Nak breakfast atau minum pagi roti canai atau nasi kerabu, korang boleh berjalan kaki je ke Kopitiam Meletop ni. Gee, Mek Yunie dan family sempat minum pagi di Kopitiam Meletop ni dan blogger Along Misuari pun join sama. Bila berjumpa sesama blogger, mestilah nak cari port mengopi yang selesa dan semestinya Kopitiam Meletop adalah port yang paling sesuai dengan size kedai yang besar serta ruang makan yang selesa.



◉ Warung Pak Mat Pulau Pisang


Gee dah dua kali berkunjung ke Warung Pak Mat Pulau Pisang ni. Menu tersohor di sini adalah Teh Tarik Madu yang super duper sedap bangat wei!! Yang Gee dah cuba di Terengganu, masih tak boleh lawan Teh Tarik Madu Pak Mat Pulau Pisang punya. Harga segelas tanpa aiskrim RM5, manakala dengan aiskrim RM10. Macam mahal, tapi bagi Gee berbaloi dengan kesedapan yang tidak dapat merasa di tempat lain. Kalau menginap di Royal Guest House Kota Bharu, perjalanan tak sampai pun 15 minit untuk ke Warung Pak Mat Pulau Pisang ini.

Nikmati Percutian di Kota Bharu Dengan Penginapan Selesa di Royal Guest House!!



Recommend ke tak? Semestinya highly recommendation untuk korang yang nak explore Kota Bharu dengan lebih dekat lagi. Ada banyak tempat menarik yang ada di sekeliling Royal Guest House Kota Bharu ni dan korang boleh berjalan kaki sahaja!! Kalau nak info lanjut, korang boleh terjah pada pautan link yang Gee sertakan di bawah ini okey!



Hubungi : 09 - 743 0008

#RoyalGuestHouseKotaBharu
#sisgeejalanjalan









You May Also Like

3 komen