BERITA

Kisah Disebalik Perkahwinan Siti Jamumall Mendapat Tajaan Sehingga RM500 Ribu

April 11, 2019
Kisah Disebalik Perkahwinan Siti Jamumall Mendapat Tajaan Sehingga RM500 Ribu | Untungnya seorang wanita cantik kecil molek yang bernama SURIANI atau lebih dikenali sebagai JAMUMALL ini. Berita perkahwinan beliau semakin tersebar di sosial media. Ia berkenaan perkahwinan beliau dan pasangan mendapat tajan sehingga RM 500 ribu! 


Pada mulanya, Siti Jamumall hanya mahu mengadakan majlis perkahwinan secara bersederhana sahaja. Namun, setelah beliau memuat naik status berkenaan perkahwinan yang bakal dilangsungkan di sosial media, terus ramai pihak yang menghubungi untuk sponsor perkahwinan beliau. Antaranya adalah founder produk, pemilik kedai dan pelbagai lagi pihak yang telah menghubungi beliau.


Kalau korang nak tahu, hampir 100 syarikat daripada pelbagai jenis produk termasuklah mereka yang baru berjinak - jinak dalam perniagaan ingin menawarkan tajaan mereka untuk perkahwinan Siti Jamumall.


Siti Jamumall sebak dan terharu kerana menerima terlalu banyak tajaan untuk perkahwinan yang disangkakan mahu diadakan secara sederhana sahaja. Ini merupakan hasil penat lelah dan berkat usaha beliau selama 3 tahun menjadi seorang promoter iaitu sebagai host untuk jamumall.com, menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan juga makanan.


Artis dan selebriti tempatan juga pernah menggunakan servis Siti Jamumall untuk mempromosikan produk mereka seperti Che Ta, Faizal FBI, Shuib, Sarah Raisudin, Sherry Ibrahim, Shahrul Ridzuan dan juga Lana Nordin.


Kalau dahulu, Siti Jamumall membantu produk - produk baru untuk dikenali dan sehingga menjadi viral. Kini, perkahwinan beliau pula menjadi viral dek kerana sponsor yang datang bertalu - talu untuk majlis nikah, pre wedding, majlis berinai, majlis sanding sehinggalah pakej berbulan madu. 

Berikut merupakan 13 top sponsor yang terlibat dalam majlis perkahwinan Siti Jamumall :

◉ Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma

◉ Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection

◉ Grand Cake dari Mad About Cake

◉ VIP Menu dari Rumpun Selera

◉ Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty

◉ Jamu dari Seri Lady Empire Resources

◉ Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal

◉ Kain Pasang Diamond dari Irahsukri

◉ Telekung dari Pretty Aini

◉ Make Up Set dari Zacthira Navillionniza

◉ Scarft dari Scarft By Mehrun

◉ Printed Box dari Art Creation Printing

◉ Perfume dari Luxe Essencia Resources

◉ Honeymoon Pakej dari Arwana Resort


Tahniah buat Siti Jamumall dan pasangan! Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke jannah.. 💛
#sitijamumallwedding

You Might Also Like

7 komen

  1. wowww, hebatnyaa. Rezeki dia kan..

    ReplyDelete
  2. Ramainya orang sponsor. Ini yang dikatakan sebagai rezeki perkahwinan.

    ReplyDelete
  3. tahniah siti dan pasangan murah rezeki diorang dpt byk tajaan mcm ni

    ReplyDelete
  4. Bertuahnya badan... Kita dulu kahwin dapat orang sponsor satu benda pun dah rasa syukur sangat.. Inikan pula sponsor yang bernilai tinggi macam ni.. 😍

    ReplyDelete
  5. best weih. sapa ke honeymoon orang taja. tkdp ke orang nak taja kita g honeymoon, babymoon, kidsmoon. hahahahhaha

    ReplyDelete