Movie Review | How To Train Your Dragon : The Hidden World

by - March 09, 2019

How To Train Your Dragon : The Hidden World | Weekend yang lepas, Gee dan incik suami bawa anak - anak ke LFS Cinema Kuala Terengganu untuk layan movie dengan Geng 4A. Sebelum booking tiket, Gee ada layan preview movie kat LFS Online. Masa tu Arsyad & Amani pun ada. Pada mulanya nak tengok movie seram memandangkan diaorang memang suka cerita seram ni. Tapi bila tengok preview How To Train Your Dragon The Hidden World, terus minta pilih movie tu. So bubye movie seram! Hahahaha!



Sinopsis Filem How To Train Your Dragon : The Hidden World

Filem ni merupakan filem animasi yang mengisahkan hero yang bernama Hiccup selaku ketua Puak Viking yang kini melindungi puak dan kampung mereka daripada bahaya luar. Hiccup bersama naga kesayangannya, Toothless sentiasa bersama untuk menentang musuh dan menyelamatkan naga - naga lain yang ditangkap oleh si penjahat pemburu naga. Konflik bermula apabila penjahat yang kejam iaitu Grimmel The Grisly mengetahui kewujudan Toothless dan ingin memburu Toothless. Grimmel The Grisly pada mulanya menghantar naga Light Fury ( naga betina ) sebagai umpan untuk dapatkan Toothless namun Toothless dan Light Fury jatuh cinta dan sepakat untuk menolong Hiccup menyelamatkan naga-naga lain. 


The Hidden World merupakan satu tempat yang dikatakan oleh ayahnya Hiccup, pelbagai spesis naga hidup dengan aman damai dan selamat. Dalam usaha Hiccup mencari The Hidden World, Light Fury telah membawa Toothless masuk ke dalam The Hidden World. 



Bagaimana konflik Hiccup untuk menyelamatkan naga - naga daripada si kejam Grimmel The Grisly? Bagaimana pula nasib semua naga - naga yang telah Hiccup selamatkan? Bagaimana kisah cinta si naga Toothless dan Light Fury?


Review Sis Gee

Walaupun Gee tak follow movie ni dari yang first, tapi jalan cerita masih boleh difahami. Anak - anak especially Arsyad & Amani dah boleh baca subtitle dan faham jalan cerita memang seronok dan ketawa bila scene kelakar. Watak kelakar paling best adalah si Tuffnut & Ruffnut. Yang paling Gee wow sekali adalah bila masuk ke The Hidden World. Memang patutlah The Hidden World di highlightkan dalam tajuk filem ni. Serius terpana dan tak berkedip mataku tengok The Hidden World.



Dah! Nak cerita banyak - banyak nanti tak best kalau korang nak tengok. Overall Gee boleh bagi rating 8/10. Layan dari awal sampai habis tanpa tertidur. Hahahhahahahah!



So korang dah tengok movie ni? Apa komen korang?



You May Also Like

13 komen

  1. tak sabar nak tengok nanti sebab movie ni memang kita layan dari yang pertama

    ReplyDelete
  2. Bukan budak je suka cerita ni. Dgn org dewasa pun melayan. Comel gila hehe. Geram je tengok :)

    Ika datang singgah sini sis. https://sicasjjm.blogspot.com/2019/03/book-review-lelaki-neraka-by-asraf.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! memang sesuai untuk semua peringkat umur!

      Delete
  3. Saya pun dah tengok movie ni. Walaupun bukan peminat filem, tapi still enjoy tengok movie ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!! gee pun sama rasa best walaupun cerita kartun animasi!haha

      Delete
  4. CR pun layan film ini dgn anak buah.best film ni..

    ReplyDelete
  5. tunggu upin ipin pulok. hahahahha. untuk geng 6a.

    ReplyDelete
  6. Budak-budak dok bising ajak mama dia tengok movie ni tapi tuh la mama dia macam malas. Tau dah cerita dia best tapi tuh la tahap kemalasan tuh termelampau plak hehehehehehhe.

    ReplyDelete
  7. Ala ala tengok dah dia kita nak dating x memyempat lagi.. Suka tgk citer ni hahaha comel.naga tu ada gewe pulak

    ReplyDelete
  8. menarik.. x sabar tunggu in besar nanti. boleh tgk movie kartun camni. hehe

    ReplyDelete
  9. Hoh hoh hoh!! Best cite ni.. kene carik ni.. leh anak2 tengok.. asek tegok cite sama jerk ari2..

    ReplyDelete