Tenang dan Nyaman Dapat Menginap Chalet Tepi Pantai di Ce'Wer Chalet 2, Marang, Terengganu

by - April 18, 2019

Tenang dan Nyaman Dapat Menginap Chalet Tepi Pantai di Ce'Wer Chalet 2, Marang, Terengganu | Seronoknya dapat lari daripada rutin biasa seharian yang semestinya sering dilanda stress dan kepenatan. Walaupun Gee hanya surirumah, namun kerja menulis artikel membuatkan Gee perlu keluar juga untuk kembalikan mood baru dan lebih tenang. 


Hujung minggu baru - baru ini, geng blogger Mek Yunie ada merancang untuk berkunjung ke Kuala Terengganu untuk membawa anak - anak menonton wayang filem terbaru Upin & Ipin. Berkebetulan pula ada beberapa event di Kuala Terengganu ketika itu. Terus Gee ajak Mek Yunie untuk join sekali event. Idea untuk mencari chalet di tepi pantai adalah sebab Gee memang dah lama teringin nak staycation di chalet tepi pantai.


Bila Gee google, terus terjumpa sebuah chalet yang kelihatan menarik untuk di tempah bersama keluarga Mek Yunie. Yang buatkan Gee tertarik adalah lokasi chalet penginapan sangat hampir dengan pantai! Terus Gee contact owner untuk urusan tempahan bilik. Alhamdulillah ada 2 bilik kosong ketika itu sebabnya Ce'Wer Chalet 2 sebenarnya sentiasa penuh di tempah oleh pengunjung luar. Mungkin mereka pun jatuh cinta seperti Gee dengan lokasi chalet yang berdekatan dengan pantai.

Tenangnya Suasana Damai di Ce'Wer Chalet 2, Marang

Sampai sahaja kami di perkarangan Ce'Wer Chalet 2, semua tergamam melihat keindahan dan kecantikan laut yang membiru. Walaupun dah orang Terengganu, Gee sendiri sangat cintakan pantai dan laut! Deretan chalet sangat hampir dengan pantai, sehinggakan kalau korang buka pintu bilik, terus nampak pantai. Anak - anak mula teruja bila lihat pasir yang putih dan mula merancang agenda mereka untuk keluarkan mainan pasir yang Gee bawa dari rumah.


Bilik Gee merupakan bilik yang sesuai untuk keluarga. Terdapat 1 katil Queen dan 1 katil single. Selain itu, terdapat juga kelengkapan lain seperti kettle, iron, televisyen, sejadah, extra toto dan juga extra bantal. Keluasan bilik sangat luas sehinggakan Gee boleh hampar toto untuk anak - anak baring dan bermain.


Dengar Bunyi Ombak Daripada Dalam Bilik



Malamnya, dapat dengar bunyi ombak dari dalam bilik. Nampak juga lampu - lampu bot yang bercandat sotong. Al maklumlah sekarang musim bercandat di Terengganu. Owh! dari pantai pun nampak tau Pulau Kapas. Memang view dari Ce'Wer Chalet 2 sangat cantik dan mendamaikan!

Lihat Sunrise Di Tepi Pantai 



Yang paling ditunggu adalah apabila ketika terbitnya matahari di waktu pagi. Selepas subuh, buka pintu bilik terus dapat bau air laut dan menghirup udara yang sangat segar! Terus merasa nak membina rumah sendiri di tepi pantai! Hahahahaha! Disediakan juga kerusi, meja dan pondok di tepi chalet yang berhampiran dengan pantai untuk kemudahan korang yang menginap di Ce'Wer Chalet 2. Anak - anak buka mata terus ke pantai sebab tak sabar nak main pasir pantai. Haa diaorang main sampai matahari naik kot!! Puas hati sungguh!!

Ce'Wer Chalet 2 Berhampiran Dengan Kedai Runcit, Restoran dan Bandar Kuala Terengganu



Kalau korang stay kat Ce'Wer Chalet 2 ni, ada banyak pilihan restoran dan kedai makan untuk diterjah. Nak ke bandar Kuala Terengganu hanya mengambil masa 15 hingga ke 20 minit sahaja. Gee recommendkan korang merasa lempeng di Restoran Lempeng yang berhampiran dengan Ce'Wer Chalet 2. Bermula makan tengahari sehingga ke malam ada pelbagai pilihan makanan untuk korang. Selain itu, ada banyak lagi deretan kedai makan yang berhampiran.

Teringin Untuk Repeat Lagi!!



Sememangnya Gee masih tak puas dapat stay 2 hari 1 malam di Ce'Wer Chalet 2. So pasni, kalau ada masa hujung minggu yang free, nak ajak incik suami repeat lagi. Best dan tenang je dapat duduk chalet tepi pantai. Hehe. Untuk korang yang datang travel ke Terengganu atau korang yang sememangnya stay di Terengganu, Gee sangat recommendkan Ce'Wer Chalet 2 ni! Kalau ada anak - anak kecil, siap sedia bawa mainan pasir tau! Cuma kalau anak - anak nak mandi, setakat tepi tu boleh lagi. Tu pun wajib pengawasan orang dewasa setiap saat wokey!


Untuk tempahan dan maklumat lanjut korang boleh hubungi :

CE'WER CHALET 2, KG RUSILA, MARANG

Telefon / Whatsapp : 013 - 923 5452 ( Kak Lah )

#sisgeejalanjalan

You May Also Like

5 komen