FOOD REVIEW

Menu Baru McDonald's | Nasi McD Kuah Kari

April 20, 2019
Nasi McD Kuah Kari, Nasi McD Lagi Puas!! Wah McDonald's keluarkan menu terbaru!! Korang dah rasa Nasi McD Kuah Kari? Ni kali kedua Gee makan Nasi McD Kuah Kari ni. Sebelum ni makan dengan anak - anak, si sulong habiskan semua! Haha! So kali kedua, Gee order lagi nak merasa sendiri kesedapan Nasi McD ni. 

Gee dapat tahu, ramai yang berikan komen positif kepada menu baru McDonald's kali ni. Ada yang bagitahu, "rasa kuah kari pior", "pedas tapi sedap!", dan pelbagai lagi komen positif. So, kita pun nak tahu jugak tahap kesedapan tu bagaimana kan...Hehehehe!


Nasi McD : Nasi Bersama Ayam Goreng, Kuah Kari dan Coleslaw 

Nasi McD bukan rasa macam putih tau! Rasa macam nasi ayam tapi mempunyai aroma yang boleh membangkitkan selera korang untuk makan, makan, dan makan lagi! Hahahahah! Hidangan set Nasi McD disertakan bersama seketul ayam goreng, coleslaw campuran sayur, kuah kari dan juga iced lemon tea. Kali ni Gee tukarkan iced lemon tea kepada McCafe Ice Latte. Hehe.


Kuah Kari Paling Win!!! Kuah kari tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Rasa kuah kari tak berminyak dan yang paling best adalah rasa kari yang pior! Rasa pedas kuah kari buatkan Nasi McD ni ada wowww! Serius korang kena cuba!

Korang kena makan sekali nasi bersama ayam dan coleslaw!! Sebabnya akan rasa crunchy ayam goreng McD dan juga crunchy salad coleslaw. Pastu kuah kari jangan lupa! Haaa...baru korang dapat merasa kesedapan gabungan set Nasi McD ni. 

Jadi Antara Yang Terawal Merasa Nasi McD di McDonald's Kuala Terengganu


Untuk pengetahuan korang, menu baru Nasi McD ni ada di beberapa cawangan McDonald's je tau!! Kalau di Terengganu, hanya store McDonald's Kuala Terengganu dan store McDonald's Kemaman sahaja korang boleh dapatkan menu baru Nasi McD Kuah Kari ini. Ini adalah kerana, sekarang pihak McDonald's sedang lakukan proses kajian dan feedback awal dari pelanggan untuk menu baru yang bakal dikeluarkan nanti.

Nasi McD Kuah Kari Dikeluarkan Pada 22 April 2019


Bermula 22 April 2019, menu baru McDonald's Nasi McD Kuah Kari boleh didapati diseluruh cawangan McDonald's seluruh Malaysia. Serius korang mesti cuba dan merasa sendiri kuah kari original yang dikeluarkan kali ni. Dengan harga RM 13.95 + RM 1.50, korang dapat makan dengan kenyang 1 set nasi berserta 1 ayam goreng, coleslaw, kuah kari dan juga iced lemon tea.

Ada yang dah cuba? Apa komen korang?

#reviewbysisgeedotcom
#McDonaldsKualaTerengganu













You Might Also Like

5 komen

  1. Yg ni macam lebih kurang nasi Mcd yang dulu je. Cuma sambal dah digantikan dengan kuah kari.

    ReplyDelete
  2. Tak cuba lagi nasi McD yang baru ni. Nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  3. wow !! menu baru ye ? kena try ni.. hee~ nampak macam sedap tu..

    ReplyDelete
  4. Okay bertabahla baca entri ni tengah lapar.. duk terbayangkan ayam nya yang rangup tu

    ReplyDelete
  5. owh baru nak kuar yer? ingatkan yang kita g makan 2 minggu lepas tu, dah ada dah menu ni. Tapi memang sedap, berbaloi sangat!

    ReplyDelete