Larian Jubli Emas SMK Seri Budiman, Kuala Terengganu

by - May 24, 2019

Larian Jubli Emas SMK Seri Budiman, Kuala Terengganu | Dah lama rasanya Sis Gee tak join mana - mana larian atau sekarang ni lebih dikenali sebagai Fun Run. Gee perasan, sekarang banyak juga badan - badan yang menganjurkan larian beramai - ramai ini. Menariknya, semua yang menyertai akan di berikan sijil penyertaan dan juga medal. Medal pula ada pelbagai bentuk, warna dan design!! Mesti ramai yang join sebab nk kumpul medal kan?

So, untuk korang yang berada di Kuala Terengganu dan sekitarnya, jom join Larian Jubli Emas SMK Seri Budiman! Larian ini berkonsepkan Fun Run bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Seri Budiman. 


Pendaftaran kini dah dibuka sehingga 26 Mei 2019 sahaja! Korang boleh join ajak geng - geng ofis, kawan - kawan sekolah dan juga ahli keluarga yang lain juga. Lagi ramai, lagi meriah! Tapi kalau tak dapat daftar sebelum 26hb Mei, korang boleh je contact urusetia untuk daftar selepas tarikh tutup yang dinyatakan tu. No problem! Hehe.

Kat sini, Gee sertakan butiran lanjut acara larian ini :

Tarikh : 3 Ogos 2019
Hari : Sabtu
Masa : 8 Pagi
Lokasi : Sekitar SMK Seri Budiman
Jarak Larian : 5 km

Ada lagi yang best tau! Pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti korang! Setiap penyertaan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang akan dilakukan pada hari larian itu nanti. Antara hadiah cabutan adalah smart phone, powerbank, pelbagai barangan elektrik dan juga hamper.

Trek Larian

Mesti korang nak tahu berapa yuran pendaftaran yang dikenakan pulak. Yuran pendaftaran adalah seperti berikut :

► RM 30 : Pelajar Sekolah
 RM 35 : Terbuka

Yuran Pendaftaran adalah termasuk T-Shirt, Medal, Sijil dan Goodies.

Kalau dah daftar, korang boleh datang ambil Race Kit Collection ( Baju & Bibs ) pada 30 Julai 2019 hingga 2 Ogos 2019 ( jam 8 pagi - 3 petang ) bertempat di Bilik Matematik SMK Seri Budiman.

Untuk sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran, korang boleh hubungi : 

Cikgu azuan : 019 2638090 | WhatsApp 

 Cikgu Shaifudin : 019 8070359 | WhatsApp

Cikgu Isamudin : 019 9919622 | WhatsApp

Cikgu Suzy 013 9828511 | WhatsApp

Cikgu Dira : 013 8628081 | WhatsApp

You May Also Like

1 komen